Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 4 April 2014

Pendakwaan juruterbang TUDM kerana dakwat kekal bakal dicabar di Mahkamah Tinggi

  Mejar Zaidi Ahmad

Para peguam bersedia untuk mewakili juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa di Mahkamah Tentera kerana membuat laporan polis berhubung dakwat kekal yang tidak kekal, ke mahkamah sivil.

Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin yang mengetuai pasukan itu berkata, beliau mempertimbang untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi kerana tindakan ke atas Zaidi  melanggar hak perlembagaan.

"Zaidi berhak untuk membuat laporan polis bila berlaku sesuatu yang dirasakan salah dan dakwaan terhadapnya bertentangan dengan hak kebebasan bersuara dan memberikan pendapat," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang berkata, Zaidi juga diganggu."Dia tidak patut dihukum. Majlis Angkatan Tentera mempunyai pilihan untuk menarik balik dakwaan itu dan menghentikan perkara ini," katanya.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengaku berlaku penyelewengan terhadap dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.Hanipa berkata, kes Zaidi tidak terletak di bawah bidang kuasa Peguam Negara yang juga pendakwaraya.

"Biasanya kita menulis kepada peguam negara untuk menggugurkan dakwaan atau memfailkan permohonan kepada mahkamah agar menolak dakwaan itu."Oleh kerana Zaidi di bawah Mahkamah Tentera, kita hanya boleh memohon semakan kehakiman," katanya.

Hanipa berkata, beliau meminta pihak berkuasa majlis supaya menggugurkan kes itu tetapi tidak ada petanda positif mengenainya."Masa sudah semakin suntuk kerana Mahkamah Tentera akan memulakan sidang tiga harinya bermula Selasa depan," katanya.

Bersih 2.0 melancarkan kempen "Rakyat sokong Mejar Zaidi" untuk menyokongnya.Pengerusinya, Maria Chin berkata, kempen sokongan kepada Zaidi dibuat melalui media sosial.Ramai berkata, Zaidi sepatutnya tidak didakwa di Mahkamah Tentera kerana dia hanya jujur dalam tindakan dan berani menyatakan kebenaran.

Maria berkata, pihaknya menulis surat kepada Majlis Angkatan Tentera agar menggugurkan semua tujuh tuduhan ke atas Zaidi.Sementara itu, Zaidi masih menaruh harapan agar dakwaan terhadapnya digugurkan.

"Saya harap mereka akan biarkan saya bersara dengan tenang lebih-lebih lagi ketika ini negara dilanda tragedi MH370," kata juruterbang pesawat tempur TUDM itu.

Mengulas mengenai tragedi kehilangan pesawat MH370, Zaidi berkata, kejadian itu dianggap sebagai 'amaran Tuhan' kepada pihak yang sering menganiaya individu tidak bersalah.

"Jika mereka teruskan (pendakwaan), saya akan menyerahkan kepada peguam saya (Mohamed Hanipa Maidin) untuk menguruskannya.

"Saya sentiasa berdoa supaya kebenaran akan terbongkar dan pihak yang melakukan perbuatan kejam akan dihukum di dunia dan akhirat," katanya kepada The Malaysian Insider.

Selain mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan sahabat, beliau berkata, orang ramai juga tidak putus mendoakan kesejahteraannya.

Zaidi kini didakwa atas beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 502(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal melalui saluran tentera yang betul untuk menyuarakan kekecewaannya ketika membuat laporan polis dan bercakap kepada media pada 1 Mei Tahun lalu diluar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pegawai veteran itu juga didakwa menghantar dua sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur politik dan hasutan ketika bertugas di Pengkalan Udara Butterworth 1 Mei lalu.

Beliau juga didakwa kerana membuat kenyataan media meluahkan rasa tidak puas hati mengenai dakwat kekal tanpa yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak Angkatan Tentera dan membuat kenyataan itu tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lalu.

Pendengaran kes beliau ditetapkan pada 8 hingga 10 April ini di hadapan enam ahli panel iaitu Kolonel Saadon Hasnan, Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.

Jika didapati bersalah, bapa kepada empat anak itu yang berkhidmat selama 25 tahun akan menghadapi hukuman penjara dan hilang pencen.

Ketika ditemubual The Malaysian Insider kali pertama awal Februari lalu, beliau tahu akan ada akibatnya kerana membuat laporan polis mengenai isu kelemahan dakwat kekal.

Katanya, beliau hanya menjalankan amanah sebagai seorang Islam dan penjawat awam yang menerima gaji daripada cukai rakyat.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawabnya menyatakan kebenaran kepada orang ramai hakikat yang sebenarnya bahawa dakwat kekal itu tidak kekal lama.

"Pada saya, adalah haram bagi orang Islam bersubahat menipu terutamanya membabitkan perkara penting iaitu satu pilihan raya bagi bagi menentukan pemimpin negara," katanya kepada The Malaysian Insider melalui email.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah manusia2 yang berani menentang kezaliman.

Kepada yang lemah, tentanglah kezaliman walaupun hanya di dalam hati. Termasuk pangkah pr waktu mengundi. Hanya kita yang tahu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....