Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 18 Februari 2011

' Pas Ganti Umno ' Hanya Cara Dirikan Islam-Dr Balachandran




KUALA TERENGGANU - Hanya tinggal kira-kira dua puluh peratus bukan Islam yang masih tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, selebihnya sudah mula mempelajari Islam yang dibawa PAS.

Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu berkata, Umno kini sudah menjadi 'ekstremis' berbanding dengan PAS yang dilihat sebagai 'moderate' dikalangan orang bukan Islam.

"Kita nampak Umno tidak ikut apa yang ada dalam Islam, kezaliman tidak ada dalam Islam, rasuah tidak ada dalam Islam,'penyangak' tidak ada dalam Islam,

"Umno sudah jadi sebaliknya, Umno sudah menjadi 'ekstremis' dan PAS sudah menjadi moderat, 20% (bukan Islam) masih terkonkong pemikirannya bersama Umno-BN, 80% sedang mempelajarai (Islam) tetapi dia tak nak BN,

"Bagi kita (bukan Islam) kita nak Islam, satu cara untuk Islam didirikan hanya cara PAS kerana itu PAS mesti ganti Umno, "jelasnya ketika bercakap kepada media, Rabu 16 Februari.

Beliau berkata, Umno-BN yang telah memerintah negara Malaysia tidak dapat memberikan keadilan, namun sebelum ini, bukan Islam dan bukan Melayu tidak ada 'platform' (saluran) untuk menyuarakan hasrat mereka.

"Sekarang sudah ada Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu, sudah tiba masnya kita betul-betul (berubah), kita bukan mahu mendengar apa orang kata,

"kita rujuk kepada Islam dan apa yang kita tahu, apa yang Umno lakukan memperlekehkan Islam,"ujarnya.

Menurutnya Umno akan menggunakan pelbagai taktik kotor, umpamanya memutarbelitkan dan mengelirukan masyarakat bukan Islam dengan hukum Hudud.

Bagi Dr. Bala, hukum Hudud adalah pilihan kepada orang Islam itu sendiri.

"hukum Hudud, bagi kita, pilihan kita, kalau kita jahat, kita kenalah (hukuman), dan orang yang takutkan hukum hudud ialah orang Umno,

"dia orang memang takutkan hukum hudud sebab dia otrang yang 'penyangak' dia orang yang rasuah,"katanya. BO

Khamis, 17 Februari 2011

Facebook Membela Mangsa Tembakan Unit Pencegah Penyeludupan(UPP) Di Wujudkan


Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,329 pengikut.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan.

Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini.

Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri.

Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Risalah fitnah mula warnai PRK Merlimau


Fitnah dan pembohongan mula mewarnai pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau walaupun penamaan calon dan aktiviti berkempen masih belum bermula.

Pagi ini, petugas keselamatan dan petugas penerangan Markas Induk PAS PRK Merlimau dikejutkan dengan pengedaran CD dan risalah kecil yang bertajuk ‘Islam Umno tak masuk syurga’, ‘Islam PAS Masyuuuuk Syurga’ yang memaparkan gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memakai cermin mata hitam.

Selain dari risalah itu, sekeping VCD bertajuk ‘Kemuliaan Masjid Negara tercemar’ juga diedarkan.

Kedua-dua bahan edaran itu dijumpai di hadapan Markas Induk PAS PRK Merlimau dan juga diletakkan di cermin kereta hadapan.

Seorang petugas penerangan, Irwan Azmi Aziz, 28, ketika ditemui di Markas Induk berkata, bahan edaran itu mungkin disebarkan pada awal pagi antara jam 1.00 hingga 4.00 pagi kerana sebelum itu mereka tidak menemui apa-apa bahan seperti itu di sekitar markas tersebut.

Rakan beliau, Abu Siraj Hod, 32, pula berkata tindakan pihak tertentu mengedarkan bahan tersebut mungkin bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS kerana tindakan sebegitu memang biasa dilakukan pihak lawan bagi mengelirukan rakyat.Hrkh

Dijangka Lebih Ramai Sertai Himpunan PGU Kali Ke 2 Di Besut




KUALA TERENGGANU - PAS negeri Terengganu menjangka lebih ramai akan hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat, PAS Ganti Umno (Himpunan PGU) kali kedua di bandar Jerteh, Besut pada 19 Mac depan, setelah berjaya buat kali pertamanya diadakan di Chukai, Imbang PenuhKemaman pada 15 Januari lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Himpunan PGU kedua yang akan di adakan pada hari Sabtu 19 Mac, bermula sejak Jumaat dengan pelbagai aktiviti pemuda, muslimat dan ulamak.

(Gambar - Program Himpunan PGU telah menggugat Umno-BN Terengganu, Wahid menunjukkan risalah fitnah 'DAP ganti PAS' yang disebarkan Umno-BN merata tempat)

Oleh itu, PAS mengajak seluruh lapisan rakyat Terengganu menunjukkan sikap menolak Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN), menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang,

Kata Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Umno-BN mesti ditolak kerana parti tersebut bukan sahaja telah mengkhianati rakyat Terengganu, bahkan turut mengkhianati kerajaan dan menderhaka kepada al-Sultan Terengganu.

"Kita mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (PAS Ganti Umno) untuk mengajak semua lapisan rakyat Terengganu untuk menolak Umno kerana Umno telah mengkhianati rakyat Terengganu, mengkhianati kerajaan negeri Terengganu dan menderhaka kepada raja, sultan (negeri) Terengganu,"ujar Wahid dalam satu sidang media khas di Pejabat Perhubungan PAS, Rabu 16 Februari.

Menurutnya, tindak tanduk Umno dalam isu royalti minyak yang menggunakan wang tersebut kononnya untuk membina pelbagai infrastruktur telah menyebabkan pelbagai penyelewengan, salahguna kuasa serta rasuah.

Selain Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, kata Wahid, Menteri Besar Kedah, Dato' Azizan Razak akan menjadi tetamu khas pada Himpunan PGU kali kedua ini.

Orang ramai yang hadir juga berpeluang melihat calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini, Cikgu Normala Sudirman.BO

Rabu, 16 Februari 2011

Anak Dr Mahathir Tersenarai Antara 20 Inividu Terkaya Di Malaysia

 Robert Kuok

Kuala Lumpur- [Bernama]- Robert Kuok, "Raja Gula" yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset benilai RM50.04 bilion, disusuli taikun telekomunikasi T Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.  Hanya 3 orang bangsa Melayu termasuk dalam senarai 20 individu terkaya di Malaysia yang tersiar dalam majalah perniagaan
Malaysian Business.

Berikut Senarai 20 Individu Terkaya di Malaysia

1. Robert Kuok-  Raja Gula - aset bernilai RM50.04 bilion [gambar atas]

2. T Ananda Krishnan - telekomunikasi- aset bernilai RM45.78 bilion

3. Tan Sri Teh Hong Piow- Pengerusi Public Bank- aset bernillai RM12.77 bilion

4. Tan Sri Lee Shin Cheng - IOI Corporation Bhd- aset bernilai RM12.74 bilion

5. Tan Sri Lim Kok Thay -  Genting Group - aset bernilai RM10.89

ROS Lulus Pendaftaran Parti Pimpinan Zaid Ibrahim

PETALING JAYA: Presiden Kita (Kesejahteraan Insan Tanah Air) Datuk Zaid Ibrahim, pada Rabu mengesahkan bahawa parti itu telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Saya diberitahu oleh pegawai saya bahawa mereka telah terima surat kelulusan semalam," katanya kepada mStar Online.
Zaid berkata bagaimanapun beliau belum berkesempatan melihat sendiri surat tersebut.
Katanya, kelulusan itu melibatkan beberapa perkara dan perlembagaan termasuklah penukaran nama “Kita” yang sebelum ini didaftar sebagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim).
Menurut Zaid, kelulusan yang diperolehi itu akan membolehkan parti berkenaan bergerak seratus peratus sebagai sebuah entiti yang baru dan sah serta boleh merancang strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Saya rasa lega...Selepas ini Kita akan tumpu ke kawasan-kawasan yang ingin kita tandingi.
"Parti Kita akan buat persiapan dari segi pemilihan calon-calon, dasar-dasar dan isu-isu yang nak diketengahkan kepada rakyat," katanya.
Menurut beliau, Kita akan bertindak sebagai parti yang melihat isu untuk kepentingan rakyat.
"Kalau Barisan Nasional (BN) betul pun kita sokong, kalau tak betul kita akan kritik. Tengoklah yang mana bagus untuk rakyat," ujarnya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....