Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 11 Disember 2011

Umno Terus Memperbodohkan Orang Melayu

KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Umno terus memperbodohkan orang Melayu khususnya di kawasan-kawasan luar bandar, PAS memberi jaminan bahawa teras politik negara tetap dipegang oleh Melayu Islam jika Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak di Malaysia hari ini menyedari hakikat bahawa teras kepada politik negara adalah Melayu Islam.

Isu berkenaan menjadi antara fokus dalam perhimpunan agung Umno yang berlangsung minggu lalu.

Kata Hadi, semua kaum dan semua parti sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang menyedari keadaan tersebut.

Menurutnya, mana-mana parti yang menguasai politik Melayu Islam akan menjadi teras kepada politik negara ini.

"Kita perlu menyedari bahawa semua kaum di Malaysia, semua parti di Malaysia sama ada kerajaan atau pembangkang, sama ada Umno, PAS, MCA, MIC, Gerakan, DAP dan lain-lain.

"Mereka (rakyat) menerima hakikat bahawa teras kepada politik negara ini ialah Melayu Islam. Sesiapa yang menguasai politik Melayu Islam maka, dia menguasai teras politik negara," kata beliau dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, jika berlaku pertembungan dalam pilihan raya antara PAS dengan Umno kerusi Melayu tidak terjejas atau hilang.

Malah, kata beliau, kuasa politik Melayu Islam menjadi semakin kuat dan kukuh apabila PAS menggantikan kerusi Umno dan BN tersebut.

"Umno hari ini ada 78 kerusi seluruh negara. PAS 23 kerusi dan PKR ada 18 kerusi Melayu. Sekiranya, PAS dapat 40 kerusi lagi menjadikan PAS 63 kerusi, Umno jadi menurun jumlah kerusinya.

"Dalam keadaan ini, teras kuasa politik masih dikuasai oleh orang Melayu Islam. Siapa yang menguasai teras politik, dialah yang menguasai politik negara.

"Malangnya, orang Melayu diperbodohkan termasuk di Terengganu dan disebarkan jika Umno kalah DAP yang memerintah Terengganu sedangkan DAP satu kerusi pun tidak bertanding di Terengganu. Kita memperbodohkan orang kita sendiri," ujarnya.

Menurutnya, andaian DAP yang akan menguasai politik negara jika Umno kalah dalam pilihan raya adalah tidak benar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kawasan-kawasan yang dikuasai orang bukan Islam secara majoritinya ialah 40 kerusi dari 220 kerusi.

Tetapi malangnya, kata Hadi apabila MCA, MIC dan Gerakan kalah di kawasan majoriti bukan Melayu, maka diambil kerusi-kerusi yang majoriti Melayu campuran untuk diberi kepada MCA, MIC dan Gerakan.

Menurutnya, strategi politik Umno tersebut silap kerana secara tidak langsung boleh mengurangkan kerusi Melayu walaupun BN masih majoriti.

"Kerusi bukan Islam secara majoriti sekitar 40 kerusi dari 220 kerusi di Parlimen. Apabila MCA, MIC dan Gerakan kalah di kawasan mereka (bukan Melayu), Umno telah mengambil kerusi-kerusi yang majoriti campuran Melayu untuk diberi kepada MCA, MIC dan Gerakan.

"Ini boleh mengurangkan kerusi Melayu sendiri. Ini satu kesilapan strategi politik dari Umno sendiri walau pun BN masih majoriti," ujarnya.

Oleh itu tambah beliau, kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan adalah kerjasama wala' yang boleh menggadai prinsip dan perhitungan halal dan haram.

2 ulasan:

tungkaran hati berkata...

Satu penerangan yang jelas ialah PAS telah menggugurkan perjuangan Negara Islam dan Hudud yang telah sekian lama diperjuangkan....meredai DAP sebagai penganti PAS demi perjuangan menentang UMNO/BN...Kebajikan PAS dan Kebajikan PR adalah sangat2 berbeza dari segi pemahaman dan pelaksanaan!

Tanpa Nama berkata...

itu sajalah hujah umno apeco pasal PAS mengenai Islam. Yang umno parti melayu yang meletakkan agama Islam no2 ape kebenda yg korang buat??? cina yg buat sex hina Islam korang dok buat dungu. bila hati mcm mamat atas nie maka kelabu habis semua.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....