Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 September 2012

Najib beri petunjuk PRU 13 November ini ???

Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk hari ini bahawa beliau mungkin akan memanggil pilihan raya umum (PRU) seawal November, lapor The Star Online — lima bulan sebelum mandat Barisan Nasional (BN) berakhir iaitu pada bulan April 2013.

Perdana menteri (PM) tidak menyatakan rancangannya secara terbuka akan tetapi beliau dilihat memberi petunjuk jelas mengenai tarikh, dengan menyatakan angka 11 beberapa kali dalam ucapannya ketika berucap merasmikan mesyuarat delegasi Umno bahagian Sandakan hari ini, lapor akhbar berbahasa Inggeris itu.

“Enam kali 11 sama dengan 66, lima kali 11 sama dengan 55 dan dua kali 11 sama dengan 22. Faktor 11 muncul dalam semua, ia adalah unik dan baik,” Najib dilaporkan berkata, ia merujuk kepada usia Umno, ulangtahun kemerdekaan ke 55 dan usia Umno Sabah.

The Star Online menjelaskan, presiden Umno tidak menyatakan secara langsung bahawa beliau mahu mengadakan PRU ke 13 pada bulan November.

Walaubagaimanapun, Najib dan menteri kabinetnya telah menjelajah ke seluruh negara sejak beberapa bulan lalu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada kadar 5.4 peratus dalam suku kedua tahun ini dan meningkatkan sokongan pengundi dan meningkatkan tahap keyakinan untuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi memanggil untuk pilihan raya mengejut tidak lama lagi, kata beberapa ahli strategi kepada The Malaysian Insider minggu lepas.

“Ini adalah pembinaan momentum dan keadaan baik untuk mengadakan pilihan raya selepas pembentangan belanjawan bulan depan,” kata seorang ahli strategik kepada The Malaysian Insider.

Ahli strategi lain berkata BN telah memberi gambaran 60 hari selepas Hari Belanjawan pada 28 September sebagai tarikh pilihan raya umum (PRU) dengan ganjaran belanjawan dan angka baik ekonomi boleh mempengaruhi lebih kurang 12 juta pengundi untuk mengekalkan kuasa gabungan tersebut.

“BN paling berpengalaman dalam ekonomi dan inisiatif Najib akan mula diagihkan,” katanya.

PM keenam itu dilaporkan telah menangguhkan untuk memanggil pilihan raya sebagai langkah untuk memenangi kembali majoriti tradisi BN diparlimen dan empat negeri yang dimenangi oleh PR pada PRU 2008.

Tindakan keluar BN oleh dua orang pemimpin kanan BN Sabah sejak dua bulan lepas telah juga berkemungkinan menyebabkan tarikh PRU ditangguh dari tarikh asal September untuk menghalang BN mengekalkan “simpanan tetap” di negeri-negeri Borneo, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber BN dari Sabah dan Kuala Lumpur mengatakan, ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan sokongan kepada PR dan ini adalah diantara alasan mengapa Najib melihat tarikh lain untuk pilihan raya mengejut untuk mendapat mandat sendiri selepas mengambil alih jawatan PM pada April 2009.TMI

Ahad, 2 September 2012

Video : Adun Kuala Berang kutuk Ustaz Azhar Idrus



video mase bagi ceramoh untuk dana remaja,, ye maross ikut ustaz azhar... jem kreng. hahahha dia kata tengok ustak macam berus jambang, mung dgr guaner?, kahkahkah setuju blaker dok ni undi BN?Jkkk Studio

Sebelum Sekat Jalan Ke Putrajaya Najib Sekat Dulu Gelombang Di Sabah

Oleh Mohd Sayuti Omar

Siang tadi Ha Najib Razak berikrar sambil mengajak orang Umno untuk menyekat jalan ke Putrajaya bagi menghalang Pakatan Rakyat memasuki ke kompleks kerajaan itu. Laung Najib dalam nada separuh lemah dan separuh bersemangat berbunyi; "kalau mereka hendak ke Putrajaya kita akan sekat jalan sekat jalan kerana mereka tidak layak untuk berada disitu," begitulah kira-kira kata Najib.

Menurutnya lagi dia tidak akan sekat dengan mengarahkan polis mengadakan roadblock tetapi akan sekat dengan kuasa rakyat. Wah hebat dan suci Najib dia seakan tidak mahu menyalahgunakan kuasa dalam mempertahankan kuasa politiknya. Tetapi tentu ramai yang tersenyum bila mendengar ucapan retorik itu kerana sebelum ini janji Najib untuk memberi kebebasan dan melakukan transfdormasi lebih lunak dari itu, namun habuk pun tak ada.

Otang masih ingat bagaimana Najib akan membenarkan himpunan Berssih 2.0 di stadium negara tetapi apa jadi selepas itu? Bukan itu saja banyak lagi kluk klek yang dilakukan Najib sekaligus menunjukkan akan kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

Kalau Najib hendak sekat jalan ke Putrajaya sememangnya wajar mengambil langkah bagi memasatikan kuasa dan kedudukannya kekal. Tidak ada jalan lain lagi bagi Najib melainkan menghalangkan kemaraan itu jika tidak beliau akan hanyut.0 Tetapi soalnya apalkah Najib mampu untuk berbuat demikian? Ini persoalannya dan tanda tanya yang bermain dalam kepala umum.

Melihat kepada mood rakyat dan perkembangan hari ini langkah Najib itu sudah terlambat. Beberapa usaha untuk menarik perhatian dan keyakinan rakyat kepada UBN yang dilaksanakan tidak memberi apa-apa kesan dan merubah suasana yang ada. Malahan kebangkit rakyat semakin melata dan menyeluruh. Pemberian berbillion wang yang dilakukan kini tidak sedikit pun mengucupkan kemahuan rakyat.

Bukan saja rakyat yang bebas tetapi rakyat yang terikat dengan berbagai bentuk institusi seperti Felda, dalam kerajaan juga tidak dapat dibendung lagi. Bukan semua 1,200 keluarga Felda senang dan puas dengan pemberian durian runtuh kepada mereka. Demikian juga pegawai kerajaan semakin berania menyatakan rasa tidak senang kepada kerajaan

Hudud : Ulasan Terkini DS Anwar

KOTA BHARU- Mana-mana pihak yang ingin melaksanakan hudud termasuk Kelantan perlu melepasi beberapa isu termasuk hal yang berkaitan undang-undang, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, terdapat dua pandangan berbeza mengani pelaksanaan hudud sama ada ia boleh dijalankan dengan mengikut Perlembagaan Persekutuan sedia adaa dan sebaliknya.

“Berkenaan hudud, ada dua pandangan, ada dua kata ikut perlembagaan manakala satu lagi tidak, (jika ingin dilaksanakan) ia perlu diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Sarapan Pagi Bersama Rakyat di sini semalam.

Anwar berkata, adalah jelas Barisan Nasional khususnya Umno tidak mempunyai pendirian tetap untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

Sejak Umno ditubuhkan mereka tidak pernah ada hasrat laksana hudud, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menulis memberi amaran supaya hudud tidak dilaksanakan di Kelantan.

“Manakala pendirian kita jelas sama ada sebagai orang Islam dan juga dalam Pakatan, kita memberi kelonggaran di Kelantan kerana mereka sudah melaksanakan sebahagiannya, manakala di peringkat nasional kita memberi ruang dan masih terikat dengan persekutuan dan perbincangan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau tidak berminat untuk mengkritik pihak tertentu dengan membawa isu hudud kerana tidak mahu agama dipermainkan.

Dalam pada itu, Anwar menganggap pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti dalam pakatan pembangkang bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai.

Beliau berkata sekiranya ada cadangan tambahan, mereka akan berunding menyelesaikannya berlandaskan prinsip permuafakatan.

“Kalau ada cadangan baharu kita bincang. Di Kelantan kita anggap sudah selesai, Pulau Pinang hampir selesai,” katanya.SH

Sabtu, 1 September 2012

Video &Gambar : Bas Jelajah Merdeka DS Anwar diserang




PKR kecam kibar bendera ganti Jalur Gemilang


PKR hari ini mengecam keras tindakan sekumpulan individu yang mengibarkan bendera yang dikatakan akan menggantikan Jalur Gemilang semasa perhimpunan Gabungan Janji di Dataran Merdeka kelmarin.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata tindakan berkenaan bukan perilaku rakyat Malaysia yang sepatutnya dan PKR tidak mendukung tindakan sedemikian."Saya menegaskan ini bukan perlakuan yang perlu dibuat rakyat Malaysia. Ia tindakan tidak sopan dan bertanggungjawab dan PKR tidak mendukung tindakan biadap seperti ini.
"Ia pastinya bukan tindakan yang baik," kata Azmin kepada pemberita sewaktu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.Bagaimanapun, Azmin menjelaskan, PKR tidak akan melakukan siasatan berhubung insiden berkenaan kerana program itu bukan anjuran mereka sebaliknya ia adalah anjuran badan bukan kerajaan.

"Perhimpunan itu bukan anjuran PKR, ia inisiatif NGO dan mahu ajak rakyat Malaysia menghayati semangat kemerdekaan."Tapi dalam perhimpunan besar seperti itu, ada individu yang cuba mengambil kesempatan," katanya lagi.Azmin juga turut tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan menolak sekeras-kerasnya perilaku kumpulan berkenaan.

Jawatankuasa Gabungan Janji Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak memberikan arahan untuk mengedarkan risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang dikibarkan sekumpulan remaja di Dataran Merdeka kelmarin.

"Oleh kerana ramai yang hadir untuk menyambut merdeka, saya tidak tahu siapa mereka sebenarnya.
"Sepatutnya mereka tidak boleh berbuat demikian kerana kita perlu hormat Hari Kemerdekaan," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua juga turut menegaskan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi negatif terhadap himpunan Hari Kemerdekaan dan Gabungan Janji yang berlangsung secara aman kelmarin.

"Saya tidak tahu tentang bendera ini walaupun saya hadir, namun saya berpendapat kemungkinan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab mahu mencetuskan spekulasi."Saya harap semua pihak tidak merosakkan suasana sambutan Kemerdekaan dengan spekulasi isu bendera ini," katanya lagi.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....