Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Khamis, 9 Disember 2010
Chegu Bard Tidak Iktiraf Pemilihan PKR,Tidak Akan Terima Sebarang Jawatan
R, 8 Dis – Badrul Hisham Shahrin yang tewas dalam pemilihan ketua sayap Pemuda PKR baru-baru ini berkata, beliau tidak mengiktiraf keputusan pertandingan yang diumumkan 26 November lalu. PRU 13 Setelah Anwar Di Penjara ??
gkin Pilihan Raya Umum Sarawak diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke 13? Inilah jawapan yang sedang dicari oleh sekalian pemerhati. Ia sudah diagak oleh media bahawa kedua pilihan raya itu akan diadakan serentak. Ia bererti pilihan raya umum disegerakan dalam tahun 2011. Rabu, 8 Disember 2010
Isteri Kedua Pengerusi Syabas Tuntut Cerai
KUALA LU
MPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail (gambar kiri)memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Permohonan Justynn Cassandra, 25, difailkan pada bulan lalu dan permohonan tersebut disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malik Awang pada Rabu.
Pada prosiding itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Rozali memohon mahkamah memberikan masa selama tiga bulan untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu secara baik.
“Saya dimaklumkan oleh anak guam bahawa mereka masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai permohonan ini,” tambah Fakhrul Azman.
Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn.
“Tempoh tiga bulan adalah terlalu lama kerana mereka sudah tidak bersefahaman. Saya mohon diberikan dua minggu untuk mereka berbincang,” katanya.
Ab Malik kemudian membenarkan kes tersebut ditangguhkan sehingga 4 Januari depan untuk Rozali membuat keputusan terhadap permohohan plaintif.
Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga pada 2006 di Perlis dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan setahun.Mstar
Fitnah Terbaru Terhadap Tok Guru Nik Aziz
Bukti !! Posting blog pro Umno yang mengatakan Tok Guru sakit tenat dan dikejarkan ke hospital. "UNTUK BESARKAN KLIK PADA GAMBAR "KOTA BHA
RU, 8 Dis: "Selesai mengerjakan solat Zohor berjemaah di pejabat. Insya Allah sekejap lagi akan menghadiri majlis menandatangani perjanjian Projek Nukleus Green Valley Lojing di Langgar," tulis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman twitter kira-kira jam 2.00 petang ini.
Katanya, perjanjian itu antara Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dengan Fresh Momentum Sdn Bhd.
Sebelum ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof, menafikan khabar angin yang mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sakit tenat.
Beliau yang menghubungi HarakahDaily pagi tadi memberitahu, dakwaan itu bukan sahaja tidak benar, sebaliknya berunsur fitnah.
Menurutnya, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan hanya kepenatan selepas menghadiri majlis besar dua hari berturut-turut ditambah pula sejak pulang dari Makkah menunaikan fardu haji baru-baru ini beliau belum berehat.
“Kerana itu beliau kepenatan, dakwaan mengatakan beliau ke hospital malam tadi kerana sakit tenat dan dikejarkan dengan ambulans hanya palsu semata-mata,"BACA DISINI” ujarnya.
Menurutnya lagi, pagi tadi Tuan Guru menunaikan solat Subuh di Masjid Pulau Melaka sebagaimana biasa.
Wan Nik seterusnya berkata, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Khas MB, Rushdi bahawa Tuan Guru ingin ke pejabat hari ini sebagaimana biasa, apa lagi dua majlis sedang menunggu beliau.
“Bagaimanapun, beliau dinasihatkan supaya berehat di rumah sahaja,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai bertenang dan jangan menelan bulat-bulat khabar angin tersebut.Hrkh
Bukti Tok Guru masih sihat dan tidak dimasukkan ke hospital DISINI