Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 27 Julai 2011

Gambar : Sekitar Pelancaran " OPERASI TAWAN BESUT " Oleh Tim. Presiden Pas Hj Mohamad Sabu






Pengawal peribadi Anwar beri keterangan susulan keganasan polis

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Al Bakqry tiba di balai polis Jalan Travers untuk memberikan keterangan susulan laporan yang dibuatnya minggu lalu.Ia berhubung tindakan ganas polis yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk pada perhimpunan aman Bersih 2.0, 9 Julai lalu..

Fayyadh yang kelihatan tenang dan memakai kemeja hitam tiba kira-kira jam 2.40 petang dengan diiringi peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.

Beliau sebelum ini mengalami kecederaan teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya nya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan polis tepat ke arahnya.

Tembakan gas itu dilepaskan di KL Sentral ketika perhimpunan aman 9 Julai lalu berlansung.

Latheefa ketika ditemui di perkarangan balai polis ditemui berkata, Fayyadh sepatutnya tidak perlu hadir kerana masih dalam tempoh rawatan. Namun, polis mengeluarkan notis 111 yang mengehendakinya untuk memberi keterangan.

“Notis 111 kebiasannya diberi kepada mereka yang terlibat dalam kes jenayah.

“Tapi, beliau tiada pilihan dan terpaksa memberikan keterangan dan kami datang atas asas notis tersebut. Polis macam tak boleh bersabar,” kata Latheefa.

Sementara itu peguam, Fadiah Nadwa Fikri berkata tembakan kanister gas pemedih mata yang terkena Fayyadh, tepat dihalakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada itu.

“Fayyadh memegang tangan kiri Anwar dan beliau bergerak ke hadapan untuk menghalang peluru yang jelas dilihatnya menuju kepada Datuk Seri Anwar.

“Malah Fayyad menyatakan beliau masih boleh nampak ada lagi kanister gas pemedih mata yang melepasi aras kepala mereka ketika kumpulan tersebut mengundur ke eskalator ,” katanya.

Fadiah berkata, 30 soalan yang diajukan dengan keterangan diberikan berhubung kejadian dan lokasi oleh pegawai penyiasat ASP Arikrishna.Keadilandaily

Sokong Biometrik ??? Penjelasan Tok Guru Nik Aziz

Laporan akhbar Sinar Harian semalam yang mendakwa Tok Guru Nik Aziz menyokong biometrik

KOTA BHARU, 27 Julai: "Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Tolak kotor, ambil BERSIH."
"Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat. Saya menyokong pendirian PAS Pusat yang menolak kaedah biometrik yang ingin diperkenalkan oleh SPR," tegas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebuah akhbar harian semalam membuat berita sensasi apabila menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik".
Ekoran itu timbul kekeliruan di kalangan orang ramai apakah sikap sebenar PAS dalam isu penggunaan biometrik dalam pilihan raya umum akan datang kerana pemimpin lain PAS memaklumkan parti itu menolak penggunaan biometrik.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sistem biometrik terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.
"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam sidang media bersama pimpinan PAS yang lain menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Ketuk Ketampi Bogel : Kerajaan Bayar Pampasan

KUALA LUMPUR 27 JULAI : Penantian selama enam tahun wanita yang dipaksa ketuk ketampi dalam keadaan bogel dan dirakamkan perbuatannya berakhir apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju untuk membayar pampasan.

Wanita tersebut, Hemy Hamisa Abu Hasan Saari ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalukan sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.

Persetujuan itu direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lin namun jumlah ganti rugi berkenaan tidak didedahkan.

Hemy yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.

Beliau diwakili oleh peguam Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.

Video ketuk ketampi itu sebelum ini diedarkan sehingga memaksa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan.

Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang dibogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.

Bagaimanapun sehingga hari ini, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.TVS

Selasa, 26 Julai 2011

Video : Sekitar Debat SPR Vs Bersih 2.0






Lagi Video DISINI

Debat SPR Vs Bersih : Tim. Pengerusi SPR " Diboo " Dan " Diperlekeh "



Wacana bagi membincangkan tuntutan BERSIH 2.0 serta perhimpunan 9 Julai kecoh apabila penonton mengambil peluang membuat bising ketika Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberikan penjelasan.
Namun, ada di antara 600 orang hadirin yang bertempik kegembiraan serta bertepuk tangan apabila pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap dalam majlis berkenaan.

Lebih-lebih lagi apabila S Ambiga mencabar Wan Ahmad secara terbuka untuk menyatakan cadangan pindaan yang telah dikemukakannya kepada pejabat peguam negara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya. "Dedahkan pindaan itu, kita akan sokong SPR, apakah pindaan itu?" soal Ambiga yang disambut tepukan gamat daripada hadirin.

Wan Ahmad kemudiannya menjelaskan, situasi demokrasi di negara ini tidak boleh dilihat sama seperti demokrasi di negara Barat. "Kita ada peraturan, kita ada rahsia rasmi.
Ada perkara yang tak boleh SPR dedahkan. "Bila kita kata tak boleh, kena fahamlah," katanya lagi yang turut menggesa BERSIH supaya bekerjasama dengan kerajaan bagi membolehkan undang-undang tersebut dipinda. "Bukannya kita berpihak dengan pihak mana-mana," katanya lagi yang disambut dengan laungan "boo".

SPR: Dasar ikut kehendak kerajaan

Wan Ahmad yang tidak gembira dengan layanan yang diberikan oleh hadirin ke atasnya turut mengambil peluang untuk 'menyekolahkan' hadirin tentang adab dalam menghadiri program ilmu seperti itu. "Sebab itulah saya kata, anda hanya mahu percaya apa dalam fikiran anda," katanya lagi. Wan Ahmad (kanan) turut menjelaskan bahawa dasar yang hendak ditetapkan itu masih perlu mengikut kehendak sesuatu kerajaan pada masa itu.
"Jika kerajaan rasa umur layak mengundi ialah 21 tahun dan bukan 18 tahun, tidak kiralah sebanyak mana cadangan dibuat, ia tidak akan (diterima," katanya lagi.

Jawapannya itu mengundang soalan daripada moderator, Wan Saiful Wan Jan yang bertanya sekiranya masalahnya bukan pada SPR tetapi di peringkat kerajaan. Wan Ahmad bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan berkenaan dan berkata reformasi pilihan raya perlu dijalankan secara bersama. "Anda tidak boleh lihat SPR sebagai musuh jika mahu reformasi," katanya lagi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....