Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 10 Oktober 2012

DS Anwar Ibrahim Dan Huruf Z

Oleh Rahman Shaari

Sejumlah nama yang memuatkan huruf Z amat dominan dalam kehidupan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum Anwar terkeluar dari Umno, Datuk Zahid Hamidi ialah tokoh berhuruf Z yang kuat menyokongnya. Anwar pernah merestui Zahid berpidato tentang nepotisme dan kronisme. Itu berlaku dalam Persidangan Umno 1998

Anwar memerlukan Zahid dalam hal di atas, kerana beliau sendiri tidak mahu berlawan secara langsung dengan Tun Mahathir Mohammad. Hal ini demikian kerana dalam  persidangan sebelumnya, iaitu pada 1996, Anwar telah berjanji melalui pantun:

Angkut-angkut terbang ke langit Sampai di langit dimakan merbah; Biar bertangkup bumi dan langit, Setia hamba tidak berubah.Meneliti pantun itu, jika mengikut prinsip ‘janji ditepati’, Anwar kekal setia kepada Mahathir.

Tidak disedari ramai lama dahulu Anwar ada teman-teman lain berhuruf Z. Mereka ialah Azmin Ali dan Ezam Mohd Noor. Dalam kalangan orang akhbar, ada Datuk Nazri Abdullah.  Apabila Anwar dipecat, Azmin dan Ezam mengikutnya. Nazri pula hilang dari meja akhbar arus perdana.

Kawan-kawan Anwar yang lain, yang ada huruf Z ialah Shazril Eskay Abdullah dan Dr Azizan Bahari. Shazril Eskay ahli perniagaan, manakala Azizan bertugas di Institut Kajian dasar (IKD). Apabila Parti Keadilan Nasional ditubuhkan, pemimpinnya berhuruf Z, iaitu Wan Azizah Wan Ismail. Timbalannya juga berhuruf Z, iaitu Dr Chandra Muzaffar.

Kini, dalam parti itu (yang bertukar nama menjadi Parti Keadilan Rakyat), muncul pemimpin lain yang berhuruf Z juga, iaitu Nurul Izzah Anwar.

Shazril Eskay mungkin tidak rapat lagi dengan Anwar pada masa ini. Demikian juga halnya dengan nama-nama lain, iaitu Zahrain Mohammad Hashim, Wakil Parlimen Bayan Baru dan Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Mereka pernah menjadi penyokong kuat Anwar.

Tokoh berhuruf Z, Zaid Ibrahim, yang sedang selesa sebagai menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Badawi, tiba-tiba terilham untuk menyertai Anwar dalam PKR. Demikianlah kuatnya kuasa huruf Z dalam kehidupan Anwar.

Kuasa itu pada mulanya menarik ke arahnya, kemudian menolak menjauhinya. Zaid meninggalkan Anwar, sama seperti yang dilakukan oleh  Zahrain Mohammad Hashim, Zulkifli Noordin dan Shazril Eskay. Bahkan, Zaid Ibrahimlah penyokong kuat Anwar yang mengambil masa paling singkat. Sokong sekejap, pergi.

Perlu disebutkan, ketika Ezam Mohd Nor menjadi Ketua Pemuda Keadilan, lelaki garang yang juga berhuruf Z, iaitu  Muhammad Zahid Md Arip ialah Ketua Penerangan. Zahid yang amat mengagumi Anwar ketika itu, kini berada di luar PKR, dan menubuhkan kumpulan yang dinamakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai). Beliau ialah Mursyidul Am Tibai.

Baru-baru ini, akhbar menamakan tokoh-tokoh yang dikatakan anggota Kabinet Bayangan pimpinan Anwar. (Utusan Malaysia, 4 Oktober 2012). Antara anggota Kabinet Bayangan itu, nama-nama yang memuatkan huruf Z ialah Wan Azizah, Mohammad Nizar, Azmin Ali, Elizabeth  Wong, Zuraidah Kamaruddin, Nurul Izzah, dan Rafizi Ramli. Maka ternyatalah huruf Z mendekorasikan Anwar.

Saya fikir, sesekali elok diperlihatkan fenomena yang tidak disedari umum. Saya mahu mengatakan besar sekali jumlah penyokong kuat Anwar yang ada huruf Z. Mereka mungkin kekal menyokongnya, mungkin juga mengundur diri. Dalam kalangan penyokong kuat masa kini, perhatikan Azizah, Izzah, Azmin dan Rafizi. Jangan juga lupa akan Sim Tze Tzin, Nik Nazmi Nik Ahmad, dan anak muda yang bernama Rozan Azen Mat Rasip.

Itu ialah orang kuat yang sedang kukuh berada di belakang Anwar. Sebaliknya, Dr Chandra Muzaffar meninggalkan Anwar, sama seperti Ezam, Zahrain, Zulkifli, Zahid Md Arip,  Zaid Ibrahim dan Shazril Eskay. Jika saya ditanya, siapakah tokoh PKR yang paling berpotensi melakukan tindakan seperti Ezam, jawapan saya tentulah Rafizi, kerana beliau hebat dan garang.

Zahid Hamidi dalam kategori lain, menyamai Datuk Nazri Aziz. Mereka kekal dalam kerajaan.Dalam tanggapan penyokong pembangkang, orang-orang yang meninggalkan Anwar dianggap pembelot, manakala yang kekal menyokong Anwar adalah pejuang. Saya yakin, Anwar sendiri tidaklah demikian. Bagi Anwar, rapat atau renggangnya seseorang dengannya adalah kebiasaan politik, kerana musuh dan kawan tidak abadi.Detikdaily

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ader satu lagik nama yang tertinggal 'zakar' awwww awwww kekekek nama ini patut tidak ditinggalkan. aq serius nih dan bukan ngada2 k.

4 axbythi

Aji najib berkata...

laaa ye ke ko 'serious'? org dlm kau ni org2 berpelajaran/educated circle gelarkan sebagai 'terencat'.

hehehhe kesian, budak lagi ni...tak reti berhujah, main ikut ikut :)

Tanpa Nama berkata...

ni lagi serius..zina turut mendekorasikan politiknya.

Tanpa Nama berkata...

saiful bukhari aZlan

Quantum Metal Consultant berkata...

Teman paling rapat, masa susah dan bila senang...zionist

Tanpa Nama berkata...

Tak betul teori nih....Sebabnya adalah kerana watak utama yang menjahanamkan kerjaya politik UMNOH bernama Mahathir bin Mohammad Iskandar Kutty. Watak i ni jugalah yang paling takut dan gerun jika Anwar Ibrahim berkuasa kembali. Tak ada satu pun huruf Z dalam nama beliau yang panjang berjela itu...Orang lain tak relevent dalam rentetan peristiwa sejarah hidup Anwar Ibrahim.

Lagi pun menurut Islam, tiada hari atau angka yang tidak baik atau membawa sial.Huruf Z ke K atau R tidak penting. Yang penting 3 huruf nih...ABU

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....