KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tertekan ataupun pun tergugat dengan tindakan Pas Pusat menasihatinya supaya menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berundur dari jawatan ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Menyifatkan perkara tersebut lumrah dalam sebuah parti, Mursyidul Am Pas itu berkata, apa yang dilakukan oleh Pas Pusat itu adalah adil memandangkan beliau sendiri menegur kepimpinan pusat supaya mengadakan Muktamar Khas Agung (EGM) baru-baru ini.
“Tak ada tekanan, biasa la, sebelum ini saya tekan (Pas) pusat melalui cadangan pemilihan baru parti, sekarang pusat tekan saya, pakat tegur menegur, asas Islam begitu,”katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di kediaman rasminya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kewajaran tindakan Pas pusat yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din membuat kunjungan serta memberi nasihat bagi menyelesaikan kemelut yang melanda perbadanan tersebut kelmarin. SH
Ulasan Tinta Hijau DKB:
Fuhh!!! sebak ambo membaca kenyataan dari Tok Guru ni.Inilah sifat yang ada pada Mursyidul Am kita.Walaupun dah berpuluh tahun berada dalam Pas tapi beliau masih boleh menerima teguran dengan hati terbuka.Kalau Pemimpin lain baik dalam Pas belum tentu dapat bersikap seperti Tok Guru dan Pemimpin Umno? uhh jauh Panggang dari api.Tak percaya suruh Ahmad Maslan nasihat Najib, nescaya terpelentinglah sahabat kita ini ke Laut China Selatan ha..ha.. Persetankan apa yang orang kata pada Tok Guru.Bagi ambo Tok Gurulah yang terbaik,Tok Gurulah yang paling world.Masakan tidak, antarabangsa pun iktiraf beliau( n0 42 muslim paling berpengaruh di Dunia).Tapi kita di sini masih ada yang memperlekehkan beliau.Apakah bila beliau meninggal dunia baru kita hendak mengiktiraf ketokohan beliau,baru kita merintih hiba mengenangkan jasa jasa beliau.Selagi hayatnya di kandung badan,marilah kita sama sama berdiri teguh di belakangnya samada senang atau susah.Bagi Ambo,ambo lebih rela melihat Tok Guru terus mentadbir Kelantan walaupun terpaksa memerintah dari atas katil!!! Hidup Tok Guru!!! Takbir!! Takbir!!Takbir!!!!
KOTA BHARU, 24 Nov: Tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan membuktikan ketinggian integriti dan keterbukaan beliau dalam menerima pandangan parti.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang media bersama Nik Aziz semalam yakin tindakan Nik Aziz itu bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga sebaliknya mengutamakan masa depan dan perjuangan parti.
"Tok Guru (Nik Aziz) tunjuk nilai moral yang tinggi, dan beliau ambil keputusan demi kepentingan perjuangan.Ini adalah satu bentuk integriti yang ditunjuk oleh beliau.Apa pun yang beliau putuskan, itu adalah keputusan parti yang beliau akur,"
"Saya percaya apa yang beliau buat adalah bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga tetapi apa yang beliau tunjuk merupakan sikap yang melampaui kepentingan diri, keluarga dan peribadi beliau.Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjuk beliau.
Semalam Nik Aziz selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Ditanya samaada perkara itu menunjukkan PAS sedang menghadapi masalah dalaman yang serius, beliau menafikan perkara itu.
"Saya tak nampak apa isu besar, apa yang berlaku adalah isu pelantikan menantu.Beliau telah lepasi isu itu.Kalau selama hari ini isu menantu dimainkan anatara Pak Lah dan Khairy, dan Pak Lah tak mampu buat sesuatu untuk bersihkan nama beliau.Walaupun dari segi perundangannya betul, tapi ia akan timbulkan satu fitnah kepada beliau dan pentadbiran,"
"Apa yang ditunjukkan tok guru hari ini kerana lihat kepentingan perjuangan jemaah itu lebih penting dari keluarga dan peribadi.Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini.Tapi tok guru tunjuk satu integriti sebagai Menteri Besar.
Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.
Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.
Ariffahmi bersetuju meletakkan jawatannnya dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.Hrkh
Peguam Yusmadi Yusof yakin rakyat Selangor akan pertahan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan punca tanah runtuh Bukit Antarabangsa.
Ketika ditemui di Parlimen hari ini, Yusmadi berkata beliau tidak terkejut sekiranya pemerintah mengambil tindakan terhadap Khalid kerana membongkar dokumen Akta Rahsia Rasmi.
“Bagi saya ini adalah satu perkara yang amat ditakuti oleh BN kerana ia akan membuka pekung di dada”, kata beliau. Laporan tersebut mendedahkan paip pecah antara punca kejadian tanah runtuh yang menelan nyawa lima penduduk Bukit Antarabangsa.
Kerajaan Persekutuan bagaimanapun bertindak pantas atas alasan dokumen itu dibawah bidang kuasa Kabinet, dan memberi amaran untuk tidak mendedahkan dokumen itu.
Yusmadi menegaskan tindakan Khalid harus disokong dan dipertahankan atas dasar ketelusan dalam pemerintahan.
“Disini kita menunjukkan kita kerajaan yang berkeyakinan tinggi maksudnya kita tidak takut kita dikritik dan kita tidak takut untuk mewar warkan salah laku kerajaan terhadahulu”. – Hadri Yaziz
KOTA BARU, Nov 25 — Selepas 19 tahun mengetuai kepimpinan pentadbiran negeri, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membayangkan barisan pelapis yang bakal menggantikan beliau.
Semalam ketika ditemui di sini Nik Aziz (gambar) tidak menolak terdapat kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya jika beliau melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan.
Beliau yang enggan membayangkan nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya itu, bagaimanapun memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.
Antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal menggantikan beliau ialah bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob.
Dua hari lalu, leh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa agar Nik Aziz menamakan penggantinya ketika pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau yang sudah tahun ke-19, terus dibelenggu isu demi isu.
"Saya secara peribadi rasa perlu Tuan Guru Nik Aziz menamakan pengganti atau sekurangnya bagi petanda untuk mudahkan proses," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Mohd Amar menambah: "Kalau berlaku tiba-tiba (perubahan pucuk pimpinan), mungkin orang yang naik (pengganti) perlukan masa untuk stabilkan keadaan."
Kata beliau, pandangan itu bukan bertujuan memaksa Nik Aziz berundur sekarang.
Pada hari yang sama Nik Aziz, ekoran tekanan dalam parti dan luar parti, telah meminta menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Nik Aziz sebelum ini mempertahankan pelantikan Ariffahmi. Ariffahmi kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Nik Aziz, 78, juga tetap menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan semata-mata kerana kemelut yang kini melanda dalam PAS atau atas desakan mana-mana pihak.
"Saya tidak akan melepaskan jawatan kecuali kerana uzur atau tua, tetapi pada masa ini belum sampai masanya lagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di rumahnya di sini malam tadi.
Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PAS menguasai negeri itu dalam pilihan raya umum 1990.TMI
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli Parlimen Pakatan rakyat hari ini terus mempersoal kepekaan kerajaan berhubung monopoli saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) iaitu sebuah sektor strategik makanan utama negara oleh seorang tokoh perniagaan.
Jika sebelum ini, isu pemilikan 32 peratus saham Bernas oleh syarikat asing Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dipertikai, kini isu pengambilan milikan Wan Tak tersebut pula dipersoal.
Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli kesemua milikan Wan Tak, selepas kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan syarikat berpengkalan di Hong Kong itu memegang saham tunggal terbesar Bernas.
Hasil pembelian 32 peratus itu, dan ditambah 55 peratus lagi milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media di parlimen siang tadi berkata, monopoli pemilikan saham Bernas sebanyak itu oleh entiti berorientasikan keuntungan semata-mata telah memperjudikan sektor strategik makanan utama negara.
Lebih malang apabila rakyat yang akan menerima kesannya apabila hanya keuntungan diletakkan mengatasi kepentingan rakyat secara keseluruhan.
"Kita bimbang bahawa Syed Mokhtar yang memiliki bisnes yang begitu besar dan pelbagai dan akhirnya akan mempertaruhkan sektor pemakanan asasi ini untuk memastikan dia terus mendapat peluang-peluang bisnes yang lain," katanya.
Menurutnya lagi, beberapa kes pernah berlaku sebelum ini membuktikan kerajaan hilang kawalan terhadap Bernas.
Pernah sebelum ini Bernas menaikkan harga beras tanpa mendapat persetujuan pihak kerajaan, dan akhirnya kerajaan terpaksa mengarahkan pembatalan kenaikan tersebut.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sendiri sudah hilang kawaklan dan tidak berupaya membuat pemantauan untuk memastikan dasar dan polisi padi dan beras negara ini dapat memberi kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya lagi.
Beliau turut menuntut kerajaan mengambil kembali hak permit import dari Bernas agar tiada sebarang penyalahgunaan berlaku.
Selain itu beliau juga menuntut agar Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diwujudkan dan berperanan semula mengendalikan industri beras negara ini dengan penuh tanggungjawab sosial dan menjamin hak petani dan pengguna.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution yang turut menyertai sidang media tersebut mempersoal adakah kerajaan mengambil kira dan bersedia dengan kaedah mengurangkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh rakyat negara ini.
Menurut beliau sekira berlaku sesuatu masalah kepada perniagaan Syed Mokhtar, rangkaian bekalan beras negara juga turut akan terjejas.
Turut dipersoal adakah perpindahan milikihan pegangan saham tersebut memenuhi kalusa perjanjian pemegang saham yang memperuntukkan perlu kepada tawaran bertulis di kalangan pemegang saham sebelum ianya berpindah tangan.
"Jika dipenuhi bagaimana berlaku monopoli begitu besar ke atas seorang tokoh perniagaan?" soalnya.
Menurut laporan, pada tahun 1995, terdapat sembilan syarikat yang memiliki saham dalam Bernas.
Ianya termasuk hampir 38 peratus adalah syarikat berkaitan peladang, nelayan dan penanam padi.
Dengan pemilikan Syed Mokhtar sebanyak 87 peratus pada waktu ini, maka satu lagi persoalan timbul iaitu berkaitan nasib 38 peratus syarikat berkaitan peladang, nelayan dan penanam padi tersebut.
Sebelum ini kerajaan beberapa kali dibidas kerana membiarkan pemilikan 32 peratus ekuiti Bernas oleh syarikat Wang Tak .
Antara yang dipersoal adalah bagaimana sayarikat asing itu boleh mengumpul dan menaikkan pemilikannya daripada sekitar 18 peratus pada tahun 2007 kepada 32 peratus sekarang tanpa dikesan oleh agensi-agensi kawal selaras kerajaan seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara mahupun Kementerian Kewangan.
Lazimnya juga kerajaan mempunyai dua orang wakil dalam Lembaga Pengarah Bernas dan sewajarnya mengetahui perkara itu.
Lebih menghairankan apabila tindakan Wang Tak itu juga 'tidak disedari' oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, memegang saham pilihan yang boleh ditebus (redeemable preference share) atau lebih kenali sebagai saham emas di dalam Bernas.
Saham istimewa itu memberikannya kuasa pembatal bagi melindungi kepentingan awam.
Dan turut dipersoal adakah Bursa Malaysia tidak tahu atau tidak dimaklumkan sedangkan semua jual-beli saham yang melebihi lima peratus saham berbayar sesebuah syarikat wajib dimaklumkan kepadanya.Hrkh
Wartawan NST, Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah, sudah menjadi 'saya' dan 'hadhir' bersama ketika kononnya saya berjumpa Tok Guru untuk memberi kata dua pada Selasa lalu. Saya tertanya-tanya, ada tak aku jumpa Tok Guru Selasa??
Mereka berdua 'tahu' semua butir percakapan dalam 'pertemuan' itu. Tok Guru kata tak ada, NST kata ada. Saya?
Saya menanya diri saya semula. Adakah kami pernah berbincang seperti dilaporkan? Memberi syarat itu dan ini dan mengungut itu dan ini? Husam kah itu atau siapa?
Atau apa yang ada di keyboard wartawan itu dimasukkan ke dalam mulut kami kononnya saya atau Tok Guru berkata seperti itu? Ahh.., jangan-jangan ada orang tertelan salah pil lalu khayalannya turun atas lembaran?
Bila dongeng dimasukkan sebagai laporan berita, NST menjual sampah sebagai permata.
Tidak hairan ada orang berkata, zaman ini adalah zaman maklumat, tetapi sedikit sekali kebenarannya. 'Info' telah digaul bagi menampal ruang-ruang imiginasi penulis kononnya membentuk sebuah persembahan 'berita' mengikut apa yang mereka selerakan. Kebenaran bukan ukuran dalam abad ini.
Islam sejak dulu menekankan 'kesahihan'. Pembawa berita juga mesti 'muttaqin'.
Berita memang penting, kerana itu 'Nabi' membawa makna 'orang yang mempunyai berita'.
Penulis berita bukan sahaja akan mendapat upah dan gaji, promotion dan bonus, malah catatan Rakib dan Atid dalam sebuah 'hard disc catitan diri' untuk sebuah perbicaraan agung. Mahsyar.
Bukankah kalau berita itu tidak ada nilai kebenaran, ia menurun kepada 'berita palsu'. Lazimnya ia dikaitkan dengan motif seperti: adu domba, fitnah atau membawa agenda perpecahan, permusuhan, pergolakan, character assassination, political isolation, dan menumpaskan lawan.
Menjelang pilihanraya umum lalu, NST telah pun melakukan perkara yang sama ke atas saya. Kes saman saya ke atas NST itu akan dijalankan awal tahun 2010.
NST secara bersendiri telah menerbitkan permohonan maaf tanpa persetujuan saya dalam kes itu. Dan sedikit 'saguhati' yang saya minta peguam saya menolaknya secara baik kerana rasanya harga diri mana-mana insan tidaklah semurah itu....
Hari ini, NST mahu saya menyamannya sekali lagi dengan sekali lagi 'menggoreng berita'. Banyak 'It was understood that....' dijadikan sandaran apa yang hendak 'digoreng' oleh NST.
Bukan kerana ruang bicara tertutup sama sekali dan saman sahaja bahasa saya dengan media. Bukan begitu.
Sesuatu yang salah yang berulang-ulang memerlukan didikan berterusan dan pertahanan diri bagi mangsa yang lemah seperti saya hanyalah mahkamah. Apa lagi, kalau NST ada motif dan agendanya dan sanggup menanggung risiko dengan cuba mengeruhkan air untuk menangkuk debu dan pasir kalau pun tidak ikan yang enak dagingnya.