Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 16 Februari 2011

Gambar : Khusrin Angkat Sumpah Simpan Rahsia Depan MB Selangor

Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia sebagai SUK di hadapan Menteri Besar Khalid Ibrahim di Shah Alam, tengah hari tadi. — Foto Ihsan Pejabat MB
Khusrin Munawi bersalam dengan Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan) selepas mengangkat sumpah simpan rahsia, tengah hari tadi. — Foto Ihsan Pejabat MB

SHAH ALAM, 16 Feb — Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, enam minggu selepas dilantik ke jawatan itu dan di sebalik krisis berhubung pelantikannya.
“Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini... di depan saya dan anggota Exco Kerajaan Negeri yang lain,” kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.
Khalid mengesahkan bahawa Mohd Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari ini.
Pelantikan Mohd Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pas Pahang Cadang Tujuh Nama Untuk Calon Dun Kerdau

PAS Pahang telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau.

Mereka yang disenaraikan itu adalah anak tempatan berkelulusan dalam pelbagai bidang, antaranya bekas pensyarah, aktivis dan anggota biasa parti.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal (gambar) berkata mereka yang tersenarai itu dilihat berpotensi untuk menang, selain muda dan berkarisma untuk menjadi calon dan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

"Nama-nama berkenaan telah diputuskan pada mesyuarat khas PAS Kawasan Kerdau pada Isnin lepas, senarai itu akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata, PAS tidak mempunyai masalah dalam memilih calon kerana ramai yang berkelayakan dan berkelulusan tinggi.

Video : Penyokong Bola Kelantan Berselawat Maulidur Rasul Di Stadium Sebelum Menyaksikan Perlawanan



Penyokong-penyokong The Red Warriors bersama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sempena sambutan Maulidur Rasul di Stadium Sultan Mohamad Ke 4 sebelum menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Kuala Lumpur.


Gambar dan aksi melampau anak saudara Taib Mahmud

Petikan Sarawakreport.org

Syabas! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!

Elia (kanan) begitu yakin berpakaian semahunya, selain dipercayai meneguk arak secara terbuka

Sarawak Report .... meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar? Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Selasa, 15 Februari 2011

Video & Gambar : Bendera Besar Pas Tawan Puncak Bukit Keluang Besut





















Program dianjurkan Pemuda Pas Cawangan Keluang dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut dan Pemuda Pas Dun Kota Putera..

Lagi gambar " DISINI "

Video : Selawat Maulidur Rasul Pas Cawangan Beris Pak Abu 2011




Selawat sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Pas Cawangan Beris Pak Abu 2011 yang diadakan di Madrasah Hj Husin.Di kesempatan ini ambo mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....