Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Disember 2012

Lajim Ukin Isytihar Umno Sabah Tak Pernah Terima RM 40 Juta

  Datuk Seri Lajim Ukin

PETALING JAYA, 11 DIS: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin mengisytiharkan Umno Sabah tidak pernah menerima derma politik RM40 juta dari ahli perniagaan, Michael Chia.

Pengisyiharan itu bercanggah dengan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz Oktober lalu yang wang tersebut adalah untuk Umno Sabah.

Perisytiharan tersebut dibuat dalam satu akuan bersumpah (SD) bertarikh 10 Disember 2012, di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Malaysia, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Lajim dalam SD tersebut, dakwaan Nazri di dalam Parlimen adalah supaya pendakwaan rasuah melibatkan skandal konsesi balak terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Micheal terpaksa digugurkan.

Pada 9 Oktober lalu dalam persidangan Dewan Rakyat, Nazri memberitahu, RM 40 juta yang disalurkan Micheal kepada Musa merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk Musa secara peribadi.

Nazri membuat kenyataan itu selepas terdapat laporan media bahawa Michael ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong disyaki cuba menyeludup keluar wang haram berjumlah S$16 juta (RM 40 juta).
Menurut laporan media ketika itu, Michael mendakwa wang tersebut milik Musa.

Lajim pernah menduduki jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sehingga Ogos 2012.Beliau merupakan bekas anggota Badan Perhubungan Umno Sabah.

Beliau berkata tidak pernah berlaku sebarang perbincangan, perisytiharan, sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan, laporan penyata atau bukti bahawa Umno Sabah ada menerima manfaat dari derma RM 40 juta itu.

“Oleh demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat menutup isu lebih besar.

“Iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedangkan rakyat dan Negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal,” menurut Lajim dalam SD itu.

Lajim yang mengesyaki lesen pembalakan di Sabah sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin Kerajaan Sabah.

Lajim juga mengesyaki wang haram tersebut disimpan di luar negara dengan menggunakan ajen tertentu sebelum disalurkan semula kepada pemimpin-pemimpin utama politik di Sabah.

Lajim berkata beliau bersedia tampil membantu siasatan mana-mana pihak dalam skandal pembalakan ini.

“Saya yakin pengalamaan, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan,” ujar Lajim dalam SD itu.

Sementara itu, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli memberitahu media, SD tersebut merupakan salah satu bukti yang akan diserahkan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk memulakan siasatan skandal tersebut.

“Kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Badan Perhubungan Umno Sabah sepatutnya menjamin bahawa beliau juga akan dimaklumkan sekiranya ada sumbangan sebesar itu kepada Umno Sabah,” ujar Rafizi di dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.TVS

157 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Lajim Ukin tidak tahu pun bukan apa yang hairan, sebab pemimpin UMNO tahu Lajim ini tidak boleh dipercayai.

Tanpa Nama berkata...

Rakan seperjuangan Lajim tahu Lajim tidak dapat menyimpan rahsia, tak boleh salahkan mereka kerana tidak memberitahunya.

Tanpa Nama berkata...

Memang tidak salah pandangan mereka terhadap Lajim kerana akhirnya Lajim juga cuba mendedahkan hal UMNO kepada PKR jika bersesuaian dengan kebaikan politiknya.

Tanpa Nama berkata...

Akuan iini telah membuktikan bahawa Lajim tidak segan mengkhianati parti asalnya jika perlu.

Tanpa Nama berkata...

Pasti banyak lagi perkara yang telah dirahsiakan daripada Lajim kerana takut beliau akan dedah kepada pihak lawan.

Tanpa Nama berkata...

Lajim juga tidak dilantik menjadi calon pada PRU-13 sebelum meninggalkan parti, sudah pasti itu adalah untuk memastikan strategi PRU-13 tidak sampai ke tangan pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Kini Lajim Ukin sudah bersama Pakatan, sudah pasti apa yang beliau tahu telah didedahkan kepada mereka.

Tanpa Nama berkata...

Wilfred Bumburing juga tahu ada sumbangan politik ini, tapi Lajim saja yang tidak tahu, ini menunjukkan bahawa betul beliau disisihkan daripada semua perkara yang penting.

Tanpa Nama berkata...

Tidak membuktikan apa apa akuan Lajim ini, hanya membuktikan bahawa kredibiliti Lajim telah merosot sampai tahap terendah.

Tanpa Nama berkata...

Lepas hilang kepercayaan daripada orang lain, bukan senang nak mendapatkannya semula.

jimi berkata...

kalau lajim mahu buat apa-apa tuduhan pun biar ada bukti, bukannya cakap kosong.

jimi berkata...

sesudah bersama pembangkang, tidak hairan jika lajim keluarkan kenyataan seperti ini.

Tanpa Nama berkata...

HANYA alasan Datuk Lajim untuk keluar BN,kerana permintaannya kepada Perdana Menteri, agar Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman perlu diganti, untuk beliau tetap bersama BN tidak mendapat layanan

Tanpa Nama berkata...

Lajim alpha, bahawa perlantikan jawatan Ketua Menteri atau Menteri Besar merupakan kuasa mutlak Perdana Menteri

Tanpa Nama berkata...

Dengan meminta pengunduran seseorang Ketua Menteri lantikan Perdana Menteri adalah tindakan mempersoal kuasa dan kewibawaan Perdana Menteri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

tindakan Lajim menentang Musa bermula sejak tahun 2003, sebelum Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah

Tanpa Nama berkata...

Pada waktu itu suatu gerakan dijalankan oleh beberapa pemimpin BN negeri termasuk Lajim mendesak mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad, agar melantik sesiapa sahaja daripada kalangan mereka, asalkan bukan Musa Aman

Tanpa Nama berkata...

Namun Tun Dr Mahathir bertindak berlawanan dengan perimintaan kelompok itu, sebaliknya melantik Musa sebagai Ketua Menteri Sabah dimana ketika itu sebagai Menteri Kewangan Sabah.

Tanpa Nama berkata...

"Feud" antara Musa dan Lajim terus berlanjutan, sehinggakan Lajim yang biasa bertanding di peringkat DUN meminta bertanding di peringkat Parlimen, kerana beliau tahu, jika bertanding sebagai ADUN, beliau tidak akan mempunyai sebarang jawatan dalam kabinet, sebaliknya jika di peringkat parlimen, sekurang-kurangnya boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Tanpa Nama berkata...

Selepas PRU-12, banyak spekulasi berlaku berserta gerakan agar Lajim tidak dicalonkan lagi sebagai calon pada PRU-13; alasan yang diberikan bahawa beliau bukan lagi winnable candidate

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang bertindak agar Lajim tidak dicalonkan lagi, bukannya berpunca daripada Musa, sebaliknya berpunca daripada pemimpin setempat itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Lajim ditentang dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno oleh Ketua Wanita Beaufort-Datuk Azizah Dun Banir. Berpunca daripada perlawanan ini, Azizah dan Lajim tidak sebulu lagi

Blackforest berkata...

Anwar kenal Lajim lama. Lajim ini memang pemain solo. Dia prima dona. Anwar tahu sangat perangai Lajim. Kalau boleh semua jawatan dia nak pegang.

Blackforest berkata...

Malahan, pada satu ketika, Lajim pernah bergaduh dengan Pak Lah – sebab nakkan jawatan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Itulah Lajim Ukin.

Blackforest berkata...

Di kalangan orang PKR, ramai juga yang beranggapan Lajim bukan ASET. Tapi liabiliti kepada PKR.

Blackforest berkata...

Ramai juga yang ingatkan Anwar – fail SPRM terhadap Lajim juga boleh tahan tebal. Mahukah PKR terpalit dengan orang yang begini?

Blackforest berkata...

'Hebat' betul Lajim ni. kita sama2 tengok kehebatannya lepas PRU ni.

Tanpa Nama berkata...

Percaya atau tidak, Lajim Ukin pasti akan ditolak semasa PRU-13.

Tanpa Nama berkata...

Komuniti Bisaya juga telah menolak Lajim Ukin setelah beliau keluar dari parti UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Si Lajim Ukin ini tidak akan mendapatkan sokongan rakyat tempatan lagi.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat sudah kehilangan segala keyakinan terhadap Lajim sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Tidak kira apa parti yang bakal diikuti Lajim pun tidak akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya.

Tanpa Nama berkata...

Sekali sahaja kehilangan keyakinan rakyat, adalah sukar untuk mendapatinya semula.

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi sifat Lajim yang menyebabkan dirinya kehilangan kepercayaan daripada rakyat tempatan dan juga rakan seperjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Lajim pernah mengkhianati parti PBS dan juga parti UMNO. Ini menunjukkan Lajim boleh bertindak kejam terhadap parti sendiri jika memenuhi agenda sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja begitu, kini Lajim juga telah membongkarkan butir dalaman parti asalnya kepada parti barunya. Perbuatan ini adalah tidak profesional dan tiada kredibiliti.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Lajim boleh bertindak sedemikian terhadap parti asalnya, beliau pasti boleh melakukan yang sama kepada PKR, baik Anwar berwaspada.

Datuk Seri berkata...

APAKAH ada muslihat politik lebih besar pada sandiwara yang dimainkan oleh Lajim Ukin dan Datuk Welfred Bumburing kerana dalam politik, tiada siapapun boleh menang jika permainan politik dilakukan sendirian malah kemenangan dalam politik ditentukan oleh kumpulan berserta massa yang mendokongnya.

Datuk Seri berkata...

Apakah Lajim dan Bumburing merupakan` prime mover’ kepada gelombang lebih besar? Siapa-siapa kah yang terlibat di mana pada masa ini masih bermain di belakang layar kerana dalam sejarah politik Sabah, setiap pemimpin kerajaan yang menentang kerajaan, biasanya mempunyai muslihat yang lebih besar dibelakangnya.

Datuk Seri berkata...

Tahun 1976, Tun Mustapha dengan Usnonya dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri, apabila Menteri Kewangan masa itu-Datuk Harris Salleh menubuhkan parti Berjaya dan mendapat kerjasama dibelakang tabir daripada pemimpin pusat serta TYT masa itu- Tun Mohd Fuad Stephen.

Datuk Seri berkata...

Demikian juga pada tahun 1985, apabila Berjaya ditumpaskan oleh PBS, apabila Pairin dipecat daripada Berjaya kemudian disertai oleh kumpulan pemimpin parti Berjaya.

Datuk Seri berkata...

Peristiwa yang sama berulang pada tahun 1994, apabila tiga orang pemimpin PBS keluar parti menyertai BN, yang mengakibatkan jumlah ADUN PBS di DUN Sabah menjadi minoriti, akibatnya BN membentuk kerajaan dan melantik Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) sebagai Ketua Menteri dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah-atas ilham mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad.

Datuk Seri berkata...

Apakah keadaan yang sama berulang dengan tindakan Lajim dan Bumburing? meskipun caranya berbeza, kerana tindakan dua pemimpin BN ini tidak mengubah status quo kerajaan.

Datuk Seri berkata...

Kita sama-sama maklum, bahawa mandat kerajaan sekarang akan berahir pada Mac,2013-yakni berbaki 7 bulan lagi, atas sebab itu pilihanraya umum perlu diadakan. Ada yang memperkirakan, bahawa PRU-13 akan diadakan selepas bajet yang dibentangkan pada ujung September ini di Dewan Rakyat.

Datuk Seri berkata...

Di pihak BN, ramai yang meremehkan tindakan Lajim dan Bumburing; malah ada yang mengucapkan selamat berjuang kepada mereka. BN menurut para pemimpin BN sendiri akan berkerja lebih kuat untuk memastikan bahawa tindakan dua pemimpin BN itu tidak berimpak kepada performance BN pada PRU-13 akan datang.

Datuk Seri berkata...

Yang pasti itulah anggapan para pemimpin BN, kerana tiada siapapun tahu movement dua pemimpin itu-apakah mereka merupakan prime mover kepada gelombang yang lebih besar.

Datuk Seri berkata...

Sejak tahun 2008, memang tidak dapat dinafikan ada beberapa pemimpin BN yang bersuara lantang, antaranya Timbalan Presiden LDP, MP Kalabakan dan ADUN Pantai Manis serta Presiden UPKO; selain daripada mereka itu, keadaan adalah under control di bawah kepimpinan Datuk Musa Aman.

Datuk Seri berkata...

Di pihak pembangkang pula memberi gambaran bahawa gerakan bermula daripada Tuaran dan Beaufort, kononnya akan menukar lanskap politik Sabah pada PRU-13 akan datang. Malah anggapan mereka itu disokong oleh seorang ahli akademik daripada UiTM cawangan Sabah, Arnold Poyuk, kononnya BN Sabah akan kehilangan 14 kerusi Parlimen daripada 25 kerusi yang tersedia.

Datuk Seri berkata...

Telah disebutkan diawal tulisan ini, dalam politik, tiada yang boleh menang dalam sesuatu pilihanraya, jika hanya bergantung kepada satu atau dua pemimpin. Perkara ini ditambah lagi, dengan rekod pemimpin yang bertindak menunggah arus-Lajim dan Bumburing.

Datuk Seri berkata...

Lajim dan Bumburing adalah mantan pemimpin PBS sejak tahun 1985. Mereka berdua senantiasa berada dalam kabinet negeri. Melihat kepada performance kedua-duanya, tiada rekod yang menunjukkan bahawa mereka adalah pejuang rakyat, melainkan perjuangan untuk menghidupkan peluang diri sendiri berserta pengikut setia di kawasan masing-masing.

Datuk Seri berkata...

Melihat kepada kadar pembangunan kawasan yang mereka wakili, tiadapun bentuk pembangunan yang ketara berjaya mereka bawah ke kawasan masing-masing selama menyandang jawatan- pembangunan yang ada, adalah hasil dayausaha secara kolektif beberapa pemimpin bermula tahun 1994. Sebagai contoh-Jambatan Sitopok di Beaufort dibangun semasa kerajaan BN sekarang ini, demikian juga Stadium sukan di Tamparuli adalah usaha Datuk Jahid Jahim- ADUN Tamparuli (Tamparuli sebelum ini diwakili Welferd Bumburing).

Datuk Seri berkata...

Mengkaji rekod perkhidmatan kedua-dua pemimpin (Lajim dan Bumburing) tiadapun yang perlu rakyat banggakan, kecualilah segelintir pengikut yang mendapat habuan.

karulnaim berkata...

Sikap Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang hanya pandai menabur janji kosong ditempelak kerana membawa kesan negatif kepada rakyat dan negeri.

karulnaim berkata...

Datuk Seri Musa Aman berkata, pemimpin seperti itu harus ditolak oleh seluruh rakyat negeri, sememangnya tidak layak untuk menjadi pemimpin.

karulnaim berkata...

Tambahan lagi orang seperti ini perlu digugurkan daripada jawatan, kerana beliau tidak mampu membawa sebarang perubahan kepada rakyat dan negeri.

karulnaim berkata...

Dia janji macam-macam termasuk kepada Persatuan Tung Kang Sandakan di sini untuk membina bangunan Tung Kang berharga RM300,000. Tapi semua ini cuma janji kosong dan janji sebegini akan memberikan beban kepada kita. Inilah dia Lajim Ukin.

karulnaim berkata...

"Namun setelah Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin jumpa saya dan bertanya di mana janji itu, saya kata jangan susah dan luluskan peruntukan itu".. Kata Lajim...

Bayangkan siapa yang menjadi beban selepas itu. Sudah pastilah ahli lain yang menjadi mangsa persoalan timbul oleh penduduk disebabkan oleh Lajim yang berjanji kosong ini.

karulnaim berkata...

Maka kita perlu berhati-hati wakil seperti Lajim ini. Memang patut dia tarik diri sebelum berlaku perkara yang lebih teruk di Sabah disebabkan oleh janji kosong Lajim ini.

karulnaim berkata...

Sikap pemimpin pembangkang berkenaan menunjukkan mereka tidak layak menjadi pemimpin kerana hanya pandai menabur janji kosong demi kepentingan peribadi.

karulnaim berkata...

Hanya BN yang terbukti mampu membawa perubahan dan menunaikan segala janji yang diberikan demi kemakmuran negara dan kebaikan rakyat. Kecuali pemimpin Parasit seperti Lajim ini.

karulnaim berkata...

Nasib rakyat di negeri ini bijak menilai dan menghargai segala perubahan yang dilakukan oleh BN dalam memajukan negeri dan membantu rakyat.

karulnaim berkata...

Percayalah kepada kerajaan BN yang mana telah mampu memberikan perubahan yang baik kepada Negeri Sabah ini.

mantera berkata...

Lajim adalah tokoh politik Sabah yang tidak punya rasa setia kepada parti politik.

mantera berkata...

beliau dilihat seorang ahli politik opportunis yang sentiasa mengambil kesempatan yang menguntungkan dirinya sendiri.

mantera berkata...

Lajim bertanding atas tiket PBS di DUN Klias pada 1985 setelah hasratnya untuk menjadi calon parti Berjaya dipandang sepi oleh Datuk Harris Salleh yang menjadi Presiden parti dan Ketua Menteri Sabah ketika itu.

mantera berkata...

Beliau menang dan kemudiannya menjadi anak emas kepada Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan

mantera berkata...

Pairin mengangkat Lajim ke jawatan penting bermula daripada Pembantu Menteri hinggalah Menteri penuh dalam Kerajaan PBS.

mantera berkata...

epanjang di dalam Kerajaan PBS, Lajim bercita-cita besar untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri yang mewakili kuota Bumiputera-Islam, tetapi hasrat beliau itu selalu dibayangi oleh seorang lagi anak emas Pairin, iaitu Datuk Bahrom Abu Bakar Titingan.

mantera berkata...

Selepas Pilihanraya Negeri 1990, biarpun Bahrom tewas di Balung atas tiket PBS, tetapi Pairin masih melantiknya ke jawatan ADUN dan mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Ketua Menteri.

mantera berkata...

ini menyebabkan Lajim mengamuk semasa upacara angkat sumpah di Istana.

mantera berkata...

Lajim memendam rasa sejak sekian lama di dalam PBS, walaupun beliau memegang jawatan Menteri dalam kabinet Pairin.

mantera berkata...

Lajim, walaupun menang sekali lagi kerusi DUN Klias dalam Pilihanraya Negeri 1994, namun, telah mula menunjukkan reaksi untuk mengkhianati PBS dan Pairin.

mantera berkata...

Lajim sudah menghantar mesej mahu meninggalkan PBS dan melompat ke BN.

mantera berkata...

Dalam pilihanraya tersebut, PBS menang tipis dengan 25 kerusi, berbanding 23 dimenangi BN.

mantera berkata...

Ketika itu, Lajim sudah merasakan bahawa keinginannya untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam tidak akan kesampaian.

mantera berkata...

Biarpun Pairin berjaya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, kekuasaannya tidaklah kekal lama apabila Lajim bertindak melompat ke parti UMNO.

mantera berkata...

Biarpun jasa Lajim dilihat begitu besar hingga menyebabkan peralihan kuasa daripada PBS kepada BN di Sabah, tetapi dia menyimpan cita-cita pula untuk menjadi Ketua Menteri

mantera berkata...

kemarahan Lajim semakin membuak-buak apabila jawatan idamannya itu jatuh pula ke tangan Datuk Musa Aman yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak Mac 2003 sehingga sekarang.

mantera berkata...

Ketika ini Lajim mempersalahkan semua pihak. Baik Musa yang dilihat menjadi musuh ketatnya dalam politik Sabah, mahupun Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang diwar-warkan tidak akan mencalonkan lagi Lajim dalam Pilihanraya Umum.

mantera berkata...

Lajim kini mahu mencari landasan lain untuk meneruskan karier politiknya. Bagi Lajim, sejak sekian lama hidup dan matinya adalah bergantung kepada politik.

mantera berkata...

Selaku ahli politik opportunis, beliau sentiasa merangka langkah politik yang boleh menguntungkannya.

mantera berkata...

Entah apalah pula perhitungan dan bacaan politik Lajim kali ini sehingga sanggup meninggalkan BN dan mahu bersekongkol pula dengan PR.

Unknown berkata...

pencapaian kerajaan dalam melaksanakan program-program transformasi nasional telah memperlihatkan satu anjakan besar dalam sejarah pembangunan negara.


** terbukti bahawa Malaysia sangat maju di bawah kerajaan BN

Unknown berkata...

kesemua hasil usaha kerajaan dalam tempoh tiga tahun sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat dilihat dengan ketara.

Unknown berkata...

"Saya juga percaya tidak pernah berlaku di mana-mana negara di dunia, kerajaan bentangkan laporan secara telus dan terbuka tentang apa yang dilakukan… janji kita. Ini satu petanda kita serius hendak menentukan sasaran kita untuk jadi negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang berjaya,” - Muhyiddin Yassin

Unknown berkata...

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pula berkata hasil usaha kerajaan BN pimpinan Najib boleh dianggap sebagai garis panduan untuk masa depan, terutama daripada segi kesungguhan kerajaan memupuk semangat perpaduan dan mencapai kemajuan.

Unknown berkata...

Najib beri keutamaan kepada kepentingan rakyat bukan saja dalam meningkatkan ekonomi tetapi juga keselamatan rakyat di merata tempat, sistem pendidikan dan kemudahan asas. Ini satu pendekatan yang kita yakin boleh capai kejayaan.

Unknown berkata...

keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-16 baru-baru ini adalah bukti jelas bahawa DAP menolak bangsa Melayu malah bukan sahaja Melayu tetapi bangsa India turut tidak diterima.

**MALAYSIA SANGAT TIDAK PERLUKAN PARTI SEPERTI INI. TIDAK PAYAH NAK BERANGAN NAKKAN MALAYSIA

Sanih Alias berkata...

Lajim mahu jadi Ketua Menteri Sabah kah? Tidak layak lagi oo Lajim kalau macam itu. Tidak layak menjadi Ketua menteri. Belum matang.

Sanih Alias berkata...

Tidak ada yang hebat dengan Lajim untuk disokong menjadi Ketua Menteri. Katakan tidak kepada Lajim. Pelbagai masalah timbul dengan pengurusan Lajim. Apa yang Lajim telah buat semasa menjadi wakil rakyat.

Unknown berkata...

“Apa lagi yang mahu PAS banggakan dengan DAP. DAP tidak pernah menyokong PAS, itu hakikatnya… Belum perintah negara DAP dah tunjuk belang mereka, kalau perintah lagilah PAS akan terpinggir.

“Kononnya ada melantik bangsa Melayu iaitu Zairil Khir Johari sedangkan perlu diingat bahawa dia bukan Melayu… Dia Cina.. Zairil hanyalah boneka yang dipergunakan oleh DAP untuk mengaburi rakyat" -- Datuk Arif Shah Omar Shah.

Sanih Alias berkata...

Menabur janji sana sini tapi yang menjadi mangsa adalah kerajaan BN yang terjejas nama.

Sanih Alias berkata...

Lajim menabur janji sana sini tapi tidak ada janji pun yang tertunai dengan baik oleh Lajim. Memang bermasalah sungguh Lajim ini.

Sanih Alias berkata...

Parasit sebegini memang patut digugurkan kerana akan menjejaskan nama parti sendiri. Jadi pastikan tidak ada lagi orang seperti ini.

Sanih Alias berkata...

Tindakan Lajim keluar parti ini satu tindakan yang bagus sebenarnya. Tidak perlulah terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh Lajim ini. Lakonan yang menarik daripada Lajim. Nasib niat Lajim ini sudah awal di ketahui oleh ahli BN.

Unknown berkata...

Datuk Idris Haron menyifatkan tindakan Datuk Seri Lajim Ukin yang keluar dan melepaskan semua jawatan dalam UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) tidak meninggalkan apa-apa kesan berikutan kewujudannya dalam parti adalah ibarat melukut ditepi gantang yang ada tak menambah dan tiada pun tidak mengurangkan apa-apa.

Sanih Alias berkata...

Ini hanya kenyataan Lajim sebagai seorang pengkhianat yang mengejar kerusi ketua menteri. Tidak perlu terpedaya orang seperti ini.

Unknown berkata...

lebih dari itu UMNO akan menjadi parti yang bertambah baik daripada sebelumnya apabila orang seperti Lajim tiada dalam parti.

Sanih Alias berkata...

Dari dulu lagi Lajim impikan Kerusi Ketua Menteri ini. Tapi kerana dengki dengan Datuk Musa maka Lajim bertindak dengan bijak keluar daripada BN. Parasit memang patut buat begitu. Lajim keluar parti kerana telah dijanjikan oleh Anwar untuk jawatan ketua menteri jika menang PRU13. Itulah yang Anwar berikan kepada Lajim.

Sanih Alias berkata...

Kerana mengejar kerusi ketua menteri Lajim sanggup mengkhianati kawan-kawan yang lain. Inikah pemimpin yang kita perlukan?

Sanih Alias berkata...

Tidak perlulah terpedaya dengan Lajim ini. Begitu juga dengan Bumburing. Mereka ini sama saja sebenarnya. Berjuang untuk rakyat kunun. Tapi hakikatnya tidak. Tapi kalau kita lihat sendiri pun sehingga sekarang Lajim tidak ada parti lagi. PR pun belum terima Lajim lagi.

Unknown berkata...

Lajim adalah seorang opportunis yang terdesak dan mengambil jalan pintas kononnya ganjaran yang diperolehi ketika beliau melompat parti 18 tahun dulu akan berulang, sehingga Lajim pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah pada satu ketika walaupun tidak layak berbanding dengan pemimpin lain di Sabah.

Unknown berkata...

Parlimen Tangga Batu, sudah terang lagi bersuluh bahawa apa yang dilakukan oleh Lajim ada kaitan secara langsung dengan kepimpinan pakatan pembangkang khususnya PKR.

Unknown berkata...

Lajim cuba nak berselindung atas alasan idealisme perjuangan bahawa kononnya Sabah mahukan perubahan sedangkan beliau sendiri adalah kepimpinan negeri Sabah yang telah menikmati elaun timbalan menteri hampir cukup satu penggal, jadi mengapa sekarang baru mahu berjuang?

Unknown berkata...

Lajim telah digula-gulakan oleh pakatan pembangkang dan barangkali kepimpinan pakatan pembangkang telah menjanjikan jawatan Ketua Menteri Sabah jika pakatan tersebut berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang

Borneo Native berkata...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA TELAH MENERIMA DANA POLITIK DARI AHLI PERNIAGAAN BRUNEI

Namun berdasarkan pendedahan Raja Petra Kamarudin melalui artikel Tales From the East, Lajim Ukin sebenarnya sudah lama menjadi beban kepada umno Sabah ekoran skandal rasuah beliau sejak memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri dan parti.

BUKTI-BUKTI INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN BUKTI-BUKTI INI JUGA AKAN MENAMBAHKAN KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA TELAH MENERIMA DANA POLITIK DARI AHLI PERNIAGAAN BRUNEI

Malah, menurut RPK Lajim keluar meninggalkan umno juga didorong oleh sikap tamak beliau yang menuntut balasan berbentuk wang ringgit bagi membayar hutang-hutangnya serta menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya jawatan Ketua Menteri Sabah.

BUKTI-BUKTI INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN BUKTI-BUKTI INI JUGA AKAN MENAMBAHKAN KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA TELAH MENERIMA DANA POLITIK DARI AHLI PERNIAGAAN BRUNEI

Namun Lajim tidak boleh dijadikan Ketua Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kerana terlalu banyak skandal rasuah beliau yang menurut RPK akan didedahkan pada bila-bila masa sebaik penamaan calon dibuat.

BUKTI-BUKTI INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN BUKTI-BUKTI INI JUGA AKAN MENAMBAHKAN KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA TELAH MENERIMA DANA POLITIK DARI AHLI PERNIAGAAN BRUNEI

Bukan sahaja RPK, malah Datuk Musa Aman juga tahu skandal rasuah Lajim Ukin. Atas sebab itu Lajim Ukin tidak disenaraikan sebagai "winnable candidate" oleh Datuk Musa Aman bagi membolehkan beliau dicalonkan pada PRU13 nanti.

BUKTI-BUKTI INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN BUKTI-BUKTI INI JUGA AKAN MENAMBAHKAN KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA TELAH MENERIMA DANA POLITIK DARI AHLI PERNIAGAAN BRUNEI

Menyedari masa depannya semakin gelap, maka terpaksalah Lajim keluar meninggalkan umno dan menyokong pembangkang bagi melepaskan dendam kesumat beliau terhadap kepimpinan Datuk Musa Aman, sekaligus untuk mencapai hasrat beliau untuk menduduki jawatan yang lebih tinggi dari Timbalan Ketua Menteri.

BUKTI-BUKTI INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN BUKTI-BUKTI INI JUGA AKAN MENAMBAHKAN KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA TELAH MENERIMA DANA POLITIK DARI AHLI PERNIAGAAN BRUNEI

Amat pelik apabila politikus seperti Lajim Ukin yang tidak lagi mendapat tempat dalam kerajaan mahupun parti tiba-tiba timbul kesedaran untuk melakukan perubahan bagi menumbangkan kerajaan yang selama ini banyak menyumbang kepada kemewahan beliau. Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika 5 atau 10 tahun lepas? Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika Lajim Ukin dengan rakus membolot projek-projek kerajaan?

BUKTI-BUKTI INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN BUKTI-BUKTI INI JUGA AKAN MENAMBAHKAN KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA TELAH MENERIMA DANA POLITIK DARI AHLI PERNIAGAAN BRUNEI

Berikut adalah ringkasan pendedahan RPK berkenaan dengan skandal rasuah Lajim Ukin;

- Penaja Kewangan Lajim, seorang rakyat Brunei yang berhijrah ke Sabah dikenali sebagai Mr. W, Lajim sendiri dikenali sebagai Mr. J. “J” bermaksud “jackpot”.

- Pada tahun 2007, sebelum PRU 2008, Lajim telah menjanjikan kontrak bernilai RM50 juta untuk membina Kolej Islam di Beaufort tetapi dia meminta Mr. W supaya membayar komisyen pendahuluan untuk disalurkan ke Tabung Pilihanraya PRU 12.

- Mr. W telah membayar RM8 juta kepada Lajim.

- Walaubagaimanapun, Mr. W tidak mendapat apa-apa projek melainkan 55 keping cek yang tidak bertarikh berjumlah RM3 juta. Namun semua cek itu tidak bernilai.

- Pernah satu masa, Lajim berhutang kepada Ah Long sejumlah RM800,000 dan dia terpaksa menggadaikan dua jam Rolex emasnya untuk membayar hutang tersebut.

- Projek RM50 juta untuk membina Kolej Islam itu sebenarnya tidak wujud. Dan Mr. W tidak lagi mahu membantu Lajim. (Sebab itu Lajim terpaksa mencari seorang penaja baru)


BUKTI-BUKTI INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN BUKTI-BUKTI INI JUGA AKAN MENAMBAHKAN KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA TELAH MENERIMA DANA POLITIK DARI AHLI PERNIAGAAN BRUNEI

Sebenarnya, Mr. W mahu wangnya dikembalikan dan sekiranya tidak, dia akan mendedahkan perkara ini. Dan oleh sebab itu, Umno tidak mahu lagi mencalonkan Lajim dalam PRU akan datang. Dan sebab itu juga secara tiba-tiba, Lajim “tersedar” dan kemudiannya menyertai pembangkang untuk membuat perubahan yang kononnya berpaksikan keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, memerangi rasuah, penyelewengan kuasa…dan macam-macam lagi. Sedangkan dialah yang rasuah!

BUKTI-BUKTI INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN BUKTI-BUKTI INI JUGA AKAN MENAMBAHKAN KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA TELAH MENERIMA DANA POLITIK DARI AHLI PERNIAGAAN BRUNEI

Sekiranya dakwaan ini tidak benar, alangkah baiknya jika Lajim Ukin dapat membuat satu lagi akuan bersumpah bagi menafikan tuduhan ini. Berbanding dengan akuan bersumpah beliau berkenaan dengan skandal RM40 juta, pendedahan RPK ini lebih sarat dengan fakta dan nilai rasuah, cuma nama sebenar penaja Lajim Ukin tidak disebutkan. Jesteru, jika benar Lajim ikhlas berjuang untuk membanteras rasuah, beliau wajar tampil menafikan tuduhan ini, atau ambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.

BUKTI-BUKTI INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN BUKTI-BUKTI INI JUGA AKAN MENAMBAHKAN KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

LAJIM UKIN GILA KUASA

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA BUKAN GILA KUASA DAN BUKAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

RAMAI yang tidak lupa, bagaimana Lajim mengamok kerana tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri sebaliknya, Datuk Baharom AB Titingan, meskipun mantan ADUN Balung itu, tewas pada PRN Sabah semasa Sabah diperintah Parti Bersatu Sabah.

PENDEDAHAN INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN AKAN MENAMBAHKAN LAGI KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

LAJIM UKIN GILA KUASA

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA BUKAN GILA KUASA DAN BUKAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Di kalangan Umno sendiri, ramai yang tahu bagaimana Lajim turun naik ke Putrajaya pada tahun 2003 kerana melobi jawatan Ketua Menteri untuk menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat yang akan tamat tempoh.

PENDEDAHAN INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN AKAN MENAMBAHKAN LAGI KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

LAJIM UKIN GILA KUASA

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA BUKAN GILA KUASA DAN BUKAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Lajim berkecimpung dalam politik semata-mata untuk mengejar jawatan; atas sebab itu, apabila Anwar "menawarkan" jawatan Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat menang di Sabah, menjadikan dia mabuk dan lupa diri.

PENDEDAHAN INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN AKAN MENAMBAHKAN LAGI KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

LAJIM UKIN GILA KUASA

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA BUKAN GILA KUASA DAN BUKAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Lajim tidak mampu menilai dirinya sendiri apakah mempunyai kemampuan untuk mengurus atau mentadbir. Lajim mendapat jawatan dalam politik, bukan disebabkan kemampuannya, akan tetapi berasaskan peras ugut.

PENDEDAHAN INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN AKAN MENAMBAHKAN LAGI KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

LAJIM UKIN GILA KUASA

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA BUKAN GILA KUASA DAN BUKAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Apabila Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, Lajim dilantik sebagai Timbalan Menteri, kerana pada masa dan ketika itu keadaan poiltik bagi BN cukup rentan dan gawat, ekoran kasak kusuk yang berlaku. Tambahan pula ada ura-ura Lajim akan keluar Umno/BN jika tidak diberi jawatan.

PENDEDAHAN INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN AKAN MENAMBAHKAN LAGI KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

LAJIM UKIN GILA KUASA

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA BUKAN GILA KUASA DAN BUKAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Apabila keadaan politik tenang, Najib sukar sudah untuk digertak, atas sebab itu, Najib sanggup kehilangan Lajim, apabila MP Beaufort itu mendesak Najib, agar Musa Aman diganti sebagi Ketua Menteri Sabah. Bukan sahaja Najib menolak mentah desakan Lajim itu, malah menegaskan, Musa akan tetap menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU-13.

PENDEDAHAN INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN AKAN MENAMBAHKAN LAGI KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

LAJIM UKIN GILA KUASA

LAJIM UKIN PATUT ISYTIHAR JUGA YANG DIA BUKAN GILA KUASA DAN BUKAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Pengertian Lajim terhadap pemimpin apabila pemimpin itu mendapat jawatan; akan tetapi dia lupa, ukuran sebenar pemimpin itu adalah daripada aspek kemampuan, keikhlasan dan perjuangannya. Pemimpin seperti ini akan terus berada dalam persada kepimpinan negara, sebaliknya individu yang merasa menjadi pemimpin kerana tindakan peras ugut, sampai satu ketika akan hanyut dan tidak mendapat tempat lagi. Perkara ini, disadari oleh Lajim, atas sebab itu dia keluar daripada Umno/BN, kerana dia tahu, bahawa masanya telah tiba untuk direhatkan selama-lamanya.

PENDEDAHAN INI AKAN MEMBUATKAN LAJIM UKIN TAK SENANG TIDUR.. DAN AKAN MENAMBAHKAN LAGI KOLEKSI KEKANTOIAN PAKATAN

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Jika begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Lajim, bermakna hasil siasatan ICAC dan SPRM juga tidak benar? Sudah berkali-kali dijelaskan bahawa kenyataan Nazri adalah berdasarkan siasatan kedua-dua badan pencegahan rasuah. Beliau hanya membaca jawapan yang diberikan kepadanya di Parlimen. Sebaliknya, yang menyiasat dan menutup kes itu adalah BADAN PENCEGAHAN RASUAH, bukannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Jika Lajim yakin bahawa kenyataan itu menyeleweng dan tidak benar, kenapa bukan beliau saja yang terbang ke Hong Kong dan jadi saksi dihadapan pegawai-pegawai ICAC bahawa wujud keraguan dalam kes tersebut?

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Malah Lajim mendakwa wujud salahguna kuasa dalam penganugerahan lesen pembalakan di Sabah yang menguntungkan beberapa orang, tapi kenapa dia tidak sebut nama orang itu?

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Jika kita bandingkan akuan bersumpah Lajim Ukin dan akuan bersumpah Abdul Murad berkenaan dengan akaun RM3 bilion yang dikawal oleh Anwar Ibrahim, akuan bersumpah Abdul Murad bersifat lebih "berani" dan meyakinkan kerana turut disertakan butiran terperinci seperti nama penyumbang serta nilai dana.

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Apa peranan Lajim sebagai Timbalan Ketua Menteri? Adakah beliau hanya menjadi pemerhati kepada penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam kepimpinan kerajaan negeri Sabah? atau Lajim juga telah mendapat tempias hasil balak-balak ini memandangkan beliau adalah "Timbalan" kepada Ketua Menteri?

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Memandangkan Lajim tahu mengenai "proses" mengkayakan kroni di Sabah melalui hasil balak, saya juga boleh simpulkan bahawa Lajim juga turut mendapat manfaat hasil dari balak-balak ini sepanjang beliau berada dalam umno.

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Sebagai politician yang berpengalaman, malah duduk bersama-sama pemimpin BN yang hari ini dituduhnya sebagai menyeleweng, tidak mustahil Lajim Ukin juga terpalit sama dalam skandal ini. Sebab itu Lajim enggan dedahkan nama atau membuat laporan polis atau SPRM berkenaan dengan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin BN negeri Sabah.

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Seperkara lagi yang amat menjengkelkan saya ialah, apabila Lajim menggunakan istilah "mengesyaki" dalam akuan bersumpah beliau. Apa pula pandangan Lajim jika ada pemimpin BN yang membuat akuan bersumpah dengan "mengesyaki" bahawa Lajim menyeleweng peruntukkan kerajaan Pusat yang sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur di Beaufort??

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Dalam akuan bersumpah ini, Lajim turut menyatakan bahawa beliau tidak pernah tahu mengenai derma politik RM40 juta kepada umno Sabah. Tapi bagaimana pula Lajim tahu dari mana datangnya sumber dana ini sehingga kepada proses "penyucian" wang tersebut di luar negara yang kemudiannya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik Sabah?

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Lengkap sangat skrip Lajim Ukin kononnya balak-balak itu dijual pada harga yang rendah, kemudian disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke akaun-akaun di luar negara. Tapi bila ditanya mengenai dana itu, boleh pula dia jawab "saya tidak pernah tahu mengenai derma politik RM40 juta kepada umno Sabah".

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Sebenarnya, Lajim sudah lama menyimpan dendam kesumat terhadap Ketua Menteri Sabah, malah tanda-tanda itu sudah wujud ketika PRU 2008 apabila Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dibenarkan melawan beliau (Lajim). Namun, Lajim terpaksa bertahan dalam umno untuk beberapa tahun kerana masih banyak projek-projek kerajaan yang belum "dikebas" oleh beliau.

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Borneo Native berkata...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

LAJIM PATUT BACA SEMULA AKUAN BERSUMPAH BELIAU DAN BANDINGKAN DENGAN AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN SKANDAL RM3 BILION ANWAR

Sifat "gunting dalam lipatan" Lajim Ukin sebenarnya sudah dihidu awal oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan pemimpin-pemimpin BN Sabah yang lain. Sebab itu Lajim tidak dicalonkan pada PRU13 kali ini kerana khuatir beliau akan menjadi liabiliti kepada BN Sabah. Dan mungkin sebab itu juga Lajim disisihkan dari mengetahui apa sahaja hal ehwal parti kerana dikhuatiri "kain" umno akan diselak seluas-luasnya menggunakan "gunting" berkarat Lajim Ukin untuk tatapan pembangkang.

JIKA PAKATAN BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH (MEREPEK) LAJIM UKIN, KENAPA PEMIMPIN2 PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD?

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO mengingatkan pembangkang supaya jangan berkokok hebat dengan kemungkinan MP BN keluar parti sedangkan ekor mereka terburai dengan tahi.

Tanpa Nama berkata...

Elok mereka sedar bahawa 13 YB pembangkang telah keluar parti mereka penggal ini. 6 MP PKR (Bayan Baru, Kulim Bandar Baru, Nibong Tebal, Wangsa Maju, Padang Serai, Bagan Serai), 5 ADUN PKR (2 Perak, 2 Kedah, 1 Sngor), 1 ADUN DAP (Perak) & 1 ADUN PAS (Dr Hasan Ali).

Kris Jr berkata...

13 YB mereka dibanding hanya 4 YB BN (Beaufort, Tuaran & sebelum ini Sepanggar & Tawau). Jelas sekali mereka berdua ini dihujung penghujung kerjaya politik dan kesesakan kewangan.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun Anwar gertak Puad Zarkashi kerana mengatakan mereka dibeli, ia bukan salah kerana dia sedang serius untuk menggunakan opsyen lompat parti. Dipercayai Lajim dan Wilfred bukan yang pertama di "beli".

Tanpa Nama berkata...

Anwar akan beli satu persatu wakil rakyat BN. BUkan sejuta dua yang ditawarkan tapi RM25 juta seorang.

Tanpa Nama berkata...

Pada harga sedemikian, tiada masaalah bagi Anwar untuk dapatkan wakil rakyat BN untuk lompat. Iman mana wakil rakyat BN yang mana kuat untuk menolak tawaran sebegitu lumayan.

Tanpa Nama berkata...

Namun begitu ada sanggup lompat pada harga separuh saja. Jadi kalau Anwar bayar separuh dulu dan separuh lagi lepas dah lompat, pun memadai.

Tanpa Nama berkata...

Maknanya duit anwar cukup banyak untuk hingga letak down payment RM10 juta seorang dan mungkin duit itu lesap pasal mereka akhirnya tak jadi lompat pun sap sap swuey .

Tanpa Nama berkata...

Ini perkara biasa buat raja rasuah politik Malaysia. Kalau tidak tangan perasuah Anwar, tidak mudah baginy auntuk mengugurkan Ghaffar Baba yang sudah Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

Tanpa Nama berkata...

Bagiamana pula Raja Rasuah dan Raja Katak Malaysia Sabah 1994 dan 916 rancang untuk Sabah?

Tanpa Nama berkata...

Kalau Lajim dan Wilfred nak lompat, kenapa tak masuk terus dalam PKR?

Kate berkata...

Raja Petra warned that tainted candidates like Lajim would result in Pakatan “getting whacked in East Malaysia”.

Kate berkata...

He said that Anwar was making a mistake in hoping that the road to Putrajaya would become clearer with politicians like Lajim with him.

Kate berkata...

"Having Lajim and those of his ilk as your partners will only ensure that Barisan Nasional will remain in power."

Kate berkata...

"I know you [Anwar] want to become prime minister. But this type of thing is only going to make your dream become our nightmare."

Unknown berkata...

“As the Malays would say: why would we want to reject ‘penyamum’ and vote for ‘lanun’? We said we want change, meaning change for the better, not change for the worse,” he added.

Kate berkata...

Raja Petra also revealed that Lajim was asking too much from Anwar – apart from cash, he also allegedly wanted to become one of the three deputy prime ministers if/when Pakatan marches into Putrajaya.

Kate berkata...

And if he can’t become one of the three deputy prime ministers, then he wants at least the post of Sabah chief minister, said Raja Petra.

Kate berkata...

“But Lajim can’t be made the chief minister of Sabah – and certainly not one of the three deputy prime ministers. And this is not because those posts have been promised to others, although that is one reason, but because he is carrying too much baggage,” said Raja Petra.

Tanpa Nama berkata...

Lajim will never win other than BN's ticket in his hand.

Tanpa Nama berkata...

Just wait what Lajim get by contest with his own party. still a bright future??

Tanpa Nama berkata...

And?

Tanpa Nama berkata...

Absurd.

Tanpa Nama berkata...

If we continue to let the opposition rule, I don't think we are able to catch up.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....