Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 1 Ogos 2011

Ku Li Ganti Anwar : Ulasan Tok Guru Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.

Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.

Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan.

Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar.

"Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.Hrkh

Pilihan raya olok-olok: BN boleh hilang Perak, Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.
The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).
Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.
Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.
Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.
“Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.
Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.
“Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu.
Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.
Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.
Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.
“Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu.
Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.
“Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,” kata sumber Umno.Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.
Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.“Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi.
Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.

Ahad, 31 Julai 2011

Video : Biadab !!! Ulama Umno Kafirkan Tok Guru Nik Aziz




Siapa yang mengkafirkan siapa sebenarnya ? Video ini dengan jelas menunjukkan ulama Umno terang2 telah mengkafirkan Tok Guru Nik Aziz.

Ceramah yang diadakan di Pengkalan Chepa ini aku tidak begitu pasti tarikhnya,tapi kalau diikutkan pada tarikh video ini dimuat naik ke laman youtube,ceramah ini mungkin diadakan sekitar bulan Jun 2011.

Sebelum ini Umno sering mendedangkan irama bahawa Pas telah mengkafirkan Umno,satu dakwaan tidak pernah dapat mereka buktikan.Melalui rakaman video ini aku ingin membuktikan bahawa ulama Umnolah yang mengkafirkan pemimpin Pas.

Disini aku ingin mencabar pencacai Umno sila kemukakan bukti video bahawa pemimpin Pas pernah mengkafirkan Umno,aku tunggu niii !!!! Jangan hanya pandai menjaja cerita yang tidak pernah berjaya dibuktikan !!! aku cabar !!!!

'Liabiliti' Paling Besar Kepada Umno, Najib Cari 'Talian Hayat'


SHAH ALAM 31 JULAI : Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad  menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi “liabiliti paling besar” kepada Umno menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya, ini kerana kegagalan Najib dalam menangani beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 2.0 dan yang terbaru penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru itu, Najib kini terpaksa mencari “talian hayat” dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

“Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.

“Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Abdullah Ahmad Badawi) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa,” katanya.

Jelas Dr Dzulkefly, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara demi memperoleh semula kepercayaan rakyat, namun usaha itu ternyata sia-sia.

“Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

“Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya ‘Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan’, kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya,” katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu merupakan seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.

“Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

“Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti ‘you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)’, beliau sinonim dengan tabiat ‘flip-flop’, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.

Tambah beliau lagi, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi betapa buruknya kepimpinan Najib.

“Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

“Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.

Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Kelmarin polis membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat.TVS

Sabtu, 30 Julai 2011

[ Video ] Bersih 2.0: Dua naib presiden PAS saman polis dan KDN




KUALA LUMPUR, 30 Julai — Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk menyaman polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan pusat berhubung tindakan menahan mereka 9 Julai lalu dan ia akan difailkan minggu depan.

Tindakan saman tersebut akan diuruskan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif, lapor HarakahDaily hari ini.

Zulhazmi menjelaskan, tindakan saman akan difailkan minggu depan.

Selain Salahuddin (gambar) dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas ketiga-tiga pihak berkenaan berhubung penahanan pada 9 Julai juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Salahuddin berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan mereka ketika perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

“Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada pukul 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada pukul 9.30 malam 9 Julai.

“Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu,” kata wakil rakyat ini.

“Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan BN,” katanya.

Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu.

Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.TMI

Bersih 2.0 : Lagi Mangsa Tampil Dedah Keganasan Polis

KUALA LUMPUR: Seorang saksi yang mengalami kecederaan semasa perhimpunan Bersih 2.0 lalu, tampil mendedahkan bagaimana beliau tercedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata oleh polis ketika di KL Sentral 9 Julai lalu.
Mangsa, Yew Boon Lye, 40, berkata, semasa kejadian, kumpulan yang dianggotai pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bergerak melalui laluan bawah KL Sentral dan tidak menyedari tembakan gas berkenaan.
“Sebenarnya, kami semua tidak sempat keluar daripada tempat tersebut, sudah dengar tembakan gas pemedih mata, tidak sempat tengok apa yang terjadi, saya dah kena tembakan,” katanya menceritakan detik-detik cemas kejadian ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Boon Lye yang juga Ketua Cabang KEADILAN Klang berkata,  beliau kesal dengan tindakan ganas polis yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Ini tindakan pihak berkuasa kita yang kurang berperikemanusiaan yang boleh dikatakan zalim terhadap rakyat-rakyat yang tidak berniat dan berupaya menyerang, tapi mereka (polis) pula yang menyerang kita,” katanya.
Menurutnya, akibat terkena serpihan gas kanister tersebut, beliau mengalami kecederaan di bahagian tepi mata sebelah kiri.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....