Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 21 November 2009

Paras Air Sungai Utama Di Terengganu Mula Naik


KUALA TERENGGANU: Paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu sedang meningkat dan sesetengahnya sudah melepasi paras amaran pagi ini.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata Sungai Telemong di Kampung Ping, Hulu Terengganu, paras air naik kepada 19.7 meter, melepasi paras amaran 19.5 meter.

Sungai Marang, di Pengkalan Berangan dan Sungai Besut di Kampung La, masing-masing sedang menghampiri paras amaran pada pukul 8 pagi ini.

Paras air sungai di Pengkalan Berangan sekarang 13.05 meter berbanding paras amaran 13.2 meter dan di Kampung La, paras air meningkat kepada 18.16 meter (amaran 18.2 meter).

Sungai Setiu juga dilaporkan sedang meningkat kepada 16.69 meter dan kini melepasi paras waspada 18.6 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan ditingkatkan ke peringkat Jingga hari ini di semua daerah di Terengganu dan Kelantan dengan hujan monsun sederhana dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Sementara itu, Jurucakap Bilik Gerakan Polis Daerah Hulu Terengganu berkata lebih 81 mangsa daripada 14 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah Hulu Terengganu selepas air mula naik akibat hujan lebat sejak petang Jumaat.

Seramai 61 orang daripada 10 keluarga dari Kampung Ceting berpindah ke Masjid Kampung Ceting pukul 4.30 petang sementara 20 orang daripada empat keluarga dari Kampung Peris berpindah ke Balai Raya Kampung Peris 6 petang semalam, katanya.

Lima jalan negeri yang dinaiki air juga ditutup kepada semua kenderaan sejak petang Jumaat.

Jalan-jalan terbabit ialah Jalan Kuala Kejil-Jalan Kampung Jak yang dinaiki air sedalam 1.5 meter, jalan Kampung Lubok Periok-Felda Tersat ditenggalami sedalam 1 meter, Jalan Pengkalan Ajal-Felda Tersat dan jalan Pengkalan Ajal-Kampung Matang masing-masing ditenggelami air sedalam 0.7 meter dan jalan Kampung Matang-Kampung Nibong 0.5 meter.

Keadaan cuaca di Terengganu mendung dan hujan lebat sekali sekala sejak petang semalam.

Bernama dimaklumkan bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan negari Terengganu akan dibuka apabila dua daerah di negeri itu dilanda banjir.

Di PAHANG, mangsa banjir masih kekal 24 orang daripada tiga keluarga di Kampung Sungai Ular yang mula dipindahkan sejak petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Pahang berkata, kawasan rumah mereka yang dinaiki air setinggi empat meter semalam telah kembali pulih dan mungkin akan dibenarkan pulang hari ini.

"Kawasan kediaman keluarga terbabit dilanda banjir berikutan kedudukannya yang berpaya serta hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan air bertakung sebelum mereka dipindahkan ke surau Projek Perumahan Rakyat Termiskin Kampung Darat kira-kira 3 petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.

Katanya, setakat ini pemindahan mangsa banjir di negeri itu hanya melibatkan daerah Kuantan. BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....