Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 24 Ogos 2012

Video : Hanya Presiden PAS Dan Ketua Penerangan Berhak Cakap Isu Kontroversi




KUALA TERENGGANU
- PAS telah mengariskan satu peraturan bahawa, hanya Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat layak serta berhak bercakap dalam perkara yang boleh menimbulkan kontroversi.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS Pusat telah mengambil keputusan hanya Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat layak memberi ‘respon’ dalam isu-isu kontroversi.

Katanya, keputusan tersebut dibuat agar tidak timbul lagi sebarang percanggahan pendapat antara pemimpin-pemimpin parti melalui media massa.

“Dalam perkara-perkara yang tidak kontroversi dan polisinya sudah difahami, orang hendak buat kenyataan yang selain dari polisi tidak ada masalah tetapi dalam perkara yang kontroversi, tidak boleh semua orang bercakap yang akhirnya bercanggah antara satu sama lain.

“Kita (PAS) telah mengambil keputusan baru-baru ini, sepatutnya memberi respon dalam isu-isu kontroversi adalah Presiden parti dan Ketua Penerangan, kita sudah mengambil keputusan yang seperti itu supaya tidak timbul lagi suatu percanggahan.

“Jadi, yang (pemimpin) bawah ini kena jagalah sikit jangan ghairah sangat. Surat khabar (media) ini memang dia (wartawan) cari ‘poin’ (isu) orang bercakap sebenarnya. Dia akan putar macam mana pun supaya orang jawab, jadi hendak kena pandailah berhubung dengan perkara ini.

“Dan orang surat khabar (media) pula kita tidak boleh marah kepadanya kerana itu kerja dia (wartawan). Kerja dia hendak ‘cokeh’ (cari isu) dan pandai-pandai kitalah (jawab) hendak menghadapinya.

“Saya harap ini dapat difahami, tidak perlu kita layan benda-benda yang tidak perlu kita beri respon,” ujarnya ketika menjawab persoalan seorang peserta perantau yang bimbang berlaku percanggahan pendapat dalam isu-isu antara pemimpin parti.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Idulfitri Bersama Perantau di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, dekat sini, 20 Ogos lalu.

Manakala, katanya dalam isu pemilihan calon pilihan raya terdapat dua aspek yang perlu dilihat serta difahami rakyat secara rasional.

Menurutnya, dua aspek tersebut iaitu kawasan yang PAS mempunyai jentera parti yang kuat dan kawasan yang parti tidak ada kekuatan.

“Kita (PAS) telah ada ‘gred’ tertentu contohnya kawasan yang kita kuat. Keduanya, kurang kuat dan yang ketiganya memang tidak kuat.

“Jadi jika dengan calon yang terbaik sekali pun diletakkan untuk bertanding di kawasan yang tidak kuat, memang kerap kali dia (calon) akan kalah. Sebab, itu kawasan yang kita (PAS) sendiri tidak cukup kuat tetapi calonnya bagus. Beberapa kali bertanding pun tidak akan menang lagi tetapi kesediaan dia (calon) untuk lawan itu perlu dihormatinya. Sebab, dia (calon) bagus tetapi kawasan yang tidak cukup kuat.

“Berbanding dengan kawasan yang kita (PAS) kuat dan kena dengan calonnya, Alhamdulillah kita boleh menang,” jelasnya.

Namun begitu, kata Dato’ Mustafa, PAS telah menggariskan kriteria-kriteria yang layak bertanding sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan.

Katanya, antara kriteria tersebut seperti mempunyai keupayaan bertanding, penerimaan masyarakat serta kelebihan calon itu sendiri.

“Kriteria yang selalu kita (PAS) beri panduan ada belaka yang tua, yang muda dan yang tidak terlalu tua atau terlalu muda.

“Pertamanya, keupayaan mereka (calon) itu. Kedua, penerimaan masyarakat setempat terhadap calon dan ketiga, kelebihan calon itu sendiri sama ada mempunyai keluarga atau rakan kenalan yang ramai yang boleh membantu kemenangan calon,” ujarnya.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....