Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 15 Ogos 2012

Hudud-DAP: Pas pantau pendirian Ust Nasha


SHAH ALAM - Pas sedang mengikuti "perkembangan" pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud.

"Bagaimanapun di pihak kepimpinan pusat, kami sedang mengikuti perkembangan mengenai isu ini," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

Semalam, Nasharudin dikatakan telah mencadangkan agar Pas keluar PR jika DAP menentang hudud seperti yang disiarkan oleh TV3.

Pemuda Pas Negeri Kelantan turut menyarankan Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen daripada berterusan mengkhianati amanah pengundinya pada pilihan raya lalu.

Setiausaha Pemuda Pas Negeri Kelantan, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam satu kenyataan turut meminta Ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan sama ada masih ingin bersama parti atau membawa haluan bertentangan dengan kehendak parti.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

"Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umno sejak kebelakangan ini, Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya," katanya.

Ketika ditanya sama ada pimpinan Pas Pusat akan memanggil Nasharudin untuk memberikan penjelasan mengenai perkara itu, Mustafa enggan mengulas lanjut.

Mengulas pandangan Pemuda Pas Kelantan, Mustafa berkata, sayap muda negeri itu tentu mempunyai sebab tersendiri dengan membuat kenyataan seperti itu."Itu hak mereka untuk menyatakan pendirian.

"Kemungkinan kenyataan sebegitu dibuat disebabkan beliau (Nasharudin) merupakan seorang wakil rakyat di Kelantan," katanya lagi.SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Stopa Ali nak pantau apa lagi? Ahli-ahli PAS sudah bosan dengan Nasha ni.Dia sudah tidak diterima lagi oleh ahli-ahli PAS,nak pantau apa lagi.PAS bukan Stopa Ali atau Hadi Awang punya,tapi dimiliki oleh hampir sejuta ahli.Stopa Ali wajar ketepikan semangat setiakawan UGnya dengan Nasha.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....