Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 5 Jun 2010

Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam


MARANG, 5 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.
“Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan,” ujarnya ketika merasmikan Kembara Tarbawi 4WD Ke Blok 6 Air Putih, Kemaman di Rusila, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan kejam tentera Israel itu juga turut menguji kekuatan umat Islam secara amnya.
Ini, katanya kerana bangsa Yahudi juga bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel.

Nasib Empayar Naza sebalik rebutan harta 2 keluarga?

Empayar Naza yang dibina oleh Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin sejak lebih tiga dekad lalu kini dikhuatiri akan berpecah di sebalik tuntutan harta oleh dua keluarga yang kini melangkah ke pintu mahkamah.
Kebimbangan ini tercetus selepas isteri kedua, Rokiah Abdullah dan lima anaknya memfailkan kes menuntut harta RM350 juta dan juga hartanah di Malaysia dan England, selain kawalan ke atas enam syarikat yang kini diterajui oleh isteri pertama dan lima anaknya.
Justeru, langkah ini dibimbangi akan menyebabkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza dibahagikan kepada dua keluarga yang terlibat dalam rebutan harta ini, sekali gus memecahkan kekuatan salah satukonglomerat persendirian terbesar di negara ini.Kumpulan Naza dikatakan bernilai RM3 bilion.
Nasimuddin membina empayarnya hasil dasar afirmatif ekonomi kerajaan diperkenalkan awal 1970-an, yang antara lain menyediakan sistem AP untuk mengimport kereta.Beliau dikatakan menerima sebanyak 18,000 AP setahun.
Syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza terdiri daripada lebih 30 entiti, yang terlibat dalam perniagaan automobil, pembangunan hartanah dan perkhidmatan teksi. Keluarga itu dikatakan memiliki hartanah diLondon dan Los Angeles.
Peguam syarie Aziz Hassan memberitahu The Malaysian Insider bahawa penjelasan mengenai pembahagian harta warisan dalam al-Quran sangat jelas.

Jumaat, 4 Jun 2010

Gambar : Sekitar Demo Anti Israel Di Depan Kedutaan AS


Ramai orang, sampaikan terowong jalan tun razak ditutup
BN Yahudi hipokrit..'halau apco'..itu laungan para demontrasi
free palestin..ini semua anak muda MEMAKAI JEANS
Air..air..panas dengan yahudi ni.. Apalah bodohnya kita semua...biarlah mereka nak bantah yahudi..bukannya nak sokong yahudi pun 
Ramai..dua-dua belah jalan dipenuhi manusia

Gambar : Himpunan Anti Israel Di Besut

Ucapan AJK Pas Kawasan Besut,saudara Solahuddin Jaafar
Ucapan Tim.YDP Kawasan Besut Hj Hassan Salleh
Ucapan YDP Kawasan Besut Ust W. Azhar W. Ahmad
Celaka Zionis !!!
Selamatkan Palastine...

Video : Himpunan Anti Israel Di Besut



SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu 4/6/2010

Perbincangan isu semasa


Tekun mendengar tazkirah ringkas dari Naqib
Antara yang hadir

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....