Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 Julai 2011

Natijah dari kejayaan Himpunan Bersih 2.0



Oleh ABD SHUKUR HARUN
shukurharun@yahoo.com

Walaupun Perhimpunan Bersih 2.0 secara aman di Ibunegara baru-baru ini telah berjaya, namun perjuangan menegakkan demokrasi dan pilihan raya bersih serta adil masih belum berakhir. Seperti kata Presiden PAS, Dato’ Seri Abd Hadi Awang, sejurus selepas dibebaskan, bahawa “sekiranya Barisan Nasional (BN) melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 maka “kebangkitan lebih besar” akan berlaku.
Perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu yang didukung oleh 62 NGO telah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat perlabagi kaum dan agama telah berhimpun secara daman, tidak ada ada harta benda awam yang rosak.
Menurut Presiden PAS itu, rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik, walaupun diprovokasi oleh pihak tertentu, mereka tetap bersabar.
Namun Presiden PAS itu memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa “Ini hanyalah mukadimah atau permulaan kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihan raya dan demokrasi, bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa saja dan tidak semestinya sebelum pilihan raya tetapi juga selepas pilihan raya. Kita tunggu dan lihat respons kerajaan.”
Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Namun hingga setakat ini, pihak kerajaan BN, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya, tidak memberi sebarang jawapan atau jaminan positif bahawa mereka akan menimbangkan tuntutan majoriti rakyat itu, bahkan mereka menghantar pelbagai isyarat keangkuhan demi keangkuhan.
Sikap ini tidak menyelesaikan masalah dan mereka hendaklah sedar dan belajar bahawa suara majoriti rakyat boleh menentukan segala-galanya.
Sedangkan tuntutan Bersih 2.0 itu sangat wajar, bahkan jika dilaksanakan akan mengharumkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar mengamalkan demokrasi. Namun, setakat ini nampaknya keangkuhan menjadi pilihan mereka yang berkuasa.
Pemimpin Bersih 2.0 dan rakyat prihatin berpendapat bahawa perhimpunan tersebut sebagai satu kejayaan besar kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang mahukan perubahan dan demokrasi dengan kehadiran sehingga 50,000 orang walaupun menghadapi pelbagai sekatandan halangan, bahkan tangkapan sejak berminggu-minggu.

Sangat menarik pula apabila Sasterawan Negara Datuk A Samad Said - salah seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut - muncul dengan kekuatan peribadi dan semangat wajanya di perhimpuna aman Bersih 2.0 itu di mana dengan suara tegas berkata, “jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia telah berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa.”
Beliau menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan. "Saya terkejut melihat puluhan ribu orang menyertainya dan dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya.”
Kita yakin, Sasterawan Negara yang satu ini didukung perjuangannya oleh ramai para sasterawan dan seniman lain di negara ini di mana buktinya minggu lalu saja sudah ada empat Sasterawan Negara yang menyokong beliau di samping puluhan penggiat seni yang lain turut menyokongnya. Tidak syak lagi bahawa Himpunan Bersih 2.0 itu adalah perhimpunan aman rakyat, yang menghantar beberapa isyarat jelas:
+ Ia disertai oleh rakyat pelbagai kaum dan agama serta NGO berwibawa, para peguam dan para professional yang lain bahk rakyat prihatin umumnya.
+ Demikian tegasnya pendirian rakyat prihatin untuk menuntut perubahan dalam pengurusan pilihan raya yang demokratikt.
+ Lapan tuntutan Bersih 2.0 itu sudah diketahui rakyat seluruhnya dan tidak ada siapapun yang mampu menyembunyikannya bahkan di banyak negara di dunia telah mengetahuinya di mana Himpunan Bersih 2.0 itu telah juga berlansung dengan amannya serentak di dua puluh lima negra dihari yang sama.v + Gagalnya propaganda media tradisional (dulunya dianggap media arus perdana) yang berusaha siang malam berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan lamanya memburuk-burukan Himpinan Bersih 2.0.
+ Berkesannya media alternatif – twitter, facebook, pelbagai wabe-site dan blog serta akhbar alternatif yang kini mendominasi pemikiran rakyat, terutama di kawasan bandar bahkan semi bandar hingga rakyat dengan beraninya menolak propaganda media tradisional.
+ Demikian ramainya golongan muda yang menyertai Himpunan Bersih 2.0 itu di samping golongan veteran, suatu kombinasi yang sangat menarik.
+ Tidak kurang hebatnya golongan wanita di mana walaupun menempuh pelbagai halangan dengan dihujani oleh gas pemedih mata polis namun mereka tetap mara dalam gelombang rakyat petang Sabtu lalu.
+ Tidak ada harta awam yang rosak menunjukkan himpunan tersebut berjalan dengan aman dan berdisiplin.
Inilah sebenarnya antara natijah yang dapat diambil dari Himpunan Bersih 2.0 itu, sebuah gelombang rakyat yang tidak mungkin dapat ditahan oleh sesiapa atau golongan manapun. Selepas kejayaan Himpunan Bersih 2.0 ini apa yang sangat wajar difikirkan untuk mengekalkan momentum kesedaran rakyat ini hingga tercapai matlamat untuk melihat terlaksananya pilihan raya bersih dan adil.
Gerak kerja seluruh jentera Pakatan Rakyat perlu digerakkan secara maksima untuk mengenalkan momentum ini supaya Pakatan Rakyat beroleh kemenanganl.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa jentera penerangan PAS bahkan Pakatan Rakyat masih wujud kelemahan di sana sini. Ia masih menghadapi kekurangan dana, tenaga kerja bahkan mengatur strategi.
Semuanya ini mesti di atasi segera terutama di kawasan luar bandar di mana ‘cengkaman’ Umno/BN masih wujud. Di sinilah penerangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS, perlu ditumpukan sepenuhnya. Usaha menambah pengundi baru Pakatan Rakyat masih berjalan perlahan di sesetengah negeri kecuali di Kelantan, Kedah, Terengganu dan beberapa negeri lain. Usaha ini mesti dipertingkatkan segera, di samping itu menambah tenaga kerja di pelbagai peringkat terutama di peringkat UPU. Dengan perkembangan dan situasi yang ada sekarang di mana wujud momentum yang memihak kepada Barisan Alternatif, jangan dibiarkan berlalu begitu saja atau menurun, tetapi hendaklah disusuli dengan gerak kerja parti yang maksima.
Tidak syak lagi, dihari-hari dan bulan-bulan mendatang kita akan menyaksikan perkembangan yang boleh diduga dan tidak boleh diduga, namun seperti dikatakan tadi bahawa sokongan rakyat terbanyak kepada Pakatan Rakyat sangat perlu dikekalkan bahkan ditambah lagi.Detikdaily

1 ulasan:

pakngah santan berkata...

tak dapat menang dengan cara baik, kita buat cara kotor. anwar suruh makan taik, orang pas ikut saja. semua ni idea anwar. kena tipu hidup-hidup dengan anwar. pas jadi lembu. itu pun nak megah. gadai islam pun nak megah. sembah dap pun nak megah. sebab tu, kafir senang mempermainkan islam.

pergi tanya anwar, mana dia dapat duit rm7juta buat rumahnya? mengapa adik dia yang pencen gurubesar maktab boleh ada rumah kos rm1juta lebih? macamana syarikat adik dia boleh bina empat shopping kompleks di penang dalam masa 6-7 tahun?macamana bapa dia boleh jadi pengerusi IOI Plantation?

apa jasa pas kepada islam di malaysia? jasanya ialah pas pelopor 'planking' iaitu trend terkini ie meniarap atas jalan etc. tapi pas planking terlentang atas jalan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....