Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pengurusan Ladang Rakyat Terengganu jangan anayai orang kampung






Pengurus ladang berbincang dengan penduduk kampung Lingai


SETIU
– Sekumpulan 20 orang penduduk Kampung Lingai, Batu Rakit, berkumpul di hadapan pejabat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB) di Lembah Bidong disini, semalam, meminta pihak pengurusan ladang milik kerajaan negeri itu supaya jangan menganiayai mereka.

Wakil kumpulan tersebut Shafie Ngah, 52, berkata pihak pengurusan LRTSB sepatutnya menggunakan ’budi bicara’ berbincang dan memaklumkan sebarang tindakan dengan penduduk kampung supaya dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Katanya beberapa penduduk kampung telah menerima kesusahan akibat dari tindakan pihak LRTSB yang ’seolah-olah’ sengaja menggali parit di laluan yang digunakan oleh orang kampung untuk mengail dikawasan ladang tersebut.

”Jalan (yang digunakan orang kampung) dia (LRTSB) gali parit, motosikal duduk dalam (kawasan ladang) tempat orang mengail,

”Kemudian puak-puak ni (orang kampung) tengok balik jalan orang dah gali (parit), (jatuh) dalam parit dua tiga orang, (terpaksa) usung motosikal, (kerana) tak sedar parit telah digali,”katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/Shafie%20Ngah.jpgSeorang penduduk yang dikenali sebagai Razali (Pok Li), 60, memberitahu, beliau telah terjatuh ke dalam parit kerana tidak menyedari laluan motosikalnya telah digali parit. (Gambar kanan - Shafie Ngah)

”Jalan dia korek parit, balik malam, jatuh parit, hala pergi tak ada apa-apa, hala balik tiba-tiba ada parit,”rungut Pok Li yang menceritakan kesusahan yang dialaminya.

Katanya parit tersebut digali sewaktu maghrib menyebabkan penduduk kampung yang pulang dari mengail pada waktu malam terjatuh.

Menurut Shafie, pihak LRTSB bertindak demikian kerana tidak membenarkan penduduk kampung masuk kedalam kawasan ladang untuk mengail ikan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/Dato%27AbuBakarChikBersalam.jpgKatanya, sebelum ini, pihak LRTSB tidak menyekat keluar masuk orang kampung ke kawasan tersebut yang telah menjadi tempat sumber rezeki mereka.

”Sebelum ini, masa kita dulu (masa PAS perintah) bebaslah, kita boleh pergi (mengail), sejak dia (BN) perintah ni, keras sangat ni,”ujarnya. (Gambar kiri - Dato' Abu Bakar bersalaman dengan Pengurus Ladang, En manaf bin Bedo)

Katanya, pihaknya hadir ke pejabat LRTSB, untuk memohon dan merayu supaya orang kampung dibenarkan meneruskan aktiviti mengail di kawasan ladang tersebut.

Beliau menegaskan, aktiviti mengail merupa punca rezeki orang kampung yang telah diamalkan ’turun temurun’ sejak zaman ’orang tua-tua’ dulu.

”Kita nak minta, merayu kepada dia (LRTSB) maknanya (supaya) boleh mengail macam biasa, nak cari makan, bukan nak buat rosak kelapa sawit,

”daripada dulu lagi kita masuk (kawasan tersebut) daripada ’orang tua dulu’ lagi (sebelum ladang dibagunkan),”jelas Shafie.

Oleh yang demikian, satu perbincangan telah diadakan diantara penduduk kampung dengan pihak pengurusan ladang hasil inisiatif bekas Pengerusi LRT, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang kebetulan mengadakan lawatan ke kawasan Batu Rakit.

Dalam pertemuan itu, Pengurus Ladang, Encik Manaf bin Bedo, bagaimana pun bertegas tidak membenarkan orang-orang kampung masuk ke kawasan ladang.
Katanya, ia adalah kerana faktor-faktor kawalan dan keselamatan bagi mengelakkan berlakunya kebakaran dan kecurian buah kelapa sawit.

”Kita tidak boleh benarkan kerana, yang pertama sekali tentang kebakaran, yang kedua kecurian,”ujarnya.

Walau bagaimana pun, Encik Manaf mengakui belum ada bukti berlakunya kebakaran yang berpunca dari kegiatan mengail orang kampung.

Beliau turut mengesahkan sehingga kini, belum ada kecurian buah kelapa sawit yang berlaku dikawasan ladang tersebut.

Justeru, beliau bersetuju menerima surat rayuan dari penduduk dan akan mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk dengan Pengerusi LRTSB, Wan Mohd Nizam, dipejabat LRTSB Kuala Ibai, bagi menyelesaikan perkara berkenaan,BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....