Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 20 Februari 2010

Pakatan Rakyat Desak Nasir Safar Di Penjarakan


Pakatan Rakyat menuntut kerajaan memenjarakan bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang memberikan kesan besar kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Sehubungan itu Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata PR tidak akan teragak-agak mendapatkan satu perintah mandamus daripada mahkamah untuk mewajibkan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Nasir di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 sekiranya beliau memilih untuk tidak mendakwa Nasir.

"Tindakan Pejabat Perdana Menteri mengumumkan perletakkan jawatan Nasir tidak cukup untuk mengubat hati masyarakat Cina dan India di negara ini yang terguris dengan kenyataan beliau.

"Sebaliknya satu siasatan terperinci perlu dibuat dan dokumen penyiasatan itu perlu diserahkan kepada Peguam Negara agar kes ini dibicarakan di mahkamah," tegas Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pusat Khidmat ADUN Datok Keramat hari ini.

Jelas Karpal Perlembagaan Negara menjelaskan Peguam Negara berhak untuk membicarakan sesuatu kes atas budi bicara beliau tetapi mengingatkan kuasa tersebut tidak boleh digunakan sesuka hati.

Karpal berkata, kenyataan "India pengemis, Cina jual tubuh" yang dibuat Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka 2 Februari lalu adalah komen yang tidak berasas dan cuba merendah-rendahkan martabat kaum Cina dan India di negara ini.

"Peguam Negara juga harus menggunakan peluang ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sentiasa mengamalkan sikap yang adil dalam melaksana sistem kehakiman dan tidak bersikap berat sebelah terhadap pihak yang tidak menyokong kerajaan.

Sejumlah 58 laporan polis telah dibuat ke atas Nasir diseluruh negara yang menjurus kepada sisatan polis di bawah Akta hasutan 1948.

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof siasatan ke atas Nasir telah selesai dan telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Polis telah mengambil keterangan daripada 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan. -SK

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....