Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 28 Disember 2009

SPR kena tunjuk bukti kes dakwat PRU-12



SHAH ALAM- Badan bebas Pemantauan Pilihan Raya (Mafrel) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan bukti yang menyokong tindakan suruhanjaya itu menarik balik pelaksanaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Alhabshi (gambar) berkata, pendedahan tersebut perlu dibuat bagi menangkis tanggapan negatif rakyat terhadap SPR berulang.

“Tindakan menarik balik pelaksanaan dakwat kekal diketahui oleh semua rakyat, jadi SPR perlu telus dan membawa individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.

Menurutnya, Mafrel sentiasa bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal itu bagi mengelakkan bilangan pengundi yang layak bertambah pada hari pengundian.

“Mafrel kecewa dengan SPR ketika itu dan berharap agar dakwat kekal digunakan pada pilihan raya akan datang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Pas menggesa SPR mendedahkan kebenaran berikutan dakwaan terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat khas (kekal) untuk tujuan pilihan raya secara haram hingga menyebabkan suruhanjaya itu terpaksa membatalkan penggunaannya pada PRU-12.

Pas turut menyatakan SPR berbohong dan membazirkan wang rakyat bernilai RM 2.4 juta bagi tujuan itu untuk lakonan yang sengaja dicipta bagi menafikan tuntutan rakyat melalui Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mahu dakwat kekal digunakan.SH

DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam:Tok Guru Nik Aziz


PETALING JAYA, Dis 28 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.TMI

MB Terengganu Beri Jawapan Tak Betul !




KEMAMAN – Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah memberi jawapan yang tidak betul berkenaan kereta kerajaan yang menyelewengkan penggunaan minyak.

Menurutnya, Ahmad menjawab demikian, demi untuk menutup kelemahan pentadbirannya yang dipertikaikan oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

“Tidak betul, dia nak tutup kelemahan dia, dia kata pasal kereta konvoi, jadi kereta lain tak ada kad (indent) minyak, pasal apa jadi gitu, kereta kerajaan semua ada kad (indent) minyak,”katanya ketika ditemui selepas ceramah penerangan isu sidang DUN di sini semalam.

Menurutnya semua kereta atau kenderaan milik kerajaan memiliki kad (indent) minyak masing-masing.

Katanya beliau telah menyemak dengan pihak Jabatan Audit Negara berkenaan jawapan yang diberikan oleh Ahmad dalam Sidang DUN baru-baru ini.

Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf (ADUN) Mempelam telah menimbulkan isu penyelewengan pemggunaan minyak kenderaan milik kerajaan sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2010, Ahmad Said cuba menafikan kegitan mencuri minyak dikalangan pemandu kenderaan kerajaan yang menyeleweng dengan mengatakan kereta-kereta tersebut mengisi minyak secara beramai-ramai dan tidak mempunyai kad (indent) minyak, lalu mengisi minyak menggunakan satu kad (indent) minyak sahaja.

Jawapan Ahmad juga menolak kesahihan Laporan Ketua Audit Negara yang telah dikeluarkan pada 22 Julai, 2009

”Ahmad sepatutnya mengambil tindakan mengelakkan kejadan berulang, kerana saya telah dimaklumkan oleh Bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, penyelewengan penggunaan minyak oleh kenderaan kerajaan telah berlaku sejak lama dulu,”kata Wahid dalam ceramah yang disampaikannya. BO

Umno/ BN Kononnya Membela Rakyat, Tapi Yang Senang Adalah Wakil Rakyat !





Sura, DUNGUN
– Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said meminta rakyat memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam majlis yang dianjurkan oleh kerajaan dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Ramli.

Menurutnya adalah tidak profesional sebagai seorang Menteri Besar meminta sokongan dari rakyat kepada partinya dalam majlis yang dianjurkan dengan peruntukan kerajaan.

”Sumbangan kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan, ia menggunakan peruntukan kerajaan, duit rakyat, bukannya daripada duit parti,

”tidak munasabah sebagai seorang MB meminta rakyat menyokong partinya,”tegasnya ketika ditemui selepas Majlis Pemberian Sumbangan Pakaian Sekolah, di sini, Ahad 27 Disember.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahmad Said meminta ibu bapa yang hadir memilih Umn/BN dalam pilihanraya akan datang ketika berucap dalam satu Majlis anjuran Yayasan Terengganu baru-baru ini.

Sehubungan itu, kata beliau, walaupun PAS bukan sebuah parti yang memerintah namun wakil-wakil rakyatnya tetap memberikan sumbangan dan bantuan kerana ia adalah merupakan satu tanggungjawab

Oleh sebab itu, katanya, wakil-wakil rakyat PAS tidak hidup mewah kerana keutamaan dan kepentingan mereka adalah kepada rakyat.

Katanya, ia bukanlah satu ‘retorika’ yang hanya cakap-cakap kosong sebagaimana slogan yang dibawa oleh Umno dan BN, ‘Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan’.

”Cuba kita tengok hari ini, bila bercakap bahawa keutamaan (adalah) kepada rakyat, tapi bila naik, yang senang pemimpin-pemimpin yang jadi wakil rakyat,

”lihat kereta masing-masing, lihat rumah masing-masing, lihat pakaian kemegahan masing-masing,

”tapi bila turun ke kampung (bertemu rakyat), (mereka berkata) kita akan bela rakyat, kita akan akan bela (orang) Melayu,”jelasnya

Justeru, beliau berkata, rakyat harus menilai parti yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat, atau parti yang berkhidmat dengan wang rakyat.

”Sebab itu sangat penting bagi kita (rakyat) menilai dan memilih (PAS) parti yang terus memberikan sumbangan walaupun tidak sebuah kerajaan, bayangkanlah kalau PAS menjadi kerajaan,”ujarnya ketika berucap dalam di Majlis tersebut.

Seramai 87 orang anak-anak Ibu Tunggal dalam DUN Sura telah diberikan sepasang pakaian sekolah, sempena pembukaan sessi baru persekolahan tidak berapa lama lagi.BO

GMI Selar Proses Pindaan ISA Bersifat Eksklusif





Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berkata proses perolehan input keatas pemindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersifat eksklusif dan tidak melibatkan rakyat keseluruhan.

Pengerusi Syed Ibrahim Syed Noh melahirkan kekesalan GMI dengan sikap pemerintah 'membutakan mata' kepada kewujudan puluhan atau ratusan mangsa akta zalim itu.

Lebih membimbangkan apabila kerajaan tidak menjemput badan hak asasi manusia bebas untuk mendengar pandangan dan kritikan keatas akta ini.

Pada 1 Ogos lalu, kira-kira 30,000 rakyat turun menjajah Kuala Lumpur dalam satu demonstrasi besar-besaran anjuran GMI bagi membantah akta zaman penjajah itu.

Pertembungan antara GMI dan pihak berkuasa menyaksikan puluhan das gas pemedih mata dan hujanan meriam air dilepaskan keatas orang awam dari awal pagi hingga lewat petang.

Sejak 1960an, lebih 10,662 orang telah ditahan dibawah ISA. -TVS

Gambar-Gambar Sekitar Kemalangan Maut Bas Sani Express di Ipoh, Perak

Tersepit,Pasukan Penyelamat cuba mengeluarkan mayat yang tersepit
Mayat mangsa kemalangan yang bejaya di keluarkan dari Bas
Sebahagian dari mayat mayat mangsa kemalangan

Keadaan Bas Sani Exspres yang terlibat dengan kemalangan

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....