Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 13 Februari 2011

Utusan Didakwa Berbohong !!!


BUKIT MERTAJAM,13 Feb: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi dibidas oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang setelah memaparkan berita bertajuk ' MPSP roboh 1,000 gerai' sepertimana yang tersiar pada 8 Februari yang lalu.

Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali semasa ditemui berkata berita dan angka yang dipaparkan tidak benar dan berunsur fitnah untuk mengaibkan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR).

Amir juga berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Direktorat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyatakan hanya 10 buah premis sahaja yang dirobohkan oleh pihak penguatkuasa MPSP pada hari kejadian iaitu 7 Februari yang lalu.

"Apa yang cuba ditimbulkan oleh akhbar tersebut adalah untuk mensensasikan isu perobohan gerai yang ternyata dilaksanakan sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan tersebut.

"Dalam operasi yang dilaksanakan MPSP telah bertindak mengikut garis panduan yang diberikan. Mereka juga tidak berpihak kepada mana-mana peniaga. Sebaliknya jumlah gerai yang dirobohkan melibatkan 4 kepunyaan orang Melayu, 2 Cina, 1 India dan selebihnya adalah milik warga asing, " katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Majlis MPSP memberi jaminan usaha sedang dilaksanakan bagi menempatkan semula peniaga yang terlibat di satu lokasi yang akan dikenal pasti dalam kawasan yang sama bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan perniagaan.

Namun begitu, katanya, ia memerlukan sedikit ruang sebelum proses pelaksanaannya dijalankan.

Amir juga mengingatkan Umno dan Barisan Nasional khususnya di Pulau Pinang supaya tidak mengeruhkan suasana dengan mengapi-apikan para peniaga melalui penyiaran berita mereka bagi menimbulkan kebencian masyarakat kepada Kerajaan Negeri.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah, Ong Chin Wen serta para peniaga yang terlibat dalam perobohan gerai mereka baru-baru ini.Hrkh

Mengapa Mesti Kalahkan Umno Pada PRU 13 ???




KUALA NERUS – Rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya disuru untuk menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang supaya dapat mengambil alih pemerintahan dari Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN)

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Umno-BN mesti dikalahkan dalam PRU-12 kerana parti itu memerintah secara zalim.

“Sesungguhnya semulia-mulia dan sebesar-besar perjuangan adalah berhadapan dengan pemerintahan yang zalim, malam ini kita akan dedahkan dan senaraikan kenapa Umno zalim,

“PAS mesti disokong dan Umno mesti dikalahkan, dalam pilihanraya akan datang untuk PAS memerintah negeri Terengganu dan negara kita,”ujarnya ketika menyampaikan ceramah sempoena program Himpunan Pemuda Islam Terengganu, 11 Februari.

(Gambar - masjid Bujal sebelum dirobohkan (atas) dan setelah dirobohkan kerajaan Umno-BN (bawah)

Menurutnya, PAS mesti disokong dan diundi kerana aqidah perjuangan yang berbeza dengan Umno –BN kerana PAS mengajak rakyat memperjuangkan Islam secara lengkap dan menyeluruh.

Manakala, katanya, Umno-BN yang mendakwa membela agama tetapi telah merobohkan masjid Bujal di Kemaman dan menghancurkan rumah-rumah rakyat serta merampas tanah-tanah rakyat.

“Saya mengingatoi semula, Umno menyatakan mereka membela agama tetapi hancur tersungkur masjid Bujal adalah kerana sikap pemimpin dan perjuangan Umno,

“saudara juga jangan lupa, Umno lah yang telah memusnahkan rumah-rumah rakyat dan merampas tanah-tanah rakyat,”jelasnya.

Menurut Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung, anak-anak muda juga menjadi mangsa, dibuang kerja dan terpaksa menganggur kerana kilang-kilang telah ditutup.

Kemudian, dakwanya lagi, tanah kilang yang ditutup itu telah diserahkan kepada duia individu bukan Melayu dan bukan Islam.BOImbang Penuh

Gambar : Suasana Di Mesir Selepas Demonstrasi Yang Menjatuhkan Hosni Mubarak







PRK Merlimau : Pas Teliti Empat Nama

Tuan Ibrahim berkata tidak mustahil bagi PAS memenangi PRK Merlimau. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 13 Feb — PAS telah meneliti empat nama calon yang akan dipilih bagi mewakili parti Islam tersebut dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pimpinan PAS pusat yang bermesyuarat hari ini telah menerima empat nama darpada PAS Melaka untuk diteliti.

“Kita telah menerima empat nama untuk diteliti secara keseluruhan dan kita sudah ada keputusan rasmi.

“Calon yang kita pilih adalah anak tempatan dan ia hanya akan diisytiharkan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pada 24 Februari ini di Merlimau,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Empat nama yang diangkat PAS Melaka itu adalah Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man selain Ketua Penerangan PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin Yuhaizan Abdullah.

Ditanya peluang PAS untuk memenangi pilihan raya kecil kawasan itu, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Merlimau berkata, ia tidak mustahil memandangkan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kubu kuat seperti dua siri pilihan raya kecil di Galas dan Tenang.

“Tak mustahil kita dapatkan kerusi pertama PAS di Merlimau, di sana tiada kubu kuat BN.

“Kalau kita lihat peti undi di sana juga adalah peti undi campuran, jadi dengan pendekatan yang kita gunakan nampak lebih mudah peluang kita,” katanya.

Sementara itu, seorang pemimpin tertinggi PAS berkata dua nama iaitu Kintan dan Yuhaizan telah disenarai pendek untuk menjadi calon.

“Apa yang boleh saya katakan kita terima empat nama tapi dua nama iaitu Kintan dan Yuhaizan disenarai pendek manakala Kamarudin dan Jasme tidak.

“Tapi saya tidak tahu siapa yang akan dipilih, kita tunggu sahaja Presiden PAS umumkan pada 24 Februari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau akan diadakan 6 Mac dengan penamaan calon pada 26 Februari.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme dengan majoriti 2,154 undi.TMI

Sabtu, 12 Februari 2011

Adun Sri Muda Kemuka Bukti Kukuh Umno Khianat, Hina Raja-Raja Melayu

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan ruang kepada saya terlibat sama-sama membahaskan Rang Undang-Undang yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada hari ini.
Tetapi sebelum itu saya memohon untuk diberikan sedikit masa memandangkan hampir dua tiga minggu kebelakangan ini saya tidak mempunyai forum yang cukup untuk membalas hujah-hujah dangkal yang dikemukakan oleh Awang Selamat [Mingguan Malaysia] yang sudah semestinya oleh UMNO dan juga Barisan Nasional.
Pada hari ini Dewan yang mulia kita terpaksa membahaskan Rang Undang-undang pindaan ini, yang mana ianya adalah disebabkan oleh kesilapan yang telah dilakukan oleh pemerintah di zaman Barisan Nasional. Yang mana saya melihat oleh sebab mereka ini ingin mengampu pimpinan-pimpinan mereka di peringkat pusat, akhirnya mereka telah bertindak mengorbankan kuasa DYMM Sultan Selangor dan juga Kerajaan negeri.
Sebelum tahun 1993 Fasal 1 perkara 52 Undang-Undang Tubuh yang pada asalnya dengan jelas memberikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor bagi membuat pelantikan-pelantikan ke jawatan-jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Fasal 1 yang asal sebagaimana yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Pindaan ini jelas memperlihatkan melibatkan kepada semua yang berkaitan, iaitu DYMM Sultan Selangor, YAB. Dato' Menteri Besar Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan yakni Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tidak ada satu pun pihak dalam pelantikan ini yang dikesampingkan.
Kita harus melihat kembali senario yang berlaku pada tahun 1993, yang mengakibatkan pindaan ke atas fasal 1 perkara 52 dibuat, pada ketika itu yang menjadi persoalan ialah berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja dari tindakan undang-undang atas kapasiti peribadi Baginda seperti mana telah disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, ianya bukan kerana dengan kuasa Raja-Raja tetapi oleh sebab Barisan Nasional, UMNO di Selangor ingin menunjukkan taat setia yang melampau kepada kepimpinan mereka di peringkat pusat maka mereka bertindak lebih jauh dengan meminda undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
lni sejarah yang dicatatkan, akibatnya kuasa DYMM Sultan dimansuhkan dan menafikan peranan pihak Kerajaan Negeri dalam perkara berkaitan pelantikan tiga pegawai-pegawai utama perkhidmatan awam negeri ini. Jelas di sini mereka terkeliru dengan pindaan di peringkat Persekutuan yang hanya menyentuh kekebalan Raja-Raja Melayu tetapi mereka terlajak menyentuh sehingga ke peringkat membuang kuasa Raja-Raja Melayu.
lni telah mengakibatkan kita di Negeri Selangor ini tiada peranan dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan kita sendiri ini juga jelas dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara, yang nyatakan pelantikan tiga pelantikan pegawai ini adalah di dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tanpa perlu mendapat persetujuan ataupun pandangan Kerajaan negeri.
Cara pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini jelas memperlihatkan keegoan, kesombongan dan kebiadaban Kerajaan Pusat dalam urusannya dengan kerajaan-kerajaan negeri terutamanya dengan kerajaan negeri pakatan rakyat di Negeri Selangor.
Tambah memeranjatkan terdapat segelintir daripada anggota perkhidmatan awam di Negeri ini yang sanggup menjadi budak-budak politik mereka di Putrajaya, sedangkan mereka seharusnya bersifat secara profesional, bebas, berkecuali dan setia kepada Kerajaan yang memerintah [dengan izin] mengikut government of the date Kerajaan yang pemerintah pada hari ini. Di sinilah watak-watak si kitol dan juga Raja Mandelia terdedah dan terlihat dengan jelas.

Fitnah Terhadap Anwar Tidak Pernah Terbukti

PETALING JAYA 12 FEB : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali menganggap fitnah Umno serta kroni mereka terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak pernah terbukti.
Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa Anwar kini sedang merancang untuk mendapat suaka politik di luar negara.
"Hak mereka untuk buat laporan polis tetapi dah 12 tahun Umno dan (kini) Perkasa untuk memfitnah anwar dan tiada bukti. Mereka tuduh anwar ejen Amerika, ejen teroris Islam, macam-macam," katanya.
Semalam, Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifa membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.
Namun bagi Azmin, hal ini remeh dan bukanlah sesuatu yang dipandang berat Pakatan Rakyat.
Azmin menegaskan Pakatan Rakyat lebih menitik beratkan soal kesusahan hidup rakyat dan bukannya fitnah dan cerita bohong seperti ini.
"Ini semua orang yang hilang akal. Kita langsung tak beri perhatian perkara ini. Semua fitnah yang diulang skrip dan watak yang sama.
"Rakyat dah lemas dengan fitnah sebegini. Mereka nak maju ke depan dan ini yang sedang diusahakan PR. Bukan soal kita nak alihkan pandangan. Rakyat sekarang lebih berminat bagaimana nak selamatkan ekonomi. Sebab itu PR perkenalkan pelbagai rancangan ekonomi dalam buku jingga," tegas Azmin.
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa turut memberi komen mengenai cara Umno menggunakan kakaknya Umi Hafilda dan bekas Pembantu Anwar, Rahimi Osman dalam kempen menyebarkan fitnah dan cercaan di bawah nama 'Kempen Selamatkan Selangor'.
Menurut beliau rakyat Selangor lebih bijak dan dapat menilai sendiri kebaikan pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang jauh lebih baik dari kepimpinan selama lebih 50 tahun di negeri ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....