Melatah itu dikatakan hanya ada pada orang Melayu, sebagaimana amok yang menjadikan budayanya unik.
Sifat-sifat
kemelayuan itu turut berlaku dalam dunia moden hari ini, termasuk dalam
satu acara dialog di antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang
diwakili oleh Timbalan Pengarahnya Wan Ahmad Wan Omar (gambar kiri,
tengah, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan (gambar kiri, kiri) dan
Prof Shamsul Amri Baharuddin (gambar kiri, kanan) dari UKM, yang telah
berlangsung baru-baru ini.
Latah Wan Ahmad tidaklah seperti mana yang biasa dikaitkan dengan seorang nenek atau datuk yang diusik oleh anak atau cucunya.
Sebaliknya melatah versi SPR ini adalah dengan bentuk terlepas cakap, tersasul atau "kantoi" dengan menyebut antaranya "Barisan Nasional tak hentam SPR", ketika membezakan layanan SPR terhadap BERSIH 2.0, Pakatan Rakyat dan BN.
Lawak seram
Begitu juga ayat susunan Wan Ahmad, "kita (SPR) memang ada hubungan yang baik dengan Bukit Aman", ketika beliau cuba menggambarkan sistem pengurusan SPR yang dianggap cekap dan lengkap termasuk hubungan "istimewa"-nya dengan Polis Diraja Malaysia.
Selepas
tersasul menyebut ayat-ayat ini, hadirin dalam dialog yang diadakan di
Shah Alam pada Selasa lalu dapat melihat perubahan air muka beliau yang
semacam tersedar akan kata-katanya. Dan, beliau mula mengambil masa
untuk "melarikan" topik itu. Lucu sungguh!
Latah secara spontan ini, secara tidak langsung telah memberi gambaran sebenar kepada penonton "debat" yang menyaksikannya melalui siaran langsung TV internet dan kita sendiri bahawa itulah realiti bawah-sedar yang terjadi selama ini kepada pihak SPR.
Bagaimana kita menerima dan memahaminya?
Selain melatah dengan "bertandak", biasanya sindrom ini akan diikuti dengan sebutan kata-kata yang diucap tanpa dikawal oleh individu tersebut. Kadang kala bunyinya mencarut, kadangkala pula tersebut perkara "rahsia".
Bagi individu yang berkedudukan penting seperti Wan Ahmad ini, pastilah ia menjadi tragedi seram baginya dan SPR sendiri. Bagi yang mahu kepada pilihan raya yang bebas, bersih dan adil, ia tidak ubah seperti menonton satu lawak seram.
Bagaimana ianya berlaku?
Melihat pada suhu dialog pada ketika itu, kedudukan Timbalan Pengerusi SPR itu semasa sedang berdebat dengan Ambiga dan juga menghadapi persoalan daripada hadirin, beliau berada dalam keadaan amat defensif. Malah sedang berada dalam tekanan kesan dari asakan bertubi-tubi yang datang dari mood hadirin pada masa itu.
Kita memahami tekanan yang dialaminya tetapi tidak pula menyangka beliau akan "kantoi" menyebut perkara-perkara seperti itu.
Sifat-sifat
kemelayuan itu turut berlaku dalam dunia moden hari ini, termasuk dalam
satu acara dialog di antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang
diwakili oleh Timbalan Pengarahnya Wan Ahmad Wan Omar (gambar kiri,
tengah, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan (gambar kiri, kiri) dan
Prof Shamsul Amri Baharuddin (gambar kiri, kanan) dari UKM, yang telah
berlangsung baru-baru ini.Latah Wan Ahmad tidaklah seperti mana yang biasa dikaitkan dengan seorang nenek atau datuk yang diusik oleh anak atau cucunya.
Sebaliknya melatah versi SPR ini adalah dengan bentuk terlepas cakap, tersasul atau "kantoi" dengan menyebut antaranya "Barisan Nasional tak hentam SPR", ketika membezakan layanan SPR terhadap BERSIH 2.0, Pakatan Rakyat dan BN.
Lawak seram
Begitu juga ayat susunan Wan Ahmad, "kita (SPR) memang ada hubungan yang baik dengan Bukit Aman", ketika beliau cuba menggambarkan sistem pengurusan SPR yang dianggap cekap dan lengkap termasuk hubungan "istimewa"-nya dengan Polis Diraja Malaysia.
Selepas
tersasul menyebut ayat-ayat ini, hadirin dalam dialog yang diadakan di
Shah Alam pada Selasa lalu dapat melihat perubahan air muka beliau yang
semacam tersedar akan kata-katanya. Dan, beliau mula mengambil masa
untuk "melarikan" topik itu. Lucu sungguh!Latah secara spontan ini, secara tidak langsung telah memberi gambaran sebenar kepada penonton "debat" yang menyaksikannya melalui siaran langsung TV internet dan kita sendiri bahawa itulah realiti bawah-sedar yang terjadi selama ini kepada pihak SPR.