Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 21 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:JPN dan SPR bantu Pas-Khairy

Bila dah tua dan keranda berada di muka pintu,makin melalut dan nyanyuk beginilah jadinya he..he..

SEBERANG PRAI:
Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir masuk tempoh berkempen separuh kedua, dengan malam tadi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa wujud 'hantu dan dalang' dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersubahat dengan pembangkang untuk memindahkan pengundi berpotensi di beberapa buah negeri.

Ketika berceramah pada malam keempat di Permatang Pasir semalam, Khairy berkata, beliau mempunyai maklumat bahawa ada kakitangan di kedua-dua agensi berkenaan bekerjasama dalam membantu memindahkan secara besar-besaran pengundi dari satu bahagian ke bahagian pilihan raya lain.

"Saya percaya SPR berjalan dengan telus. Tetapi saya percaya dan banyak aduan yang saya terima, dalam SPR ada dalang-dalang tertentu, ada hantu dalam SPR juga. Ada kakitangan dalam SPR yang membantu memindahkan pengundi.

"Tuan-tuan, ini bahaya... ini bahaya tuan-tuan. Hari ini saya meminta, saya mendesak SPR memastikan bahawa pengundi-pengundi hantu tiada dalam senarai," kata beliau sambil menggesa agar sebuah suruhanjaya ataupun jawatankuasa dibentuk bagi membersihkan isu pengundi-pengundi hantu.

"Saya minta SPR buat siasatan terbuka, kalau perlu buat siasatan, lantik jawatankuasa, lantik suruhanjaya. Saya percaya hantu-hantu ini dibayar oleh PAS dan pembangkang, bukannya kita," katanya.

Dalam kebanyakan pilihan raya umum dan kecil sebelum ini, isu pengundi hantu banyak disentuh dan dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat.

Tetapi kali ini ia dibangkitkan pula oleh Pemuda Umno beberapa hari sebelum proses penamaan calon diadakan.

Dengan mengambil situasi di bahagian Parlimen Permatang Pauh dan DUN Permatang Pasir, Khairy berkata, BN kalah di Permatang Pasir pada tahun 2004 dengan perbezaan lebih 600 undi. Perbezaan itu meningkat kepada lebih 5,000 pada Mac 2008 yang negara menyaksikan tsunami politik.

Ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008, BN kalah di kawasan Permatang Pasir dengan lebih 7,000 undi.

"Memang ada tsunami politik tetapi tak akan begitu teruk dan dahsyat," kata beliau lagi.

Oleh itu tambah Khairy, "saya syak dan saya syaki, antara sebab utama kekalahan BN ialah pengundi hantu."

"Saya nak dengar jawapan daripada pembangkang. Saya cabar pembangkang menjawab isu ini... siapa yang bertanggungjawab untuk pemindahan (pemilih).

"Ada dalang dalam (Jabatan) Pendaftaran Negara, ada dalang dalam SPR di mana pengundi-pengundi PAS telah dikenal pasti, dari kawasan-kawasan tertentu dari kawasan Bagan, Bukit Mertajam, Batu Kawan, pengundi-pengundi ini tidak perlu kerana kawasan berkenaan majoriti Cina," katanya.

Jelas beliau, pengundi-pengundi Melayu dibawa ke kawasan-kawasan orang Melayu yang sokongannya adalah 50:50.

"Satu proses pemindahan besar telah berlaku, bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi juga di Kelantan, di Selangor, Kedah dan negeri-negeri lain.

"Ini penipuan besar, penipuan besar yang kita tidak boleh biarkan. Ini penipuan besar yang mengganggu-gugat sistem demokrasi kita.

"Kita dalam Pemuda Umno, Pemuda BN, menang kekalahan kita terima. Tapi tidak sekali kita tipu dalam pilihan raya, tidak sekali kita rampas pilihan raya dengan pengundi-pengundi hantu. Ini yang dilakukan oleh pembangkang dan perlu ditolak," katanya.

Ahli Parlimen Rembau ini juga berkata, Pakatan Rakyat menimbulkan isu firma guaman membabitkan calon BN, Rohaizat sejak hujung minggu lalu hanya untuk menutup isu pengundi hantu.

Semalam Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan kepada SPR wujudnya lebih 3,000 pengundi hantu di DUN Permatang Pasir.

Kain rentang mengenainya juga dinaikkan di beberapa kawasan strategik dalam bahagian pilihan raya kecil kali ini.

"Perkara ini perlu dibangkitkan kerana PAS perlu menutup satu perkara yang lebih besar daripada masalah saudara Rohaizat iaitu masalah pengundi hantu dan pengundi setinggan.

"Beberapa hari sebelum penamaan calon, ada seorang memberitahu saya bahawa strategi PAS menang di Permatang Pasir, strategi pembangkang menang di Permatang Pauh adalah menerusi strategi memindahkan beramai-ramai pengundi dari kawasan-kawasan tertentu,"katanya lagi. mstar.

Ha..ha.. sudah terbalik la woi,nampaknya Ketua Pemuda Umno yang menang jawatan kerana politik wang ini makin melalut.Siapa yang sering mengunakan kedua agensi kerajaan itu selama ini? Ha..ha..ha..semua orang tahu la,jangan nak tipu rakyat yang sememangnya makin cerdik,adakah dalam masa dua,tiga hari Pas dapat memindahkan begitu ramai pengundi,bangang ko apo.Ore Kelate kato bengong ha..ha..ha..Nampaknya UMNO makin tiada isu untuk dibawa hingga perkara yang tak masuk akalpun cuba di ketengahkan.Nak suruh SPR siasat Pas,eloklah tu panggil SPRM sekali siasat siapa yang guna wang dalam merebut jawatan.Itupun rasuah laa, tak cium bau syurga woo..ha..ha..ha..

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....