Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 6 November 2012

Nurul Izzah ambil tindakan undang-undang terhadap Utusan, Berita Harian



KUALA LUMPUR, 6 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa media arus perdana termasuk laman blog terhadap dakwaan yang mengatakan beliau menyokong "kebebasan beragama" dalam satu forum baru-baru ini.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Bagi tujuan tersebut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu (gambar) diwakili oleh peguam, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," jelasnya lagi.

Ketika sidang media awal hari ini, Nurul Izzah telah menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan  Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung dakwaan yang dikeluarkan oleh media berhubung isu tersebut.

"Saya sedia (dipanggil Jais) ... (tetapi) atas nasihat peguam, saya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.

"Peguam saya akan ambil tindakan seterusnya, saya tidak diberi lagi (untuk) keluar kenyataan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu yang dibangkitkan terhadap anaknya itu adalah helah politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu penyelewengan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Ini soal agama bukan mainan, kalau Umno nak guna agama, kalau betul Jais (perjuangkan Islam) ...  ambil tindakan terhadap orang Islam terlibat dalam perjudian, kenyataan yg disesatkan, tapi tiada."(Tetapi) agama digunakan sebagai mainan politik Umno," tegasnya lagi.

Malah, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut menyelar ulama Umno yang membisu dalam banyak isu-isu keagamaan dalam Umno, sebaliknya menyerang Nurul Izzah dengan gambaran menyokong "pluralisme".

"Kezaliman, rasuah, penyelewengan Umno, ustaz Umno tak berani sentuh, mereka guna pluralisme agama secara umum.

"Pluralisme agama kalau mereka meremehkan Islam, maknanya menolak hukum dan menyatakan semua agama itu sama.

"Soal agama, akidah, kita (PR) tidak berganjak, tetapi ini hanya mengalih pandangan kerana ustaz Umno tak berani sebut berkenaan penghinaan terhadap agama, kezaliman dan rasuah," tegasnya lagi.

Izzah sebelum ini telah dikecam pelbagai pihak kerana kenyataan yang dikeluarkannya dalam satu forum yang didakwa "menyokong" kebebasan beragama masyarakat di negara ini.

Isu itu telah mendapat perhatian umum yang melihat kenyataan itu keterlaluan kerana majoriti masyarakat negara ini adalah Melayu dan beragama Islam.

Anwar juga turut menyokong tindakan Nurul Izzah untuk membawa perkara itu ke mahkamah bagi membolehkan tindakan perundangan boleh diambil terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan tersebut.TMI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taknak saman malaysiakini jugak ke? Kerana malaysia kini yang pertama siarkan kenyataan nurul. Saman adalah sebagai senjata untuk menutup mulut rakyat. Kat dlm kubur pun nak pakai peguam jugak ke nurul? Like farther like daugther......

Tanpa Nama berkata...

Isyallah engkau pun akan dibawa Nurul mengadap di yaumilmahsyar ucapan kamu senada dgn utusan meloya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....