Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 17 September 2011

Laporan Polis Dibuat Terhadap Zainal Kling

KUALA LUMPUR 16 SEPT : Pemuda PAS hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, laporan tersebut dibuat berikutan dakwaan bahawa kenyataan itu mengganggugugat kestabilan dan mengelirukan masyarakat yang sekian lama diajar bahawa British adalah penjajah.

Laporan itu dibuat oleh setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil pada jam 2.30 tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

"Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain," laporan itu dipetik.

Menurutnya lagi, pemuda PAS juga mengesyaki terdapat agenda tersembunyi yang dirancang pihak tertentu di sebalik kenyataan itu, bertujuan menggugat keharmonian dan mewujudkan kegusaran masyarakat bagi mengalih perhatian terhadap isu-isu lain, tambah pengadu.

Justeru, sayap kanan PAS itu menuntut Dr Zainal disiasat dan didakwa di mahkamah kerana didakwa jelas melakukan kesalahan bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Seskyen itu meliputi kesalahan mengeluarkan kenyataan atau berita menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong dan/atau mengapikan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.TVS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasrudin Hassan tak usah buang masa nak buat laporan polis pulak.Prof.Kangkong ni dah tak laku dan tak ada siapa lagi yang percayakan dia.Kalau nak buat laporan polis pun dah terlambat,ketinggalan kereta api.Elok tumpukan tenaga dan masa untuk persiapan PRU ke13.Arahkan semua Ketua Pemuda Kawasan PAS semak dengan teliti daftar pengundi,lagi baik dan berfaedah.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....