Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Januari 2010

Selepas keluar Hospital Dato' Seri Nizar kembali ke pentas ceramah








Bidor, 10 Jan 2010 - Dato Seri Nizar yang baru sahaja dibenarkan pulang oleh pihak Hospital pagi ini telah pun kembali kepada rutinnya iaitu kembali bertemu rakyat diseluruh Negeri Perak.Beliau telah menghadiri satu majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat Perak yang bertempat di Bidor yang mana sejumlah lebi dari 500 orang telah hadir bagi menunggu dan melihat pemimpin kesayangan mereka ini.

Kerajaan Terengganu Terlibat Dengan Penganjuran Demo di Batu Burok??




http://buletinonline.net/images/stories/berita19/Beruk%206.JPGKUALA TERENGGANU – Apakah benar pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu terlibat dengan penganjuran Demonstrasi atau Rapat Umum isu penggunaan kalimah Allah di Batu Burok Jumaat lalu, 8 Januari?

Persoalan ini adalah sesuatu yang amat berat untuk ditanya mahu pun kalau mahu dijawab!

Namun mungkin Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong (sekiranya masih lagi di pejabat) boleh menjawab, mengapakah kenderaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu berada bersama para demonstran pada waktu dan hari tersebut?

Ahad, 10 Januari 2010

Pegawai Gereja terharu terima kunjungan Tok Guru Nik Aziz

PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.

Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.

“Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.

“Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.

Tok Guru Nik Aziz kunjungi 3 gereja hari ini


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menziarahi dua gereja sekitar Petaling Jaya hari ini iaitu Gereja St Francis Xevier di Jalan Gasing dan gereja Katolik Assumption, di Jalan Asunta.

Di gereja Jalan Asunta, beliau telah berbincang sekejap dengan paderi di situ, Philip Muthu. Di kedua-dua gereja itu, penganut Kristian sedang berada dalam perhimpunan mingguan mereka.

Sebelum ke kedua-dua gereja di Petaling Jaya itu, Nik Aziz telah ke gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, MB Kelantan itu telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada penjaganya.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu. Hrkh

Umno Kikis Sifat Hormat Ugama Punca Serangan Gereja-Tok Guru Nik Aziz



VIDEO OLEH GREENBOC

Gambar&Video:Dato’ Seri Nizar Keluar Hospital




Ipoh 10 Jan - Dato’ Seri Ir Hj Muhammad Nizar Bin Jamaluddin hari ini dibenarkan pulang oleh pihak hospital setelah berpuas hati dengan perkembangan tekanan darah beliau. Beliau dibenarkan pulang kira-kira jam 12 tengahari tadi. Ketika bercakap kepada pemberita di ruang legar hospital, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital atas layanan dan kerjasama mereka sepanjang beliau berada di hospital selama 4 hari
Sebelum itu, setelah disahkan kebenaran untuk keluar daripada hospital, beliau sempat mengunjungi teman-teman sesama wad dengan beliau di Wad 8C. Secara kebetulan salah daripada mereka telah menghembuskan nafas terakhir dan Dato’ Seri Nizar berkesempatan bertemu dengan keluarga Arwah. Beliau seterusnya mengadakan bacaan Tahlil untuk arwah.Lagi Gambar
.





Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....