Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 April 2011

Pilihanraya Sarawak : Najib Cuba "Selamatkan" Taib Atau Menggulingkannya?

KUCHING 13 APRIL : Persoalan mengenai adakah pusat punya kuasa untuk menentukan tarikh pengunduran Tan Sri Taib Mahmud masih belum terjawab sehingga ke hari ini.

Keadaan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Najib Razak di Stadium tertutup MBKS di Kuching Isnin lalu menyebabkan karektor sebenar Taib terserlah.

Najib dalam kempennya mencanangkan bahawa Taib akan berundur dari tampuk pemerintahan sejurus selepas pilihanraya negeri yang diadakan Sabtu ini.

Ironinya, pengumuman Najib itu nyata tidak disenangi oleh Taib yang kemudiannya bertegas dalam ucapannya pada majlis sama yang dihadiri Najib bahawa beliau hanya akan berundur "beberapa tahun" lagi.

Penganalisis melihat senario ini dari sudut pandang bahawa Taib kini mengingkari keputusan Putrajaya.

Walaupun Najib berulang kali secara umum berkata Taib bukan satu liabiliti untuk BN tetapi bukan menjadi rahsia lagi, beliau kini dianggap membebankan parti komponen BN yang lain.

Fokus kini cuba mengalihkan perhatian dari Taib. Pada separuh masa kedua, kempen ini, Najib dan menteri-menteri persekutuan kini dilihat giat berkempen di Sarawak.
Semakan di laman sesawang Jabatan Penerangan menunjukkan majlis-majlis yang dianjurkan di Sarawak kini diterajui oleh menteri persekutuan dan timbalan mereka.

Malah mensyuarat mingguan jemaah menteri juga dibatalkan minggu ini bagi memberi laluan jentera persekutuan ini turun berkempen di Sarawak.

Ia dilihat sebagai pentanda jelas BN Sarawak kini mengharapkan campur tangan dari peringkat persekutuan untuk "menumbangkan" kekuasaan Taib.

Setakat ini, kempen BN Sarawak di kawasan bandar dianggap cukup lesu sejak hari penamaan calon lagi.

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) nyata tidak terdaya melawan kempen agresif Pakatan Rakyat yang cekap mengeksploitasi rasa tidak puas hati rakyat dengan Taib yang telah berkuasa sebegitu lama.

SUPP yang terdesak kini memberitahu sekiranya mereka tumbang, masyarakat Cina akan hilang perwakilan mereka dalam kerajaan negeri.

Sentimen luar bandar pula sukar dibaca kerana kekurangan maklumat, tetapi berdasarkan apa yang dilapor di akhbar, petugas Pakatan mempunyai alasan untuk bersikap optimistik.

Portal Malaysikini melaporkan, Presiden PRS Datuk James Masing berulang kali memberi amaran kerusi-kerusi di luar bandar seperti - Balai Ringin, Ngemah, Belaga dan Pelagus yang majoritinya pengundi Iban juga menghadapi kemungkinan akan tumbang.

Masing yang sebegitu terdesak juga merayu bantuan penyandang kerusi Pelagus, Larry Sng, yang merupakan seterunya yang digugurkannya sebagai calon membantu BN berkempen tetapi permintaan itu ditolak.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....