Foto : Facebook Tok Guru Nik Aziz
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 31 Januari 2014
Khamis, 30 Januari 2014
Ada Berani Ke Noh Omar Sahut Cabaran Khalid Samad
Ahli Parlimen Shah Alam
Khalid Samad memberikan tempoh 10 hari kepada Ketua Umno Selangor Datuk
Noh Omar untuk menganjurkan debat berkenaan isu kalimah Allah selepas
debat anjuran Sinar Harian dibatalkan.
Khalid berkata tindakan Noh yang sengaja hadir ke pejabat akhbar
berkenaan pada hari debat antara mereka dibatalkan ibarat "Drama
Kangkung", dan beliau bersedia bila-bila masa sekiranya Noh menganjurkan
debat berkenaan.
"Saya bersedia 'disekolahkan' oleh Noh Omar. Tapi saya harap dia akan
sekolahkan saya peringkat pasca ijazah, bukan darjah enam."Kita buat satu debat, saya dia dan moderator sahaja. Kita siar secara langsung.
"Kalau Noh Omar nak sekolahkan saya, susun satu program, dia, saya dan
moderator buat dalam studio," katanya, ketika sidang media di Ibu
Pejabat PAS di Shah Alam.
Debat anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan ekoran akhbar
berkenaan menerima pelbagai reaksi negatif dan ancaman daripada beberapa
pihak berhubung tajuk debat yang dianggap sensitif.
"Saya beri tempoh seminggu atau 10 hari. Kalau Noh tak mampu susun satu
program ini, maka saya akan buat sendiri, saya akan panggil beliau.
"Kita tengoklah siapa sekolahkan siapa. Beliau nak ubah imej kepada
seorang intelek daripada seorang samseng," kata Khalid yang juga Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat.
Beliau turut mengharapkan Noh dapat berdebat dengannya atas dasar
intelek dan idea, bukannya atas faktor fizikal penyokong mereka.
"Kita bertarung atas idea dan hujah, bukan atas kekuatan fizikal penyokong," tambah Khalid."Tak perlu orang ramai, saya, dia dan moderator. Cukup. Tajuk kekal sama. Dan kita bahas," kata Khalid.TMI
Pemuda PAS Akan Bantu Anwar Menang Di Kajang
Selepas beberapa hari penuh dengan kenyataan negatif daripada Pemuda
PAS, Ketuanya, Suhaizan Kaiat hari ini berkata, Pemuda PAS akan tetap
komited untuk membantu memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di
Kajang.
"Mungkin kita tidak bersetuju dengan peletakan jawatan, tetapi kita
juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas daripada genggaman Pakatan,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Suhaizan itu menutup kenyataan pemimpin pertengahan Pemuda
PAS sebelum ini yang antaranya mengugut akan memboikot pilihan raya
kecil itu.
Pemimpin Pakatan Rakyat mengambil keputusan menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi itu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh
meletakkan jawatan pada Isnin dan menghantar surat kepada Speaker DUN
Selangor, Hannah Yeoh.
Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon Kajang.
Turut serta dalam sidang media semasa pengumuman itu adalah Naib
Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta
Anwar sendiri.
Selepas peletakan jawatan Lee, pelbagai pihak dalam PAS khasnya pemuda mengecam tindakan itu dan mengugut untuk memboikotnya.
Antara yang mengecam ialah bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan;
Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Sany Hamzan serta pemuda PAS Selangor.
Susulan daripada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali
memberikan amaran agar ahli PAS jangan campuraduk antara kerusi DUN
Kajang yang dimiliki PKR dengan kerusi MB Selangor yang belum
dibincangkan.
Ia berbangkit apabila Anwar dikatakan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor yang baru. –TMI
Anwar akan jelaskan keputusannya bertanding di Kajang
PETALING JAYA -
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin untuk memberikan
penjelasan mengenai persetujuannya untuk bertanding dalam pilihan raya
kecil (PRK) Dun Kajang.
Beliau berkata, penjelasan itu akan dibuat dalam masa terdekat dan dijangka selepas Tahun Baharu Cina."Saya tahu bahawa perlunya penjelasan lebih lanjut yang akan saya lakukan dalam masa terdekat.
"Orang menuntut penjelasan kenapa perlu dan sementara itu ada sedikit keresahan. Sampai sekarang kita belum beri penjelasan yang lengkap," katanya pada sidang media, hari ini.
Menurutnya, teguran diberikan kepadanya oleh bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, hari ini."Saya terima (teguran). Saya akan lakukan (penjelasan)...lepas raya Cina," katanya.
Kerusi Dun Kajang bakal dipertandingkan semula selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai Adun petang Isnin.
Pencalonan Anwar itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di ibu pejabat PKR semalam.
Pengumuman itu menguatkan khabar angin yang bertiup kencang mendakwa Anwar akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sekali gus meredakan pertelingkahan antara Abdul Khalid dengan Azmin di negeri itu.SH

Rabu, 29 Januari 2014
Pandangan Tok Guru Nik Aziz Tentang Isu DUN Kajang
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat mencabar Umno BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi
di Dun Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses
demokrasi.
Beliau berkata, laporan akhbar pro-Umno
bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi
demokrasi sangat memualkan sedangkan langkah Umno merampas Kerajaan
Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.
"Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. "Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.
"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata beliau dalam kenyataannya di laman Facebook.
Beliau juga berkata, sudah pasti PKR mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah tersebut terpaksa dilakukan dan PAS menunggu penjelasan PKR berhubung perkara ini.
"Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu Dun Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut.
"Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa," katanya.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada PRK Dun Kajang.
Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh yang di isytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh kelmarin.Hrkh

Video : Live Zuar XPDC Semangat Yang Hilang
Persembahan live Zuar XPDC bersempena dengan program Usrah Kaki Lima Talk Show bersama Ust Ridhuan Mohd Nor di Sandakan Sabah pada 26.1.2014 ~ Tinta Hijau DKB
Langgan:
Ulasan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009