Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 26 Disember 2012

Rasmi : Draf Perlembagaan Mesir Diterima

KAHERAH - Rakyat Mesir telah memberi 'lampu hijau' kepada draf perlembagaan menerusi referendum yang diadakan dalam dua peringkat baru-baru ini, dengan lebih 60 peratus menyokongnya.

Lebih 10 juta atau 63.8 peratus mengundi menyokong berbanding 36.2 peratus atau lebih enam juta membantah.

Keputusan rasmi diumumkan semalam (awal pagi tadi, waktu Malaysia) oleh Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir, Hakim Samir Abou El Maaty.

Samir menolak dakwaan pembangkang bahawa ada individu yang menyamar sebagai hakim, yang dilantik, untuk memantau perjalanan proses referendum. Ia antara aduan dibuat oleh pembangkang kepada suruhanjaya itu,

Keputusan referendum sepatutnya diumumkan kelmarin tetapi ditangguhkan sehingga semalam ekoran aduan-aduan yang diterima.Referendum diadakan dalam dua peringkat ekoran kekurangan hakim.

Referendum pada 15 dan 22 Disember lalu diadakan di sebalik ketegangan, yang berakhir tumpahan darah dan demonstrasi termasuk di hadapan istana presiden, ekoran pembangkang dan kumpulan minoriti merasakan hak mereka telah diketepikan dalam perlembagaan baru.

Malah, ada yang beranggapan penggubalan perlembagaan baru bercanggah dengan aspirasi kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan kepimpinan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak, awal tahun lalu.

Keputusan diumumkan menerusi stesen televisyen kerajaan, Nile News TV.Susulan keputusan rasmi yang diumumkan itu, pilihan raya Parlimen perlu diadakan dalam tempoh dua bulan.

Seramai 17,058,317 atau 32.9 peratus orang mengundi dalam referendum kali ini. Seramai 52 juta orang layak mengambil bahagian proses pengundian kali ini.

Selepas keputusan referendum diumumkan, puluhan penunjuk perasaan berhimpun di jambatan-jambatan utama di ibu negara Mesir dan membakar tayar.

Perdana Menteri, Hisham Qandil menyifatkan tiada pihak yang "rugi" dalam proses referendum dan penggubalan perlembagaan baru ini, dan mahu semua pihak kerjasama dengan kerajaan untuk memulihkan ekonomi.

Perlembagaan baru ini antara lain menekankan bahawa syariah kekal sebagai sumber utama perundangan, Al-Azhar akan dirunding dalam soal-soal berkaitan dengan syariah, agama Kristian dan Yahudi adalah sumber utama perundangan bagi masing-masing penganut Kristian dan Yahudi, dan tempoh jawatan presiden dihadkan kepada dua penggal selama lapan tahun.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....