Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 23 Februari 2011

Anak Bekas Menteri Dilantik Setiausaha Politik Guan Eng

KUALA LUMPUR 23 FEB : Zairil Khir Johari dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkuatkuasa serta merta yang diumumkan pada hari ini.

"Perlantikan ini akan berkuatkuasa dengan serta merta," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu.

Tambahnya, tugas Zairil adalah untuk membantunya dalam urusan politik sama ada dalam parti mahupun pada peringkat kebangsaan yang berpusat di Sekretariat DAP di Kuala Lumpur.

Katanya, Zairil mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang iaitu berkelulusan Sarjana dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London dan juga Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat.

Guan Eng berkata, Zairil merupakan usahawan dalam industri coklat tempatan, di mana beliau telah memperkenalkan teknologi percetakan penuh warna di atas coklat yang pertama di Malaysia.

"Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti dalam perjuangan kita untuk menongkah arus demi mencapai matlamat kenegaraan yang adil dan saksama untuk setiap warga Malaysia," ujarnya.

Zairil adalah anak bekas Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari.TVS

Chua Jui Meng akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS

TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.Imbang Penuh
Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi.

Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.

Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.

“Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu.

“Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20.

“Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57,” katanya.

Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.Hrkh

Selasa, 22 Februari 2011

Krisis Libya: Pesawat pejuang serang lokasi demo, lebih 100 maut

Seorang juruterbang Libya berdiri di sisi pesawat pejuangnya Mirage F1 selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa di Valletta, Malta semalam (waktu Malta). — Foto Reuters

LONDON, 22 Feb — Pesawat-pesawat perang Libya, negara terbaru di utara Afrika yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak seminggu lalu, menggugurkan bom di banyak lokasi di Tripoli semalam, demikian menurut laporan stesen TV Al-Jazeera.

Perkembangan ini disaksikan susulan tekanan meningkat ke atas pemimpin mereka Kol Muammar Gaddafi, yang memerintah sejak lebih empat dekad lalu.

Libya merupakan negara jiran Mesir, yang presidennya Hosni Mubarak digulingkan awal bulan ini.

Kelmarin anak lelaki Muammar memberi amaran kerajaannya akan mempertahankan negara itu daripada demonstrasi sehingga peluru dan anggota pasukan keselamatan terakhir, malah memberi amaran perang saudara akan tercetus.

“Apa yang kami saksikan hari ini tidak dapat dibayangkan langsung. Kapal perang dan helikopter menggugurkan bom demi bom. Ramai, ramai yang terbunuh,” kata seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Adel Mohamed Saleh.

Ketika ditanya sama ada tindakan mengebom masih diteruskan, dia yang juga seorang aktivis dipetik Reuters berkata: “Ia masih berterusan, (serangan) berterusan.”

Laporan itu diperoleh awal pagi ini (waktu Malaysia).

Bagaimanapun tiada sumber bebas yang dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.
Seorang lagi yang hanya dikenali sebagai “Victory” memberitahu
msnbc.com bahawa “kami boleh mendengar serangan bom setiap 15 minit. Kami tidak tahu dari mana.”

Dalam pada itu, satu lagi laporan Reuters dari Valletta pula menyebut, dua juruterbang tentera udara Libya telah membelot semalam dan menerbangkan pesawat masing-masing ke Malta dengan tidak mahu mematuhi arahan pihak berkuasa kerajaan.

Laporan itu memetik pegawai Malta menyebut mereka telah memaklumkan pihak berkuasa negara itu bahawa diarahkan supaya mengebom penunjuk perasaan.
Kedua-dua juruterbang itu, berpangkat kolonel, meninggalkan sebuah pangkalan tentera udara di Tripoli.

Salah seorang daripada mereka memohon suaka politik di Malta.

Malah laporan berasingan Reuters juga menyebut pertempuran di ibu negara Libya semalam menyebabkan seramai 160 orang terbunuh.

Menurut badan pemerhati Human Rights Watch semalam seramai 233 orang telah terbunuh sejak demonstrasi yang bermula awal minggu lalu.TMI

Syed Ibrahim Calon BN Di Kerdau

TEMERLOH: Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad calon Barisan Nasional untuk Pilihran Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Selasa.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini. -BERNAMA

Finah 2 : Karpal Dakwa Saiful homoseksual pasif

Gambar fail

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh(gambar) menyatakan kemungkinan pengadu dalam kes fitnah 2, Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan seorang homoseksual pasif, berdasarkan penemuan terlalu banyak air mani di bahagian dubu* pengadu itu.
Beliau menimbulkan pertanyaan itu ketika menyoal balas saksi pendakwa, pakar Kimia dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong. Berikut kronologi perbicaraan sehingga mahkamah ditangguhkan tengahari tadi.
12.31 – Timbalan Pendakwaraya (DPP) Noorin Baharuddin meminta mahkamah ditangguhkan. Apabila Hakim Zabidin bertanya samada masih panjang lagi atau tidak dan dijawab ‘sangat panjang lagi’ oleh DPP Noorin, hadirin di galeri awam tergelak kecil.
Mahkamah ditangguh dan bersambung semula 2.30 petang.
12.26 tengahari – Dr Seah kelihatan lebih tenang, dan memberikan perhatian penuh kepada DPP Noorin sepanjang soalan diajukan kepadanya oleh DPP Noorin.
Ram Karpal bertongkat dagu dan Sankara menguap sambil menutup mulut. Hakim Zabidin Mohd Diah kelihatan berusaha keras menahan mengantuk dengan berteleku kedua-dua belah tangan di hadapan wajah beliau. Tiada sebarang pergerakan dalam mahkamah.
12.13 pagi – Sebahagian hadirin di galeri awam kelihatan mengantuk dengan tempo perbicaraan yang perlahan sepanjang sesi soal balas oleh DPP Noorin.
11.44 pagi – DPP Noorin mula soal balas berkaitan perisian GeneMapper yang digunakan di makmal Jabatan Kimia. Dr Seah menjelaskan beliau mungkin tidak tahu bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam perisian tersebut tetapi beliau tahu cara menggunakan perisian tersebut. Beliau dibantu juruanalisis terlatih dalam menggunakan perisian tersebut.
11.40 pagi – Mahkamah bersidang semula. Hakim benarkan soalan Karpal.
11.00 pagi- Karpal menyoal balas Dr Seah. Karpal bertanya jika sebelum ini berdasarkan borang proforma hanya berlaku cubaan liwat, bagaimana boleh terdapat kesan air mani dalam dubur Saiful. DPP Yusof membantah soalan tersebut kerana menurutnya, borang proforma tidak disediakan oleh Dr Seah.
10.50 pagi – Karpal Singh memulakan soal balas Dr Seah. Karpal meminta pengesahan daripada Dr Seah bahawa memandangkan terdapat lebih daripada satu sampel DNA ditemui dalam dubur Saiful, ia bermakna Saiful adalah seorang ‘homoseksual pasif’.

Politeknik Dijadikan Bilik Gerakan : PAS Minta Pengarahnya Disiasat



JASIN 22 FEB : Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Merlimau oleh PAS Jasin ekoran tindakan Umno BN yang didakwa menjadikan Politeknik Merlimau sebagai bilik gerakannya dengan menjalankan program untuk kempen pilihan raya di DUN Merlimau.

Laporan itu dibuat kira-kira jam 10.30 pagi tadi oleh Yang Dipertua PAS Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang.

Menurut Jamse, PAS membantah sekeras-kerasnya tindakan Umno BN itu dan menggesa program yang dijalankan di situ dihentikan.

Ini kerana katanya, tindakan itu tidak adil untuk PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan menggunakan tempat tersebut.

"Kami mahu pihak berkuasa menyiasat sekiranya wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim yang membenarkan program Umno dan BN diadakan di situ.

"Para pelajar juga terganggu dari segi emosi, pembelajaran, keselamatan dan sebagainya disebabkan kehadiran ramai orang yang tidak dikenali bebas keluar masuk ke dalam kawasan politeknik itu," laporan polis itu dipetik.

Jasme turut diiringi ADUN Bandar Hilir, Khoo Poay Tiong, Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Jalil, Ketua Dewan Muslimat PAS Jasin, Shapiah Ahmad dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) PAS Jasin.

Ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Merlimau, Jasme berkata, antara program yang dijalankan Umno dan BN adalah pelancaran jentera pilihan raya BN (24 Januari) oleh Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan program suai-kenal bapa angkat dengan AJK peti undi BN Merlimau.

"Umno dan BN juga menyalahgunakan lokasi berkenaan berikutan mengadakan majlis jamuan dan Tahun Baru Cina bersama Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 19 Februari lalu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....