Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 10 Januari 2010

Gereja, sekolah di Taiping pula jadi sasaran serangan


Gereja All-Saints’ Church, di Taiping, Perak yang dikatakan menjadi sasaran serangan pertama membabitkan Gereja diluar Lembah Kelang


KUALA LUMPUR, Jan 10 — Gereja kelima menjadi sasaran serangan malam tadi, kali ini melibatkan All-Saints’ Church, gereja yang bersejarah di Taiping, Perak.
Turut menjadi sasaran kali ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping, yang beroperasi sejak 1899 tetapi kemudian berpindah ke lokasi baru di Convent Lane pada 1938.
Ia merupakan serangan pertama di luar Lembah Klang yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah”.

Orang Umno Dalangi Protes Isu Kalimah 'Allah'

http://merdekareview.com/image_files/news/20090710%20Lau_Weng_San%2001(1).jpgPerdana Menteri Najib Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.
Saya merujuk kepada sebuah laporan media oleh Malaysiakini yang melaporkan seperti berikut:

"Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut:

Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.

Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam.

Slogan 1Malaysia Punah Dalamasa Kurang 24 Jam-Anwar





Parti Keadilan Rakyat kesal Umno-Barisan Nasional mewujudkan suasana tegang dan menyemai prasangka antara Muslimin dan Kristian melalui media massa.

Ketua Umum Anwar Ibrahim berkata liputan media arus perdana menuruti tunjuk perasaan tempoh hari memaparkan sikap konfrontasi pimpinan Umno-Barisan Nasional.

"Saya telah bersama pimpinan Parti Keadilan, PAS dan DAP membuat kenyataan mengutuk keras serangan itu. Pimpinan UMNO harus memikul tanggungjawab kerana mereka telah menggunakan media selama ini untuk menghasut rakyat benci kepada Kristian yang menuntut nama Allah digunakan," tegas Anwar.

Video:Sidang Media Presiden PAS Isu Membakar Gereja

Perbuatan Bakar Gereja Adalah Berdosa-Tok Guru Nik Aziz

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata tindakan cuba membakar empat buah gereja di sekitar Lembah Klang semalam adalah perbuatan berdosa dan akan menerima balasan di akhirat nanti.
"Jadi tiap-tiap orang nak bakar gereja...dia kena reti, gereja ini harta kawan kita orang Kristian...bila kita bakar kita telah melukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak," katanya.

Nasib Hassan Ali, Khalid Samad Ditentukan Minggu Depan


Jawatankusa disiplin PAS yang selesai mendengar keterangan dua pemimpin parti itu dari Selangor akan membuat keputusannya minggu depan.

Jawatankuasa itu memutuskan demikian selepas selesai mendengar keterangan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali selama tiga jam petang ini.

Bekas timbalannya Khalid Samad telah memberi keterangan kelmarin dengan membawa seorang saksi.

Ketika ditemui The Malaysian Insider di Ibu Pejabat PAS di sini lewat petang ini, pengerusi jawatankuasa itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya boleh membuat keputusan membabitkan kedua-dua mereka hujung minggu depan.

Beliau ada tarikh ditetapkan untuk tujuan itu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....