Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 13 Julai 2010
Isnin, 12 Julai 2010
Kelakar ! Bandaraya,Tapi Penduduk Tanpa Elektrik

Sebuah kampung dalam tindakan majlis bandaraya Kuala Terengganu yang bernama Kampung Mak Jintan dalam Dun Tepuh masih lagi tidak mempunyai bekalan elektik sedangkan ianya hanya jarak lebih kurang 3km dari perkampungan bersebelahan yang telah mempunyai bekalan elektrik. Amat malang penduduk masih lagi menggunakan pelita, lampu gasoline dan ada juga yang menggunakan generator.
Kelakar rasanya. Nama bandaraya tetapi tiada elektrik. Tahun bila ni? Macam zaman Jepun. Tapi itulah realitinya UMNO-BN yang memerintah. Dengan duit royalti yang banyak tetapi dihabiskan kepada tempat tak berfaedah kepada rakyat. Tengok pada slogan bukan main. Terbaru Kerajaan Terengganu pimpinan Mat Said dengan motto “ Merakyatkan Pembangunan”. Nak buat pembangunan macamana kalau elektrik pun tarak. Porahhh!.
Azmin bidas kerajaan negeri Selangor masih gagal amal bajet berhemah
MPUR, 12 Julai – Azmin Ali. yang dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor bulan lalu, hari ini mempersoalkan kerajaan negeri kerana masih gagal mengamalkan urus tadbir kewangan berhemah. Gambar : Terengganu Runtuh Lagi !!!
Gambar 1 : Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam yang nampak hebat tapi dibelakangnya Terengganuku runtuh terus runtuh.Mungkin kerana surau ini jarang dikunjungi maka keruntuhan ini tidak disedari umum. Kini kami bongkarkan keruntuhan itu...Itu dewan konvensyen TTI diluar dan dalam dewan nampak gah, hebat, bergaya dan perkasa, tetapi disuraunya runtuh menyembah bumi, amat merbahaya bagi jamaah yang bersolat terutama kakitangan.
Gambar 2 : Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam yang nampak hebat tapi dibelakangnya
Gambar 3 : surau Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam yang runtuhAhad, 11 Julai 2010
Setelah lapan tahun Fadzil Noor pergi
SELEPAS 8 ta
hun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal, Jun 2002, Jun 2010 Ustaz Shukri pula meninggal.Memperingati lapan tahun Presiden PAS kembali menemui Tuhannya, PAS Kawasan Permatang Pauh menganjurkan majlis memperingati perjuangan pemimpin besar ulama negara dasawarsa 90an dan 2000.
Saya diberi penghormatan untuk meriwayatkan beberapa perkara penting dalam sejarah dan kehidupannya sepanjang lebih 60 tahun itu.
Bagi saya beliau dilahirkan bagi menjadi pemimpin Islam yang tabah, berhati-hati, teliti, berpandangan jauh dan berfikiran tajam serta penyabar.
Setelah menamatkan ijazah sarjana mudanya di Universiti Azhar, Ustaz Fadzil telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana. Ketika itu pemimpin Kedah Datuk Abu Bakar Umar, yang berkunjung ke Mesir mencadangkan kepada beliau agar menangguh pengajian dan pulang ke Kedah kerana PAS Kedah memerlukan pemimpin pelapis dan bakat dan ilmunya ada sudah memadai bagi memimpin PAS Kedah.
Kata isterinya Kak Jah Ibrahim, Ustaz Fadzil menyambut pelawaan Datuk Abu Bakar Umar dan pulang. Tetapi keadaan menyebabkan cadangan untuk bersama memimpin PAS Kedah tertangguh. Beliau tidak segera menjadi pemimpin.
Keadaan menjadikannya seorang pensyarah jurusan Islam di Universiti Teknologi Malaysia yang membawanya jauh dari Kedah.
Sabtu, 10 Julai 2010
Sultan Kelantan akan ke Singapura untuk rawatan susulan 14 Julai
n, Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 14 Julai ini untuk menjalani rawatan susulan. Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata tujuan rawatan tersebut adalah untuk menukar tiub di perut Sultan yang berfungsi untuk menyalurkan makanan.
Beliau bagaimanapun berkata rawatan susulan itu tidak diuruskan oleh Pejabat Sultan Kelantan dan setakat ini pejabat itu tidak dititah menguruskan rawatan susulan tersebut.
Katanya sebelum ini Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra bertitah sebarang rawatan ke atas baginda Sultan di luar negara perlu mendapat perkenan baginda selepas dirujuk kepada pakar perubatan dalam negara seperti yang digariskan dalam peraturan kerajaan.
“Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra amat prihatin terhadap kesihatan Sultan Kelantan dan tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya rawatan yang hendak dilaksanakan di Hospital Mount Elizabeth tidak terdapat dalam negara dan telah dirujuk dan disyorkan oleh pakar-pakar perubatan dalam negara dan dibincang di kalangan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata terdapat sungutan rakyat untuk mengetahui kedudukan sebenar keadaan kesihatan Sultan dan ada juga kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak mendapat perkenan Sultan mahupun Pemangku Raja yang menyebabkan timbul kekeliruan.
“Cadangan untuk mendapatkan rawatan di luar negara tanpa mengikut prosedur yang digariskan menambahkan kekeliruan di kalangan rakyat dan ada pihak membuat andaian bahawa ianya dibuat untuk melindungi keadaan sebenar Tuanku Sultan,” katanya.
Tuanku Ismail yang mengalami masalah kesihatan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada 14 Mei tahun lalu untuk menerima rawatan.
Baginda kemudiannya dihantar ke Hospital Mount Elizabeth untuk menerima rawatan susulan pada 24 Mei tahun lalu dan berangkat pulang ke Istana Mahkota di sini pada 4 Mac lalu.
Pada 4 Mei lepas, Tuanku Ismail dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk diperiksa oleh doktor panel yang dilantik oleh kerajaan negeri dan baginda dibenarkan keluar dari HUSM pada 9 Mei. — Bernama
