Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 15 Mei 2011

Video : Ceramah DS Anwar Di Selayang





SELAYANG, 15 Mei: Umno BN sudah hilang rasa hormat terhadap majlis-majlis agama kerana keghairahan mereka mengaibkan dan menjatuhkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini terbukti apabila Umno mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang dituduh kononnya pelakunya ialah Anwar di setiap program PKR termasuk di program ‘Munajat Rakyat Menolak Fitnah’ bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang malam tadi.

Anwar dalam ceramahnya berkata, Umno BN sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor.

"Di setiap program solat hajat, ceramah saya, Umno edar video lucah. Apa Umno tak ada kerja lain selain nak 'membogelkan saya'?" soalnya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang hadir.

Terdahulu, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan tazkirah maghrib bertajuk Qazaf dan Sumpah Laknat – ‘Antara Syariat dan Adat’ yang disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abd Ghani Shamsudin.

Program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat hajat dipimpin Dr Sheikh Wahbah sendiri.

Dr Sheikh Wahbah dalam ceramahnya selepas itu berpesan kepada hadirin agar istiqamah dalam berdoa dan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya jika kita menurut permintaan-Nya dan beriman dengan penuh keikhlasan.

Anwar dalam ceramahnya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Sheikh Wahbah yang sanggup datang dari Syria semata-mata untuk bersama-sama rakyat bermunajat menolak fitnah Umno BN.

Beliau berkata, dalam pada Umno BN bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain.

"Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum?

"Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula.

"Saya nak tegaskan, yang boleh jatuhkan saya bukan Umno, bukan BN tapi dengan kuasa rakyat dengan izin Allah," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.Hrkh

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sheikh wahbah what so special about him. syria sekarang berperang,deal with your country first

bomosiam berkata...

Ya ! Mungkin UMNO tak dpt jatuhkan Dato Seri. Tapi rakyat yg ingin tahu, akan dgn mudah humbankan Dato Seri.
Dato Seri bukan saja dituduh olih UMNO atau Eskay. Tapi olih majoriti rakyat tika ini! Dato Seri tika ini, dihakimi olih rakyat.
Jadi, Jawab je le dgn bukti yg kukuh! Penafian bukan bahan bukti! Kami bukan kayu, yg bolih dikuis dgn kuku!!

RANGGA berkata...

Yaa BOMOSIAM,
Mungkin anda tak arif hal2 Perundangan Islam yg Allah wahyukan melalui nabi kami Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW yg kini telah dijilid & diterjemahkan dlm kitab suci org2 islam, Al Quranul Karim namanya.
Dlm syariat Islam ada Hukum Hudud, Kisas, Takzir & Ijmak Ulamak.
Dlm hukum2 tersebut terdapat 1 kanun, Qazaf namanya khusus bagi membicara & menghukum kes zina & liwat org2 islam.
Yang pasti sesuatu kesalahan jenayah, siPenudoh kena bawa bukti & membuktikan sitertudoh bersalah!! Bukannya sitertudoh kena bawak bukti utk membuktikan yg dia tak bersalah..Faham?
Beginilah; Apa kata saya menudoh BOMOSIAM telah berzina dengan seekor kaldai! Kini saya canang & war2kan, saya ada tali kaldai & kaldai betina tu malah saya jumpa tahi kaldai. Saya cabar BOMOSIAM tunjukan bukti & buktikan bahawa BOMOSIAM tak melakukan pekara itu, AMACAM? BOMOSIAM kata nahi nahi nahi...tum NAHiii! saya kata "
'tu alasan org pengecut' apa kata jom kita bersumpah lahanat kerana BOMOSIAM takdaq bukti, BOLEH GITU?? Pasti boleh kan?? BOLEH BELAH!!
Dlm bab Qazaf: MANDATORY: penudoh kena bawa 4 org saksi yg adil! gagal membawa saksi yg dikehendaki, penudoh wajib dihukum rotan 80 sebatan MANDATORY.
Tiada sumpah lahanat atau sumpah seranah!!
Media2 Pro BeEnd/ArmNo saban hari mengajak & mengelirukan rakyat menfitnah DSAI!Tapi DSAI tak boleh pulak menjawab fitnah tu melalui media yg sama?. Patern demokrasi mana la yg pemimpin Malaysia pakai? OHHH DEMOKASI rupanya...??
10 tahun DSAI manghadapi macam2 tuduhan @ fitnah, naik turun mahkamah tanpa gagal walau mata lebam dgn tuduhan dri mahadey yg kononya DSAI mencederakan diri sendiri walhal pekena karate chop KPN Rahim Nor.
DSAI juga pernah dizalimi dgn mencampurkan arsenik (racun tikus) dlm makananya semasa dlm penjara & keluar masuk lokap dgn harapan DSAI mati perlahan2.
Tentu BOMOSIAM tak dapat cerita2 tersebut kerna duduk di Thailand yg mungkin bizi sokmo meladeni para pelancong dgn ucapan 'SAWADIKAP' 'masuk dri pintu keluar ikut tingkap'takpe lah...
Namun hinga kini tiada 1 pun bukti mahkamah civil (sebut 'sewel')yg telah membuktikan melampaui keraguan bahawa DSAI bersalah dlm fitnah2 yg beliau hadapi.
ELEK!! NAHI!!
Adakah BOMOSIAM melihat sendiri & berada dilokasi DSAI berzina spt dlm video yg disebarkan oleh Dato Three Stooges tu? Jika YA! BOMOSIAM perlu war2kan utk jdi saksi kpd Eskay yg semakin kalut bilamana press statement beliau menudoh DSAI aktor dlm video tu kini menafikan menudoh DSAI berzina & mcm2 lagi percangahan kenyataan beliau kini berbanding mula2 kes skandal ni dibongkar.
Jangan lupa ketika nak buat laporan, BOMOSIAM kena pakai baju & seluar kalis bom macam Eskay yg mengenakan baju kalis peluru ketika beliau nak angkat sumpah laknat dusta kelmarin.

mas berkata...

15 Mei 2011 11:02 PM......tanpa nama

sheikh wahbah jauh langit ngan bumi dgn hang tu.....
dia ulamak sedunia....
hang pulak nasionalis bangsat....
cara pikiaq hang mcm umporno....
dok asyik kira melayu mcm katak pekasam tuuuuuuuuu.....
nak berjihad kononnn.....
peluru buah cenerai pun lari.......

sheikh wahbah world class punya ulamak........
hang langsung sapa pun tak kenai...
umphorno pun tak kenai hang,,,,,,,,,,

kah kah kah

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....