Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 September 2010

Kes Bunuh Sosilawati,Suspek Tunjuk Lokasi Baru

Suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu, membawa polis ke satu lokasi baru di sini semalam, yang menjadi tempat beberapa lagi bahan bukti dipercayai milik mangsa kes bunuh dan bakar itu, dibuang.

Lokasi baru di sebuah tali air di Kampung Sungai Lang, terletak berdekatan kunci air, kira-kira 300 meter dari Pasar Besar Awam Banting. Suspek utama yang juga seorang peguam, dibawa ke situ untuk menunjukkan tempat semua barang milik mangsa dibuang. Usaha mencari barang yang cuba dilupuskan suspek kes berkenaan dilakukan tiga anggota penyelam Pasukan Gerakan Marin selama lebih dua jam mulai 3.15 petang.

Mereka dipercayai sedang mencari telefon bimbit milik seorang mangsa, tetapi dalam operasi semalam, pasukan penyelam hanya menemui objek yang kelihatan seperti seutas gelang tangan yang diselaputi lumpur.

Penemuan gelang tangan berkenaan kira-kira jam 4 petang itu menjadi bukti terbaru bagi membantu polis merungkai misteri pembunuhan empat mangsa berkenaan.

Terdahulu, pada jam 2.25 petang, suspek sekali lagi dibawa polis ke pejabatnya di Jalan Kemboja off Jalan Sultan Alam Shah, di sini, dipercayai bagi mendapatkan beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung kes itu.
Kira-kira 40 minit berada pejabatnya, suspek dilihat dibawa keluar dari bangunan itu dengan dikawal ketat anggota polis dan diikuti dua wanita yang dipercayai kakitangannya.

Seorang anggota polis kemudian dilihat membawa tiga fail yang berisi dokumen dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan. -BHImbang Penuh

Sumbangan RM 4 Bilion Pada Pas Kelantan,Ulasan Tok Guru Nik Aziz


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai sumbangan sebanyak RM4 bilion yang diberikan oleh sebuah syarikat, I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) kepada Pas Kelantan.
Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan projek untuk membangunkan Pantai Sri Tujoh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab.
"Sebagai ketua parti, saya tidak tahu pasal duit RM4 bilion, baru pagi ini saya tahu. Dia (Abdul Rahim) baru jumpa saya dua hari lepas dan dua bulan lepas juga dia (ada) datang juga.
"Mengenai projek di Pantai Sri Tujoh, nak lulus (sesuatu projek) kena buat surat, (hantar permohonan) ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan kemudian ke Exco. Dia kata nak buat projek, saya kata marilah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Model Baru Ekonomi (MBE) di Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam.
Sementara itu, Bernama melaporkan, adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari I'DA World atas sifat peribadi dan bukannya mewakili parti atau kerajaan Kelantan.
Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Nik Aziz untuk menerima replika cek itu pada suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, dua hari lepas.

Selasa, 21 September 2010

Isu Kamalanantan Masuk Masjid,Kenyataan Terkini Khalid Samad


KUALA LUMPUR, 21 Sept — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar Majlis Agama Islam Selangor (Mais) agar konsisten dalam menguatkuasakan arahan yang dikeluarkannya, terutamanya berhubung isu tidak membenarkan orang bukan Islam daripada memasuki ruang solat masjid.
Beliau berkata institusi agama itu sepatutnya bertindak adil dan konsisten bukan mencampurkan hal-hal agama dan politik dalam melaksanakan arahan.
“Saya sebenarnya tidak kisah jika Datuk Mohamad Idris Abu Bakar (ADUN Hulu Bernam) berucap dalam ruang solat masjid atau P. Kamalanantan (Ahli Parlimen Hulu Selangor) masuk ke ruang solat masjid untuk sampaikan sumbangan.
“Yang menjadi masalah sekarang adalah Mais, kerana mereka tidak konsisten dan adil.
“Bila membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh tapi bila wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pula tiada masalah. Bukankan ini menunjukkan Mais tidak konsisten?” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Khalid (gambar) yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, sasarannya adalah Mais bukan kedua-dua wakil rakyat BN itu.
“Sasaran saya adalah Mais. Bagi saya apa yang dilakukan oleh kedua-dua wakil rakyat BN itu tidak ada masalah dan harus digalakkan lagi yang sepatutnya turut melibatkan wakil rakyat PR.

Perkembangan Terkini Isu Sumbangan RM 4 Bilion Pada Pas Kelantan


KOTA BARU, 21 Sept – Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I’Da World Group Sdn Bhd, bagi membantu PAS Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.

Nik Din Nik Mat berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik untuk menerima replika cek itu di suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, dua hari lepas.

“Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sebuah syarikat Bumiputera, I’Da World Group Sdn Bhd yang menimbulkan misteri dan kejutan banyak pihak kerana bermurah hati untuk menderma kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hettar melibatkan kos RM313.71 juta.

Nik Din berkata beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.

Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN DISINI

Video : Cara Pak Menteri Umno Raikan Aidilfitri Part 2




Aksi Menteri KPDNKK Datuk Sri Ismail Sabri Yaakub,Pemimpin Parti yang kononnya memperjuangkan Islam meraikan Aidilfitri...

LAGI VIDEO DISINI...


Kerajaan Pas Kelantan Dapat Sumbangan RM 4 Bilion


KOTA BHARU: Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion. Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya. Beliau memberitaImbang Penuhhu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.

Sempena majlis itu, I'DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit.

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion.
Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion.

Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.

SUMBER

Ulasan Tinta Hijau DKB

Tiada Pemimpin Pas atau Kerajaan negeri yang hadir dalam majlis itu dan tiada sebarang ulasan atau pengumuman dari Kerajaan Kelantan atau wakil mereka...mungkinkah hanya gimik atau pengumuman sebelah pihak.Entahlah kita sama2 tunggu perkembangan seterusnya....


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....