Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 17 Ogos 2014

Terkini : Tan Sri Khalid Akur Dengan Keputusan PAS


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari ini.

Beliau berkata menerima dengan hati terbuka keputusan PAS Pusat berkenaan status menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang dibuat melalui mesyuarat selama 90 minit pagi ini.

"Dengan perkembangan terbaru ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

Parti Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini, menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membaca kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Ha..Ha.. Ha.. Jangan syiok sakan la oiiii.... Pas nak tambah lagi satu nama pencalonan untuk Sultan Selangor perkenankan di tabal menjadi MB Selangor yang baharu .... itu kata PAS sahaja ... Adakah Parti laki bini setuju dan adakah parti DAP setuju dengan penambahan nama selain DS Dr Wan Azizah ... tempoh hari PC oleh DS Dr Wan menagatakan beliau mendapat mandat 30 ahli PR menyokong beliau untuk ganti TSKI sebagai MB Selangor yang baru...
Andaikata Parti laki bini dan DAP tak setuju dengan cadangan PAS untuk tambah pencalonan nama MB Selangor ... PAS kena mesyuarat lagi ke?????

Tanpa Nama berkata...

Parti laki bini yg mana? Bukan kah UMNO mencipta Perdana Menteri dan President di sebalik kemban bini.PM proxy bini.

ia confirm mendapat restu Lee Kuan Yew

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....