Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 18 September 2010

Laporan Terkini Kes Bunuh Sosilawati 18/9/2010

KUALA LUMPUR: Laporan lengkap siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara minggu hadapan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pihaknya yakin bahawa mereka telah berjaya mengumpulkan bukti-bukti kukuh bagi mengaitkan dan mengheret suspek ke muka pengadilan.
"Polis percaya kes pembunuhan melibatkan Sosilawati dan empat rakannya itu telah dapat diselesaikan berdasarkan tindakan yang telah diambil dan bahan-bahan bukti yang telah berjaya diperoleh.
"Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dinilai, berkemungkinan minggu hadapan...kita yakin siasatan kita punya bukti yang kukuh," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Jumaat.
Beliau berkata keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam itu yang dijumpai di sekitar tempat kejadian, hanya akan diperoleh sekurang-kurangnya empat hari lagi. "Tulang-tulang berkenaan baru dihantar ke Jabatan Kimia, Hospital Kuala Lumpur semalam dan difahamkan ia memerlukan masa sekurang-kurangnya empat hari untuk proses penganalisaan.
"Selepas ujian patologi itu selesai barulah kita dapat menentukan dan mengenal pasti profil DNA serpihan tulang tersebut sama ada ia milik Sosilawati dan tiga yang lain atau bukan," kata Mohd Bakri.
Beliau berkata polis juga telah menghentikan operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting, Selangor bermula hari ini, bagaimanapun anggota polis masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai.

Gambar : Ahli Parlimen Bukan Islam BN Dalam Masjid...

Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa ‘penghinaan’ terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu’, tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok ‘bald spot’. WaLlahu 'Alam.
Jika tidak nampak lambang Dacing dalam gambar 4, jelas sekali dalam gambar 5 ini. Lebih hebat, ‘Ustadz Kamal’ bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta. Ke mana perginya Ahli Parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya ummat Islam telah dihina?

Pelakon M. Rajoli meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

“Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah “bintang yang sentiasa menyinar”.

M. Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Okt 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 Nov 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang. — Bernama

Jumaat, 17 September 2010

Foto-foto menarik YAB Tuan Guru Nik Aziz bersama YM Sultan Kelantan Tuanku Faris Petra

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

17 September 2010 (Jumaat) - Berikut adalah gambar-gambar Tuan Guru MB Kelantan bersama Sultan Baru Kelantan, YM Tuanku Faris Petra selepas menunaikan solat Fardhu Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan...

Apa yang menarik, kelihatan tuanku sultan 'mencemar duli' memberi penghormatan kepada Tok Guru utk berdiri bersama-sama dengannya utk bersalam dengan rakyat jelata...Sungguh terharu tatkala menatap foto-foto di bawah..

Semoga Allah memanjangkan umur Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta umur YM Tuanku Faris, supaya dapat sama2 memerintah rakyat negeri Kelantan dgn makmur dan jayanya..

Ikuti 'bicara' gambar-gembar menarik di bawah..wallahua'lam..


Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...


Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...

*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan.


Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...


Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...

Kes Bunuh Sosilawati : Ulasan Terbaik Setakat Ini Dari Bukan Islam


JIKA HUKUM HUDUD DI PRAKTIKAN MUNGKIN PEMBUNUH SOSILAWATI TAKUT UNTUK MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN PERBUATAN KEJAM YANG LAIN...

Begitulah antara ulasan dari seorang bukan islam tentang hukum hudud.Ini adalah hasil dari hubungan dan tarbiyah dari Pas.Balasubramaniam adalah antara pimpinan Dewan Himpunan Penyokong Pas yang baru dilancarkan baru baru ini...
Adakah pemimpin bukan islam dalam BN yang berani mengeluarkan kenyataan sedemikian. Lebih 50 tahun Umno bersama mereka usahkan hendak mendekatkan bukan islam supaya memahami islam bahkan mereka sering ditakutkan contohnya isu Ahli Parlimen Serdang yang melawat surau baru2 ini...FACEBOOK BALASUBRAMANIAM DISINI

Kes Bunuh Sosilawati : Ulasan Terkini Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU 17, Sept - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pimpinan negara khususnya Perdana Menteri supaya tidak hanya meletakkan tanggungjawab kepada imam dan lebai sahaja untuk memperingatkan rakyat berhubung isu pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
"Sayang sekali apabila tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT ini hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. Seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya.
"Masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman di dalam sukatan pengajiannya. Apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman. Natijahnya, terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini," jelas Menteri Besar.
Mengulas pembunuhan tragis itu, beliau berkata tidak ada sesiapa pun boleh menerima perbuatan seorang manusia membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri.
"Pihak pimpinan negara sepatutnya menjalankan tugas menghebahkan peringatan agar rakyat bertaqwa dan gerun dengan azab kubur dan siksa api neraka.
"Tanpa peringatan seperti ini, tidak ada penghalang yang boleh mendinding manusia daripada melakukan jenayah dan hasilnya, kita mendengar kes-kes pembunuhan kejam berlaku sepanjang masa tanpa mengira bangsa dan agama," tegas Nik Abdul Aziz.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....