Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 26 Mac 2013

Anwar Perjelas Pertemuannya Dengan Nur Misuari

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

“Saya mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan dengan Presiden Fidel Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya menyampaikan mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian perdamaian antara Filipina dengan MNLF.

“Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.

Malah kata Anwar, pelan perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan Thailand dan Acheh.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.

Dalam pada itu, Anwar menasihatkan orang Islam dan masyarakat Kristian tidak mengambil sikap permusuhan, kerana isu sebenar ialah pencerobohan oleh gerombolan bersenjata.

“Kalau orang itu Kadazan, dia Kristian dan dia dianiaya, saya tak setuju. Kalau dia orang Islam Sulug, kita tetap bela. Saya bukan lawan dengan orang Sulug. Saya lawan dengan sesiapa yang ceroboh pakai senjata dan ganggu gugat keamanan,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.

“Jangan fikir rakyat Sabah bodoh. Ini bukti politik kotor yang cuba nak cari jalan dan nak tangkap saya di bawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) tanpa ikat jamin,” kata Anwar. – SDQ

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuiiiiiiiiiiii lah,sapa nuar yg nak bawa keamanan serantau,idung x mancung pipi tersorong-sorong,dia ni pemimpin negara mana?
Betul le,tipu le pengikut yg x de otak.

Tanpa Nama berkata...

mahathir suruh anuar....mmg bijak mahathir nie.....bijak menipu....dulu suruh anuar...sekarang dia dia suruh najib.......jadi kalu ader aper2 problem...dia lepas tangan....dan pandai pulak mereka isu.....mmg mahathir ni kaki penipu.....spesies pembaling batu sembunyi tangan......

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....