Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 16 Januari 2012

Sidang Media Terkini Dr Hasan Ali


Dipetik dari Sinar Harian :


PETALING JAYA - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam .

Bagaimanapun beliau mempersoalkan tindakan terburu-buru Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengugurkan beliau sebagai Exco.Malah, Hasan turut mempersoalkan tindakan tersebut kerana beliau secara teknikal masih ahli Pas kerana mempunyai ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan."Sikap ini seperti ada pihak yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan jawatan saya sebagai Exco.

"Saya tidak mempunyai masalah digugurkan sebagai Exco tetapi tindakan terburu-buru menggugurkan saya sedangkan saya masih lagi ahli Pas kerana mempunyai masa untuk membuat rayuan," katanya pada sidang media di kediaman beliau di sini, hari ini.

Hasan turut memberitahu bahawa beliau telah menerima surat dari pihak istana berhubung pembatalan pelantikan beliau sebagai Exco.Pada 9 Januari lalu, Jawatankuasa Pas Pusat mengambil tindakan memecat keahlian Hasan berkuat kuasa serta-merta.

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Pada anggapan aku apabila sudah dipecat dari PAS, maka dengan sendirinya keahlian PAS gugur dan bukan lagi ahli Pas walaupun boleh merayu.

Jika merayu dan rayuan diterima barulah keahlian diterima semula, bermula dari seorang ahli biasa,dan tidak mempunyai apa2 jawatan dalam parti kecuali dilantik oleh parti atau dipilih oleh ahli dalam pemilihan parti.
Maknanya kena bermula dari kosong.

Bagi lantikan EXCO satu perkara lain,yang masih ahli Pas pun ada yang digugur contohnya di Kelantan biasalah,sementelah lagi bukan ahli.Kalau beliau merayu dan diterima,beliau masih boleh menyumbang tenaga sebagai Adun biasa.


Dipetik dari Mstar

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada PAS akan mendedahkan mengenai kewujudan kumpulan parasit yang semakin menular hingga merosakkan asas dan perjuangan parti itu.Dakwa beliau, kumpulan parasit berkenaan kini semakin menguasai hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatannya.

"Golongan parasit dalam PAS begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam PAS.

"Golongan parasit yang jumlahnya lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah hala tuju PAS," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Isnin.

Jelas Hasan, beliau akan mendedahkan pemimpin PAS yang bertindak sebagai parasit dalam parti itu menerusi siri ceramah kecilnya di seluruh negara dalam masa terdekat.

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz tentang Dr Hasan Ali Semalam,dipetik dari Malaysiakini :


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.

Mursyidul am PAS berkata, tindakan Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.

"Nasihat saya (pada Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,

"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya.

Video Sidang Media Dr Hasan Ali DISINI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku sebenarnya dah bosan sangat dgn Hasan Ali ni. Dia ni dah menunjukkan tindakan memberontak sebaik saja di pecat dri jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri. Tindak tanduknya melambangkan seorang yang sudah kehilangan sesuatu yg berharga buat diri.
Hasan sepatutnya sudah sedar kenapa dia telah di pecat dri jawatan PJN. Dia perlu muhasabah diri.
Kenapa dia melihat sabitan pemecatan jawata Exconya itu keatas faktor Anuar. Kenapa dia tidak melihat dan berdiri teguh di belakang keputusan Pas pusat utk sama2 memberi sokongan moral kpd Anuar?
KENAPA DIA MENONGKAH ARUS?
Apakah dia merasa dirinya adalah idola Pas atau anak emas Pas? Apakah dia merasa dirinya sudah kuat dan kebal didalam Pas?
Dia tidak pernah mahu menerima dirinya sebagai satu unit kecil di dalam Pas dan perjuangannya. Dia tidak mahu melihat bahawa Pas itu bergerak dalam satu identiti dan gabungan ahli yg besar.
Dia telah masuk kedalam Pas sehingga menjawat jawatan PJN,Adun dan Exco.
SIAPA PARASIT SEBENARNYA.
Tepuk dada tanya selera sendiri.

Kita akan sama melihat sejauhmana dia bolih bergerak bersndirian!!!

Abdul Malik ArIff berkata...

Ana cukup bersetuju dengan komentar di atas. Hassan Ali sepatutnya bermuhasabah diri sebaik saja digugurkan dari jawatan Persuruhjaya PAS Negeri tapi sebaliknya terjadi.
Bersandarkan PHD merasa diri bijak sehingga tidak menghiraukan orang lain. Memang tak sedar diri, taksub dan merasa ujub akan diri sendiri tetapi orang lain melihat sebaliknya.
Telitilah tindakan si Hassan ni semenjak mula memegang jawatan exco,semborono tidak mengikut ikut peraturan. Angan2 nak jawatan Menteri Besar, perrghh. Hoi kalau jadi menteri besar lebih teruk dari si Tukang cabut gigi Perasuah dulu, KT.
Sanggup dia condemn DS Anwar sedangkan dia menang kerana menumpang simpati rakyat pada DS Anwar. Di harap Pas Pusat akan
menolak sekiranya si Hassan ni buat rayuan. Merugikan masa dan tenaga mwlayan kerenah si Hassan ni sedangkan banyak kerja lain perlu di buat. PAS tak memerlukan orang seperti ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....