Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 31 Mac 2014

[KENYATAAN MEDIA] Undang2 Benarkan Dato’ Seri Anwar Menjawat Jawatan Presiden PKR


KENYATAAN MEDIA
31 MAC 2014

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BENARKAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM MENJAWAT JAWATAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014. Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.

Spekulasi bahawa Dato’ Seri Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat. Biarpun telah disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification).

Malah tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Dato’ Seri Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.

Justeru, ucapan syabas dan tahniah buat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bakal dinobatkan sebagai Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014 ini. Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia.

RADZLAN JALALUDIN
Calon Naib Ketua
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
 Merangkap peguam kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masaalahnyer PKR ini parti anak beranak .... Macam Tak ade orang lain yang layak Termasuklah Admin ..
CADANGAN AKU GUNAKAN "MATA AKAL " UNTUK MEMILIH PEMINPIN PKR sebelum berkubur pada 2014... Munajat pada Allah swt minta petunjuk sebenarnya...Kesian anda semua asyik di 'kencingkan '...Kami semua nampak dari luar selama ini...

Tanpa Nama berkata...

Dah sah kaki jubo bakal mnjadi pemimpin tertinggi PKR. tahniah.

Tanpa Nama berkata...

La parti ank brnak 2 biasalah...mgkin kau org musuh mrk kot tntulah kauorng pndg mrk serba x btul....kauorg sngla klau PR porak-pranda............!!!

XUMNO berkata...

Tanpa Nama 1:14. Kawan, pemimpin2 Tertinggi Umno kesayangan awak lagi hebat. Sebut saja juara apa....Betina; Rasuah; Zina; Arak; Pemfitnah; Penipu dan Bunuh pun ada.Takkan kau tak tahu Tawkey Judi; Kaki Betina; Kaki Fitnah; Altantuya.... sekarang Mamali....Tapi macam biasalah melayu2 bangang akan sanjung dan cium tangan2 pemimpin2 ini.

Tanpa Nama berkata...

Yg tuduh kaki jubo ni tengok ke. Klu x taubatlah sebelum ajal anda sampai. Amalan anda x diterima selagi x minta maaf dgn org yg anda kata..selagi dia x maafkan anda..bertaubatlah

Tanpa Nama berkata...

Umno lagi teruk yg jadi PM ikut keturunan lepas bapak anak jadi pm lepas anak cucu.... Lepas tu cicit macam tak ada org lain.

Tanpa Nama berkata...

ni yg masalah..tak tau politik di malaysia..nak bercakap tentang politik..puii...dalam umno lagi teruk sifat keanak beranakkannya...hanya tungku abd rahman sahaja yg tak tampilkan keturunannya..yg lain lu orang kaji sendiri la...org nak cakap politik.kita pun nak tumpang sama..tak sedar diri kita diperbodohkan umno

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....