Video Salih Yaacob dan Nabil membuat lawak bodoh mengutuk Pakatan
Rakyat. Salih Yaacob dan Nabil menyerlahkan pegangan politik mereka.
Rupa-rupa mereka berdua macai UMno~ Bloglist Malaysia
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 26 Februari 2013
Populariti Najib susut lagi
SHAH ALAM - Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13), kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi
ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua
mata, berbanding dua bulan yang lalu.Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu.
Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus.
"Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi
Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75
peratus, sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada
77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka
Center hari ini.
Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen
pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas
Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus.
"Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan
responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.
Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13.
Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika
berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah
dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH. Merdeka Center berkata kajian
ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.
Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual.SH
Isnin, 25 Februari 2013
Artis Tampil Buat Kejutan Di Konvensyen Pakatan Rakyat
SHAH ALAM: Penampilan penyanyi popular Yassin dan
rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam
Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.
Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alamdi sini.
Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini.
Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara.
Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional.
Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.Hrkh

Ahad, 24 Februari 2013
Kanyataan Balas Tok Guru Nik Aziz Terhadap Harussani
AGAK kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani
Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari
2013 di muka hadapan.
Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap Pas lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.
Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik.
Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera.
Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.
Saya pohon kepada Mufti Perak agar berhati-hati dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin Pas yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih.
Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.
Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan?Tentu sekali tidak.
Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang Umno/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat.
Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.Pas juga dituduh berkerat rotan dengan Umno.
Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah Pas pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila Pas berada dalam Barisan Nasional, Umno pula mengambil pendirian untuk menendang Pas keluar kerana 'cemburu buta'.
Saya ingin ulangi, bukan Pas yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi Umno yang membuat ketetapan untuk menendang Pas keluar.

Sabtu, 23 Februari 2013
Menarik !! Apabila Tuan Guru Presiden Pas Berbahasa China
Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang lebih rela
menjadi khadam rakyat dan menjadi nelayan daripada bercita-cita
mencari jawatan, mengkagumkan pelbagai sekali lagi semalam ketika
Program Pelancaran Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar.
Ustaz Hadi ketika membantu seorang mangsa lemas di pantai Rusila 2010 lalu
Saya tidak mengenali Ayah Chik, nama panggilan manja untuk TG Hadi,
secara dekat mahupun lama, tapi sekadar melalui kenyataan-kenyataan dan
peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar Ayah Chik yang dilaporkan
di media mulai 2010.
Kali pertama, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah melalui kemunculan
video bagaimana Ayah Chik sanggup terjun ke laut untuk menyelamatkan
seorang hampir lemas di Pantai Rusila pada 2010.
Tiada ego, tiada terasa dirinya sebagai seorang VIP dan terlupa
dirinya sebagai seorang presiden parti kedua terbesar Malaysia, itulah
antara bacaan saya tatkala saya menonton video aksi Ayah Chik
bertungkus lumus cuba menyelamatkan satu nyawa dalam keadaan berkain
pelikat tanpa memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak muda.
Kali kedua, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah tatkala Ayah Chik menggulung Muktamar PAS ke 58.
Itu adalah pertama kali saya terhibur, tersentak dan terpegun dengan isi ucapannya yang begitu padat dan bernas.
Tiada satu saat yang saya terasa mengantuk. Ucapan Ayah Chik sudah
bertambah hebat sebab akhirnya saya terasa mudah diikut, walaupun untuk
seorang bukan Islam seperti saya. Ucapan ini jauh berbeza dengan
ucapan Ayah Chik yang terdahulu – kali ini cukup ralik, cukup berazam
dan cukup mempunyai roh dengan berselang-seli dengan klasik hiburan
tersendiri.
Daripada
wajah ahli-ahli PAS yang mendengar, ternyata di hati mereka, Presiden
PAS ialah ‘Ayah Chik’ mereka. Tuan Guru Presiden sudah dianggap sebagai
seorang bapa kepada semua ahli PAS yang tertawan dengan ilmu yang
terserlah daripada diri Ayah Chik.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009