Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 24 September 2011

Pemimpin Parti KITA Gesa Zaid Kembali Sertai Umno

KUALA LUMPUR : Pemimpin-pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), yang dipimpin Datuk Zaid Ibrahim menggesa kepimpinan parti itu menyelesaikan isu dalaman terlebih dahulu daripada mengadakan program jelajah ke seluruh negara bagi meminta sokongan rakyat terhadap usaha pentadbiran Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu mereka juga menggesa Zaid meninggalkan Kita dan kembali menjadi Umno jika mengambil pendirian yang lari daripada matlamat Kita — iaitu melahirkan pandangan sebagai pembangkang dan membetulkan mana-mana kekurangan yang wujud.
 Zaid (gambar)menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas dipecat oleh Umno. Beliau keluar PKR tahun lalu dan kemudian menerajui Kita.

Seorang anggota jawatankausa eksekutif pusat Mohd Zahrein Zakariah berkata, Zaid tidak mengadakan perbincangan untuk mengadakan program jelajah bagi menyokong pentadbiran Najib.
“Ramai pemimpin dalam Kita tersinggung dengan pendekatannya (Zaid). Beliau sudah sampai satu peringkat yang sungguh memalukan dan beliau menerajui Kita ke arah yang salah. Saya ulangi, Kita bukan Zaid Ibrahim dan beliau bukan Kita.

“Kita merupakan pergerakan sosial yang mahu melahirkan pendirian tegas mengenai isu-isu semasa di Malaysia. Kita, secara fundamental, merupakan pembangkang. Jadi, tidak munasabah Kita perlu, dan boleh menyokong Perdana Menteri, yang jelas sudah hilang keyakinan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru kata Zahrein, “saya mengesyorkan agar Zaid meninggalkan Kita dan kembali ke Umno, kita tidak lagi memerlukan beliau.”

Dalam pada itu, Abd Latif A Tambi yang dipecat sebagai setiausaha pusat Kita baru-baru ini memberitahu, langkah segera yang perlu diambil untuk menyelamatkan parti yang berusia setahun di bawah kepimpinan Zaid ialah menyelesaikan kepincangan dan kecacatan yang wujud bagi menghadapi pilihan raya umum.
Pada masa yang sama, kata beliau, segala perkara yang berkaitan dengan hala tuju parti dan dasarnya seharusnya dibincangkan di peringkat jawatankuasa eksekutif pusat ataupun dengan kepimpinan negeri untuk mendapatkan konsensus terlebih dahulu.

“Ini adalah parti yang ada ahli dan milik rakyat. Anggota jawatankuasa eksekutif pusat dan negeri mewakili ahli. Keputusan-keputusan tidak boleh diambil oleh satu orang kerana parti kita bukan berdiri sendiri,” kata Latif dalam satu kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider.

“Kedua, apa keperluan mengadakan program jelajah apabila hanya ada 500 ahli. Adakan satu mesyuarat pusat dengan jawatankuasa eksekutif pusat dan pemimpin negeri, mereka akan melakukan penjelasan kecuali mereka menentang idea itu.

“Jadi apa keperluannya mempertimbangkan program jelajah ke seluruh negara. Ketiga, isu-isu yang dihadapi sekarang mesti ditangani terlebih dahulu. Rungutan mesti ditangani dengan segera,” kata beliau lagi.
Kedua-dua mereka mengulas laporan media bahawa Kita akan menjelajah ke seluruh negara bagi meminta sokongan rakyat terhadap usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memansuhkan ISA dan tiga proklamasi darurat.

Dalam satu kenyataan media kemarin, Kita berkata pengumuman pemansuhan undang-undang darurat, ISA dan undang-undang berkaitan akhbar, yang memberikan kebebasan berhimpun dan bersuara kepada rakyat, adalah perisytiharan yang penuh bermakna dan bersejarah.
“Adalah amat penting bagi rakyat di semua peringkat di negara ini memahami tujuan dan maksud transformasi dasar ini. Tanpa pemahaman yang mendalam, rakyat boleh dikelirukan oleh kumpulan-kumpulan yang menentang transformasi berkenaan.

“Usaha Perdana Menteri wajar mendapat sokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana transformasi berkenaan mendatangkan manfaat kepada rakyat seluruhnya,” kata Kita.
Parti itu seterusnya menjelaskan adalah penting bagi memastikan usaha murni Perdana Menteri tidak tergendala dengan mengadakan pertemuan dengan orang ramai untuk memberi penjelasan dan penerangan dalam beberapa hal berkaitan dengan isu ini.

Pada peringkat pertama, parti itu akan ke Pasir Putih (27 September), Kota Baharu (28 September), Jerantut (2 Oktober), Petaling Jaya (4 Oktober), Kapar (6 Oktober), Bangi (9 Oktober), Seri Andalas (14 Oktober), Kota Kinabalu (17 Oktober), Sungai Petani (20 Oktober) dan Kelana Jaya (26 Oktober).
“Jadual bagi kawasan-kawasan lain akan diberitahu kelak,” tambah kenyataan itu. Latif sebelum ini mencabar tindakan Zaid dengan mendakwa pemecatannya sebagai setiuasaha pusat parti dibuat dengan tidak telus, sebaliknya sudah beralih daripada matlamat penubuhan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....