Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 11 April 2010

Syarikat ‘Orang Kuat Umno’ Menyusahkan Orang Kampung





MB Terengganu dedahkan nama syarikat yang diberi lesen kuari

KUALA NERUS – Mohd Yusof Sulong telah mengusahakan tanaman sawi di tapak projek pertanian Sungai Mas, dekat sini, sejak lebih 15 tahun lalu.

Pukul rata, pengeluaran sawinya adalah 100 kilogram sehari, dan pada musim puncak hingga mencapai 250 kilogram sehari


Dengan pengeluaran itu, hasil tanaman Yusof dapat memenuhi permintaan pasaran sayur di pasar Batu Enam dan Pasar Borong Gong Pauh.

Namun kini, pengeluaran sayurnya terjejas, akibat bekalan air anak sungai (alur) telah terkambus akibat lumpur dan selut yang turun dari Kuari Bukit Batu Hampar (juga dikenali Bukit Berapit).

Beliau telah memaklumkan masalah yang dihadapinya kepada Jabatan Pertanian, namun Jabatan tidak dapat berbuat apa-apa.

Jabatan Parit dan saliran pula memberi jawapan, syarikat Kuari tersebut perlu mengorek semula selut yang masuk ke dalam anak sungai itu.

Yusof ketika ditemui berkata, hanya baru dua kali syarikat trsebut menghantar jengkaut bagi mengorek sungai, namun hanya menjalankan kerja sambil lewa.

”Ada mari dua kali, dia korek lebik kurang, nila hari hujan, alur terkambus semula,”kata Yusof yang menyara keluarga serta anak-anaknya dengan pengeluaran sawi itu.

Oleh kerana, sudah tidak tahu kepada siapa mahu mengadu, Yusof memaklumkan akan masalahnya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak.

Beliau terpaksa memberitahu ADUN PAS yang berada diluar kawasan itu kerana menurutnya, ADUN Tepoh, Ramli Nuh, tidak memperdulikan langsung masalah tersebut.

Setelah mengadakan lawatan ke kebun sayur Yusof, Dr Alias mengemukakan masalah yang dihadapi oleh petani tersebut dalam Sidang DUN baru-baru ini. (lihat Video Klip di atas).

Walaupun masalah pembukaan semula kuari yang telah ditinggalkan lebih 20 tahun itu tidak dapat dihentikan, namun dalam memberikan jawapannya, Menteri Besar telah mendedahkan syarikat yang diberi lesen mengusahakan kuari tersebut.

Sebaik sahaja didedahkan, Buletinonline telah membuat carian dan semakan keatas syarikat Imbuhan Pelangi Sdn Bhd, syarikat yang membuka semula kauri Bukit Batu Hampar.

Hasil dapatan, sekali lagi membuktikan bahawa, Umno memang juara dalam menyusahkan rakyat.

Seorang daripada Tiga Ahli Lembaga Pengarah Imbuhan Pelangi adalah Amirudin Abd Rashid, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus

Lihat Dokumen 1 - Imbuhan Pelangi Sdn Bhd

Lihat Dokumen 2 - Senarai AJK Umno Kuala Nerus

Lihat Dokumen 3 - Senarai Perwakilan Umno Kuala Nerus

Sabtu, 10 April 2010

Noh tidak perlu mohon maaf-PERKASA

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor kelmarin. Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (bawah) berkata ucapan Noh - yang memetik mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan - bersandarkan "satu fakta sejarah".

Sebaliknya beliau mendakwa ucapan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor telah "disalahtafsirkan" oleh media berbahasa Cina. "Petikan ucapan itu merupakan fakta sejarah kerana ia termaktub dalam sejarah Malaysia. Adakah cakap fakta sejarah adalah salah?"

Pemain Bola Sepak T'ganu Mungkin Ditamat Kontrak Jika Sah Ambil Dadah

Seorang pemain bola sepak negeri Terengganu yang ditahan minggu lepas kerana disyaki mengambil dadah, berhadapan dengan kemungkinan akan ditamatkan kontrak perkhidmatannya dengan pasukan bola sepak negeri jika beliau terbukti bersalah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata buat masa kini PBSNT sudah menggantung sementara khidmat pemain itu.

Beliau berkata PBSNT merasa sungguh dukacita apabila seorang pemain negeri yang mempunyai serba kemudahan dan elaun, dikaitkan dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Walaupun sukar mencari pemain ganti, PBSNT akan tetap mengambil tindakan tegas kerana ini melibatkan maruah pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

APCO punya agenda tersembunyi

KUALA LUMPUR, 10 April: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak menolak kemungkinan penglibatan firma perunding APCO Worldwide mempromosikan 1 Malaysia mempunyai agenda tersembunyi khususnya mengekang kebangkitan umat Islam.
Imbang Penuh
Dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS siang tadi beliau berkata, insiden sama sudah berlaku di Mesir, apabila kerajaan negara arab itu memberi ruang kepada Mosad terlibat dalam menentukan dasar kerajaan secara tidak langsung.

"Mengambil contoh kerajaan mesir yang longgar memberi ruang kepada syarikat Israel masuk dan Mosad mengambil kesempatan tersebut.

"Rentetan itu berlakunya pembunuhan pengikut-pengikut Ikhwan Al-muslimin di Mesir," jelasnya.

Penglibatan Apco juga katanya bermakna negara Malaysia telah masuk ke perangkap Zionis Israel.

"Apabila syarikat konsultan wujud di di tempat strategik dalam pentadbiran negara sudah tentulah negara kita akan berdasarkan negara Israel itu sendiri,"

Shahrizat Biadap, Didesak Minta Maaf

GEORGETOWN 10 Apr - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didesak meminta maaf secara terbuka kepada warga emas di Pulau Pinang di atas kenyataan biadap beliau yang mengucapkan “takziah” kepada warga emas yang menerima wang penghargaan dari kerajaan negeri sebanyak RM100.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan kata-kata yang dikeluarkan oleh Sharizat itu sebagai keterlaluan dan bersikap tidak angkuh kerana wang ehsan yang diberi itu adalah untuk meringankan beban ribuan warga emas di negeri itu selain usaha kerajaan negeri menghapuskan masalah kemiskinan tegar.
Jelas Guan Eng, wang penghargaan RM100 yang diberikan kepada semua warga emas yang berusia 60 ke atas bermula Mach lalu adalah tambahan kepada wang bantuan untuk golongan miskin sebanyak RM300 sebulan yang diberikan kerajaan negeri.
“Ini adalah tambahan daripada insentif kerajaan negeri untuk menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang dan menjamin setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan” kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada 34 Sekolah Mubaligh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di KOMTAR pagi semalam.

PRK Hulu Selangor:Ramai Calon Dijangka Bersaing


KUALA LUMPUR, 10 April — Rekod 15 calon merebut kerusi DUN Bukit Selambau April 2009  — paling ramai bertanding dalam satu-satu pilihan raya kecil —  kemungkinan berulang di Hulu Selangor?
Sama ada suasana itu akan dapat disaksikan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini masih menjadi teka-teki.

Bagaimanapun setakat semalam sembilan borang penamaan calon telah diambil, demikian disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak borang akan diambil selepas ini.
Borang-borang ini diambil sama ada dari pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Selangor di Shah Alam.
“Tidak ada borang diambil dari ibu pejabat SPR,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Sambil menyifatkan jumlah itu “agak ramai”, Wan Ahmad berkata pihaknya tiada maklumat tentang parti politik pihak yang mengambil borang-borang ini mewakili.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....