Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 5 Disember 2010

Mahkamah Tolak Permohonan Lafaz Cerai Sultan Ismail Petra Terhadap Isteri Kedua

KOTA BAHRU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra terhadap isteri keduanya Cik Puan Elia Suhana Ahmad yang difailkan seorang wanita Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman pada Mac lalu.
Hakim Abdullah Man yang membuat keputusan itu berkata ini kerana mahkamah mendapati plaintif gagal mengemukakan saksi yang mencukupi mendengar pengesahan lafaz cerai itu selain tiada saksi lain ketika Abdullah menghadap Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian pada 30 Okt lalu.
"Mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan kepada tiga perkara iaitu yang pertama sama ada pihak ketiga boleh memohon bagi pengesahan lafaz cerai, yang keduanya apakah plaintif mempunyai saksi yang mencukupi dan ketiga apakah yang berlaku di Istana antara saya dan Sultan boleh diterima di mahkamah.
"Berdasarkan itu mahkamah hari ini menolak permohonan plaintif (Nik Rorhana)bagi memohon pengesahan lafaz cerai ini dan plaintif boleh membuat rayuan berhubung keputusan ini dalam tempoh 14 hari," kata Abdullah sewaktu membacakan penghakimannya.
Pada prosiding hari ini Nik Rorhana hadir manakala defendan Elia Suhana, 31, tidak hadir atas alasan tidak sihat.
Pada 21 Mac lalu, Elia Suhana melalui peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac lalu.
Sultan Ismail Petra yang ketika itu masih Sultan Kelantan didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Feb lalu di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Sebelum itu, Abdullah berkata atas isu yang pertama mahkamah memutuskan pihak ketiga iaitu Nik Rorhana berhak memfailkan permohonan lafaz cerai bagi pihak Sultan Ismail Petra itu berdasarkan kepada hukum syarak.

Video : Sekitar Demontrasi Bantah Syabas(Air Selangor)







Gambar : Sekitar Demontrasi Bantah SYABAS












Sabtu, 4 Disember 2010

Naikkan harga barang: Facebook Najib di'serang' rakyat Malaysia








*Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas...

Lagi reaksi dan komen rakyat Malaysia boleh dilihat di SINI...

Jumaat, 3 Disember 2010

"Cinta Syyhh" : Uncle Seekers & Bapanya Disaman Oleh Bekas Pemaisuri Agong

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – UM

Video : Keputusan gantung Anwar luar biasa



PETALING JAYA, 3 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penggantungannya daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan jika berkuatkuasa hari ini adalah luar biasa.

Ini, katanya kerana keputusan tersebut berkaitan dengan isu Apco yang sepatutnya dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang memerlukan beliau dipanggil untuk memberi keterangan dan membela diri.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak pernah dipanggil untuk berbuat demikian tetapi keputusan tersebut dibuat berdasarkan ucapannya semasa perbahasan di Dewan Rakyat.

"Pada saya, tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu jelas menafikan hak saya selaku orang yang dituduh. Ini merupakan satu tindakan yang jelas menghina Parlimen dan mengaibkan Parlimen yang mulia," katanya pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, petang ini.

Menurut beliau, tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa itu juga tentunya turut menimbulkan tanda tanya lain kepada pelbagai pihak kerana ia menggambarkan Apco bagaikan begitu berkuasa, ekoran dakwaan yang dibuat oleh beliau mengenai syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa itu selama ini.

Dalam persidangan Parlimen, Anwar pernah mendedahkan bahawa kerajaan Umno BN mengupah Apco Worldwide dalam menjalankan misinya dalam komunikasi.

Selain itu, beliau juga mendakwa Apco turut terbabit dalam usaha menggubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis. Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, beliau memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persamaan antara 1Malaysia dan 1Israel.

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya itu selain memperbaharui kontrak syarikat itu.

Pada 8 Jun lalu, Anwar telah dipangil oleh Jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib itu sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

Namun untuk tindakan selanjutnya, beliau tidak pula dipanggil untuk memberikan keterangan yang lebih jelas. Begitu juga dengan usul yang dikemukakan oleh beliau untuk membincangkan perkara itu secara khusus sering ditolak oleh Dewan Rakyat.

Dalam persidangan Dewan Rakyat, Anwar bagaimanapun terus juga memperkatakan perkara itu jika berpeluang bagi membolehkan ia dibincangkan dengan lebih lanjut, memandangkan pembabitan Apco dengan tindakan kerajaan merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengundang bahaya kepada negara.

Persidangan Dewan Rakyat bagi tahun ini masih lagi berlangsung. Ia dijangka berakhir sekitar dua minggu lagi. Manakala sesi Parlimen baru dijadualkan bermula 7 Mac tahun depan.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh, peguam Anwar dan Mohamed Azmin Ali.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....