Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 Mac 2012

Tim Presiden Bukan Islam : Dewan Ulama Pas Jawab Kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM – Pas tetap mengutamakan mereka beragama Islam memegang jawatan tertinggi dalam parti dan keputusan melantik bukan Islam sebagai timbalan presiden atau setiausaha agungnya mustahil dilaksanakan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, melantik bukan Islam mengisi jawatan itu memerlukan pindaan perlembagaan dan persetujuan sepenuhnya daripada muktamar.

“Jika (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) Dr Dzulkefly Ahmad mengesyorkan untuk membuka pintu membolehkan bukan Islam dilantik ke jawatan timbalan presiden, saya rasa itu hanya pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan dasar parti. Ia bukan keputusan Pas.

“Pas tidak pernah berbincang mengenainya. Ia bukan perkara mudah kerana memerlukan suara majoriti dan mereka perlu bersetuju serta menerima keputusan untuk membuka jawatan itu kepada bukan Islam,” katanya.

Katanya, orang bukan Islam perlu memeluk Islam dan menjadi ahli Pas sebelum boleh diberi jawatan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu hanya sekadar teori dan sukar dilaksanakan pada masa sekarang.

“Saya kira Pas patut kekalkan sahaja apa yang ada sekarang,” katanya.

Menurutnya, kekangan daripada perlembagaan menyebabkan Pas tidak boleh menerima bukan Islam memegang jawatan tertinggi parti berkenaan, tetapi tidak boleh meramalkan apa yang boleh berlaku pada masa hadapan.

“Kalau tanya saya sekarang, ia tidak boleh. Jika bukan Islam berminat dengan Pas, mereka disyorkan menganggotai Dewan Himpunan Penyokong Pas, tetapi tetap tidak boleh memegang jawatan timbalan presiden,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meminta penjelasan daripada Dzulkefly mengenai perkara itu, beliau akan berbuat demikian jika berjumpa dengannya.

Dr Dzulkefly membuat kenyataan itu dalam Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah?’ kelmarin.SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cakap pakai sedap mulut jer Mamat tu.. Dia pun tahu.., adalah mustahil orang2 PAS nak sokong bukan Islam jadi Timbalan Presiden.. Usahkan jawatan Timb. Presiden.., nak sandang jawatan ahli Jawatankuasa Pusat pun belum tentu dapat.!

Kenapa semakin gila pemimpin2 kita sekarang mengeluarkan hujjah?

Bosan...!!

kalamnurani berkata...

pemimpin PAS perlu sentiasa bermuhasabah diri,jangan disebabkan mimpi indah mengejar putrajaya,maka soal fikrah,soal dasar parti,soal siapa PAS dan apa perjuangan PAS diketepikan. biar kalah berjuang tetapi tidak lari dari dasar perjuangan daripada menang hingga sanggup menggadai maruah perjuangan. Sepatutnya para pemimpin bercakap perkara yang perlu sahaja, tetapi hari ni,ramai pemimpin PAS yang menang cuba membelakangkan wa'la kepada Tuan Guru Presiden,tunjuk keras kepala.Baru sedikit Allah uji kemenangan dah nak berebut "ghanimah", ingat perang Badar, dan perlu ingat juga perang Uhud...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....