Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 2 Oktober 2011

Mana Hudud Umno ???

KUALA TERENGGANU - Dakwaan Umno dan Barisan Nasional (BN), PAS telah dijadikan 'kuda tunggangan' kepada DAP dalam kerjasamanya bersama Pakatan Rakyat termasuk mengenai isu hudud adalah tidak benar.

Senator Mumtaz Md Nawi berkata PAS tidak pernah mengalah kepada DAP terutama dalam isu hudud dan negara Islam tidak benar dan tidak pernah menarik balik hasrat dan cita-cita mahu melaksanakan hukum tersebut.

Sebaliknya, kata beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat mendakwa Umno sendiri tidak pernah mengemukakan alternatif hudud sebagai seorang Islam yang wajib menerima hukum tersebut.

“Umno mengatakan PAS telah mengalah kepada DAP, itu tidak betul. Sebab PAS tidak pernah menarik balik hasrat untuk membuat hudud dan hari ini apakah alternatifnya yang Umno telah kemukakan hudud bagi pihak mereka kerana mereka orang Islam.

“Apakah Enakmen Hudud atau Kanun Jenayah Syariah yang telah pun mereka (Umno) bentang dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang lain.

“Jika hari ini mereka (Umno) tidak boleh terima hudud yang digubal oleh PAS tapi dimana yang mereka (Umno),” soalnya.

Beliau berkata demikian pada Program Pantau Pilihan Raya Ke-13, Dewan Muslimat PAS Pusat di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, pada Khamis 29 September.

Menurutnya, rakyat biasa tidak memahami apa juga undang-undang termasuk hudud tetapi para peguam dan hakim yang akan mentafsirkan.

Katanya, dalam isu hudud yang hangat diperdebatkan hingga menjadi polemik politik telah membuka ruang perbincangan.

Menurutnya, PAS telah membuka ruang bersoal-jawab dalam isu ini kerana Islam itu sendiri bersifat pendidikan.

“Sebagai seorang peguam dalam kes hudud ini, sebenarnya dalam bab undang-undang ini bukan hanya hudud, apa-apa sahaja undang-undang sebagai rakyat biasa mereka tidak faham, yang tahu undang-undang adalah peguam, hakim dan mereka akan mentafsirkan undang-undang dari sudut undang-undang.

“Bagaimana PAS telah membuka ruang untuk bersoal-jawab. Islam itu pendidikannya bersoal-jawab (hujah),” jelasnya.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....