Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 3 Oktober 2012

Gambar : Sekitar Himpunan ' ROYALTI KELANTAN ' Di Istana Kehakiman Putrajaya








 Gambar : Harakahdaily dan berbagai sumber di Facebook

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.

Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.

Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini.

Terdahulu, pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini.

Mereka malam tadi berhimpun di Dataran Shah Alam dalam program Ceramah Mega Royalti yang dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati hampir 600 orang dengan berpakaian merah bertulis 'Tuntut Royalti', dan 'R' berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmod, Datuk Anwar Tan, Dr Mohd Fadhli Hassan, Baihaqi Atiqullah, Che Abdullah Mat Nawi, Wan Ubaidah Wan Omar dan kepimpinan yang lain.

Bercakap kepada peserta konvoi di luar mahkamah selepas itu, Husam berkata keputusan hari ini memberi petanda awal bahawa 'pintu gol lawan sudah ditembusi'.

"Kita bukan sahaja bagi hak kepada Petronas hisap minyak, tetapi juga mebuat explorasi telaga baru.

"Tuan rumah masih kerajaan negeri, Petronas hanya pekerja upahan kita. Bila kita mintak, dia kata tak boleh bagi. Ini bagi kita tak logik," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali akan berkompromi dalam isu ini dan menolak cubaan membayar sebahagian sahaja wang royalti iaitu RM300 juta setahun untuk Blok PM301 tanpa sebarang tunggakan.

"Kita nak kesemua bayaran untuk keempat-empat telaga kita dengan jumlah tunggakan RM10.4 bilion," tegasnya.Hrkh

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan bermakna mahkamah segala junjungan kita.tapi disini tempat mencari selesaian pertelingkahan.walau tidak semua seperti yang dikehendaki, biarpun ada sampai menangis minta keadilan.

kelantanis yang dicandui oleh isu ini menjadikan isu sebegini sebagai 'tanda koma',bernafas seketika bagi meneruskan kelekaan mereka.sekian lama terbelengu dlm kekalutan dan unjuran pas.

salur dari mahkamah tadi akan lebih bermakna kepada kelantanis (khasnya) yang rasional tapi bukan kepada mRBean.

40 rtakcyR

Tanpa Nama berkata...

tuntutlah hak anda sebagaimana
yang telah dipersetjui

new hope berkata...

salam,

takbirrr (ノ゚0゚)ノ~

KLIK dah dapat bonus minta lagi!!

Unknown berkata...

pagi td (4/10/2012) suami sy bgtau jln masuk ke putrajaya banyak kereta pancit..kemungkinan org tabur paku....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....