Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 4 Mac 2011

ADUN Umno Lenggeng Didapati Bersalah Terima Rasuah

ADUN Lenggeng Mustafa Salim (kanan) meninggalkan Mahkamah Sesyen Seremban selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM 2,000. -Gambar Fail.

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu.

Wakil rakyat berusia 51 tahun, kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah dari M. Manimaran atas tujuan yang sama.

Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan menangguhkan prosiding hingga ke pukul 2.45 petang untuk membuat keputusan.Mstar

Dakwaan Ke Atas Bekas Menteri Tanda PRU13 Semakin Hampir

Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir.

Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas menteri
pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam.

Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini.

Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir.
Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negara.

Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini.

Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan.
Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden Parti Keadilan Rakyat

Bongkar !!! Senarai Sogokan Umno/BN Kepada Pengundi Dun Kerdau Dan Merlimau

Gambar hiasan

Wan Nik Wan Yusof

Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.

2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).

3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).

4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).

5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

Khamis, 3 Mac 2011

Fitnah II: Anwar diaib, dilayan umpama pengganas

Imbas kembali kejadian penahanan Anwar pada 16 Julai 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penahanan beliau yang dilakukan polis pada 16 Julai 2008 seolah-oleh beliau seorang pengganas antarabangsa, selain diaibkan ketika dalam tahanan.
Memberi keterangan sebagai saksi pertama peguam bela di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, kereta yang dinaikinya pada hari berkenaan, dihentikan empat kereta peronda polis sewaktu dalam perjalanan ke rumahnya di Segambut untuk solat Zuhur.
Beliau berkata, kira-kira 10 ke 15 anggota Unit Tindakan Khas (UTK) lengkap bersenjatakan sub mesingan mengacukan senjata mereka ke arahnya.
“Kami terpaksa berhenti serta-merta,” katanya sambil menjelaskan, beliau berada di bahagian belakang kereta manakala peguam belanya, Sankara Nair di bahagian depan.
“Sankara keluar (kereta) dan seorang anggota menghampiri. Saya diminta terus berada dalam kereta. Seorang anggota kedengaran berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar.”
“Saya diperlakukan seperti saya ini Botak Chin. Saya ditahan secara paksa seolah-olah saya ini anggota pengganas Al-Qaeda,” kata Anwar.
Menjawab soalan DPP Yusoff sama ada beliau dimaklumkan kesalahan yang didakwa dilakukannya hingga membawa penahanan itu. Anwar berkata, beliau tidak pernah dimaklumkan secara spesifik.
Katanya, beliau juga sukar meneka atas kesalahan apa kerana terlalu banyak ‘tuduhan’ dilempar terhadapnya dalam akhbar tempatan, daripada agen Yahudi sehinggalah kepada pengkhianat negara hanya kerana tidak memakai ‘baju batik’.
Zabidin mahupun hadirin di galeri awam tidak dapat menahan ketawa mereka mendengar jawapan Anwar.
Anwar berkata, sewaktu ditahan beliau hanya diberitahu keperluan memberi keterangan berdasarkan Seksyen 112 Kanun Keseksaan Jenayah.

Anwar diaib

Ini pertama kali  Anwar memberi keterangan dalam kes Fitnah II bagi perbicaraan dalam bicara untuk  menolak bukti yang diperolehi secara tidak sah dan melalui paksaan.
Bukti itu ialah botol mineral ‘Cactus’, tuala muka ‘Good Morning’, serta berus gigi yang semuanya digunakan Anwar sewaktu ditahan secara tidak sah pada hari berkenaan.
Meneruskan keterangannya, Anwar berkata, polis kemudian membawanya ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam dan beliau diminta menanggalkan pakaiannya sehingga memakai cuma singlet dan seluar dalam, sebelum z***r dan d***r  beliau diperiksa dua doktor.
Menceritakan keadaan lokap pula, Anwar berkata, tandas tempat beliau ditahan terlalu kotor dan lantai simen lokap juga terlalu sejuk untuk seseorang yang sakit belakang seperti beliau.

Ummi Hafilda Perkakas BN,Rakyat Bijak Menilai



SHAH ALAM 3 MAC : Kehadiran Ummi Hafilda pada kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau malam tadi tidak memberi sebarang kesan kepada Pakatan dan juga pengundi di kawasan itu, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.
Malah ujarnya, Umno-BN sudah kehilangan keyakinan rakyat sehingga terdesak menurunkan Ummi Hafilda yang dianggap sebagai alat, memandangkan beliau tidak ada kredibiliti untuk berkempen pada pilihanraya kecil berkenaan.
"Nampaknya Umno dalam keadaan yang sangat terdesak. Umno sudah tidak dapat kepercayaan rakyat sehingga mereka membawa orang luar daripada pimpinan parti mereka untuk meyakinkan rakyat tentang apa-apa yang didakwa selama ini.
"Jadi mereka bawa orang seperti Ummi Hafilda dan sebagainya. Untuk nak menimbulkan keyakinan rakyat kepada Umno. Jadi jelas bahawa dari segi kepimpinan Umno, sudah tak dapat lagi kepercayaan rakyat di negara ini,"ujar Mahfuz.

Mengulas lanjut mengenai kewibawaan Ummi Hafilda, Mahfuz menegaskan, rakyat lebih mengenali Ummi yang selama ini terkenal dengan peribadi angkuh, sombong
serta rendah akhlaknya.
"Mereka terpaksa bawa orang yang biarpun akhlaknya dipersoalkan seperti Ummi Hafilda ini, orang yang korup pemikiran dan korup akhlaknya. Dia hanya semata-
mata berdasarkan kepada ganjaran yang diberikan oleh Umno. Umno sanggup bayar berapa banyak pun asal boleh membantu umno mengembalikan keyakinan. Umno boleh bayar APCO, Umno boleh bayar juga kepada Umi Hafilda,"tambah Mahfuz.

Pulau Pinang Sedia Jadi Tuan Rumah Debat Husam Dan Mahathir



PULAU PINANG, 3 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk program debat terbuka antara Exco Kerajaan Negeri Kelantan, DatukHusam Musa dan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, Pulau Pinang amat sesuai menjadi lokasi debat ini kerana isu bersama kedua-dua tokoh ini adalah isu tanah dan Melayu.

Beliau yang ditemui di Karnival Rakyat Harmoni anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri di Dewan Melinium, Kepala Batas malam tadi menyifatkan, apa yang dituduhkan oleh Dr Mahathir tentang kemunduran melayu begitu ketara di sini dan orang ramai boleh saksikan sendiri secara realiti.
Husam baru-baru ini dalam kenyataannya berkata, beliau sedia berdebat dengan Mahathir tentang isu orang Melayu selepas mendakwa Mahathir adalah antara pengkhianat Melayu. Antara buktinya adalah tindakan pentadbiran Mahathir bersetuju menaikkan minyak dari pelantar bersama Malaysia dan Thailand ke Narathiwat di Thailand walaupun Kelantan lebih dekat.
Puncanya hanya kerana Kelantan ditadbir oleh PAS tanpa memikirkan kepentingan Melayu yang menjadi majoriti penduduk di negeri itu. Cabaran ini dibuat ekoran kenyataan demi kenyataan Mahathir yang mendakwa PAS tidak menjaga kepentingan orang Melayu.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang merasa terpanggil untuk menjadi orang tengah sekaligus menawarkan diri sebagai tuan rumah perdebatan antara dua tokoh terkemuka tanahair.

"Sekarang ini bukan masanya berbahas dalam blog tetapi berhadapan supaya rakyat dapat mengetahui secara langsung pandangan yang keluar dari mulut mereka, " jelas Yusni bersemangat.

Agak buang masa, sambung Yusni, berdialog dalam blog tanpa berhadapan secara 'gentlemen' kerana mereka merupakan antara tokoh penting yang acapkali bercakap mengenai kedudukan tanah dan orang Melayu di Malaysia.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....