Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 12 Disember 2009

Nga Kor Ming Nafi Pertikai Peruntukan Bina Masjid




Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menyanggah tuduhan yang mendakwa beliau mempertikaikan pembinaan masjid berbanding rumah-rumah ibadat agama lain.

Kor Ming berkata soal mempertikaikan tidak berlaku, bahkan beliau amat mengalu-alukan pembinaan masjid digiatkan sebagai benteng moral menghadapi cabaran kesejagatan hari ini.

Namun beliau berpendapat pada masa yang sama, pemerintah BN juga perlu berlaku adil dengan tidak mengenepikan keperluan beragama bagi masyarakat bukan Islam.

“Saya tidak melakukan kesalahan. Yang saya buat adalah, saya bertanya di Parlimen, tentang peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan jawapan diberi oleh menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yaakob, ikut jawapan Menteri, kerajaan dari BN, memperuntukan RM 740 juta, untuk membina masjid dan pada masa yang sama, RM 9 juta diberikan kepada agama bukan Islam, iaitu hanya 1.2 peratus". katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

“Apa yang saya katakan adalah, saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memartabatkan Islam dan pada masa yang saya saya memohon kerajaan, memberikan layanan yang lebih adil kepada masyarakat bukan Islam”.

Ujarnya ajaran Islam sendiri menuntut umatnya untuk berlaku adil kepada penganut agama lain dan apa yang dipohon olehnya di dalam sidang Dewan Rakyat itu bukanlah satu kesalahan.

“Oleh kerana, masyarakat bukan Islam khususnya generasi muda, mempunyai masalah gejala sosial seperti maksiat dan lain-lainkan. Jadi semua rakyat, termasuk Islam atau bukan Islam, mesti diberi asuhan dan ajaran agama yang betul” tambahnya lagi.

“Tapi oleh kerana itu,sekarang kena putar belit, sebab itu saya kata saya kena buat laporan polis, saya akan bincang dengan peguam saya, dan jika mahkamah merestui, semua wang pampasan, saya akan derma kepada masjid”.TVS

Nazri Aziz Bergaduh Lagi,Tuduh PUPTEKSM Buat Kerja Bodoh


KUALA KANGSAR, Dis 12 — Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia (Pupteksm) sepatutnya mencari jalan memperbaiki dan meningkatkan tahap perkhidmatan teksi di negara ini, bukan mencari publisiti murahan.

Sambil menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan desakan Pupteksm supaya beliau melepaskan portfolio Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ekoran kenyataannya yang didakwa perkhidmatan teksi lebih teruk daripada tandas sebagai ‘kerja bodoh’.

“Kalau suruh saya lepas (portfolio LPKP), memang mereka ini pemandu teksi yang buat salah kerana saya hanya tegur mereka yang melakukan kesalahan dan pemandu yang ingkar.

“Persatuan ini, saya rasa pemandu mereka yang banyak buat kesalahan. Kita nak pertahan dia atau kita nak pertahankan perkhidmatan yang baik?,” kata beliau selepas melancarkan bas baru milik syarikat The Combined Bus Services Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pupteksm yang mendesaknya melepaskan portfolio LPKP, memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang mencemar imej pemandu teksi.

Dipetik Benama, beliau berkata sepatutnya persatuan berkenaan mengambil tindakan terhadap anggotanya yang ingkar dan menipu, bukan mendesak supaya beliau melepaskan portfolio LPKP.

“Sekarang aduan yang diterima, banyak pemandu yang tidak amanah, menipu (dan) tidak ikut meter. Saya bercakap mengenai pemandu teksi yang ingkar, kalau pemandu tidak ingkar mengapa ada pemandu yang terasa pula,” katanya.

Mohamed Nazri berkata apabila satu kajian dibuat terhadap para pelancong mengenai perkara yang tidak memuaskan hati, mereka membuat aduan bahawa perkhidmatan teksi adalah sangat teruk berbanding tandas pada satu ketika dulu.

“Persatuan yang bela pemandu yang ingkar dan menipu, persatuan ini sepatutnya ambil tindakan terhadap ahlinya bukan suruh menteri lepas portfolio. Itu menunjukkan kebodohan,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang pernah ditipu, diugut dan sebagainya supaya melaporkan terus perkara itu kepada pihaknya.

“Kita jangan biarkan perkara ini kerana kalau kita biarkan mereka akan ‘bermaharajalela’. Saya tahu pemandu yang buat kesalahan apabila saya panggil mereka kesal. Kita bukan hukum mereka terus, setengah itu kita bagi amaran dan denda dulu,” katanya.TMI

Update Video:Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu 10/12/2009




Ucapan Hj Ismail Husin dalam perbincangan Isu Semasa ketika Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu bertempat di Madrasah Hj Husin.





Pendaftaran Tabung Ibadat Korban dalam perbincangan Isu Semasa ketika Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu bertempat di Madrasah Hj Husin.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Doa Laknat Rakyat Terengganu DiMakbulkan ???





KUALA TERENGGANU - Masih heboh diperkatakan oleh media dan rakyat tentang isu ‘doa laknat’ yang belum dibaca lagi oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada umumnya, orang ramai dapat menerima, apabila seseorang itu dizalimi, dianiayai, dan hilang segala punca mahu meminta pertolongan, maka dia akan berdoa kepada Allah SWT. (Gambar - Runtuhan Masjid Bujal).

Cuma orang-orang Umno yang tidak dapat menerima hakikat ini kerana, mungkin mereka tidak pernah menerima kesusahan dan kesengsaraan akibat dizalimi.

Apa pun doa yang dibaca oleh seseorang yang dizalimi itu, terpulanglah kepada orang itu sendiri, samada mahu mendoakan sesuatu yang buruk terhadap orang yang menzaliminya atau doa yang baik.

Namun, secara tabi’ie (semulajadi) sifat manusia, apabila mereka dizalimi, mereka akan meminta tuhan membalas keatas apa yang telah dilakukan oleh ‘penzalim’ terhadap mereka.

Di negeri Terengganu, khususnya di daerah Kemaman masih tidak lupa satu tragedi yang paling menyayat hati dimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diketuai oleh Dato’ Seri Idris Jusoh telah melakukan satu kezaliman yang sangat dahsyat.

Tanggal 26 Mei, 2005, kerajaan Umno/BN bukan sahaja merobohkan rumah-rumah rakyat bahkan mereka merobohkan rumah Allah.

Seluruh masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal lenyap dari muka bumi akibat kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan BN.

Apakah salah penduduk-penduduk kampung Bujal sehingga masjid yang mereka dirikan dengan wang yang halal, hasil dari derma sumbangan sedeqah dan jariah orang ramai, tiba-tiba dengan mudah tanpa sedikitpun perasaan kasihan belas, masjid mereka telah dirobohkan.

Apa yang kami boleh buat ketika masjid Bujal dirobohkan?? Tentulah kami mendoakan agar Allah membalas segala kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.BO

Hidupkan semula pawagam, BN Terengganu salah ramuan rawat anak muda

Artikel ini di E-mel Eksklusif untuk Malaysiaberih


oleh: Anuwa Jamalullail

Laporan akhbar Berita Harian, Khamis (10 Disember) lalu mengenai kesediaan kerajaan negeri Terengganu membuka semula beberapa pangung wayang gambar (pawagam) di pusat bandaraya Kuala Terengganu wajar diberikan perhatian dan diperhalusi.

Laporan itu memetik Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw sebagai berkata kerajaan negeri bersikap terbuka dan mengalukan pemilik pawagam untuk kembali beroperasi di Terengganu.

“Tidak ada halangan yang mengekang syarikat pawagam untuk beroperasi di sini. Ia adalah proses dan prosedurbiasa seperti yang ditetapkan di negeri lain untuk membuka premis itu,” akhbar itu memetik kata-katanya.

Keseluruhan laporan berkenaan bagaimana pun secara tersirat mengandungi atau mungkin mengundang beberapa kekeliruan. Fakta salah dan juga persepsi serong yang ditanam dalam laporan ringkas itu wajar diperjelaskan satu persatu.

KEKELIRUAN pertama, kepupusan pawagam di Terengganu dikaitkan sebagai akibat dasar pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004. Antara yang disebut oleh Toh ialah kerajaan PAS meminta pengusaha pawagam memisahkan tempat duduk mengikut jantina. Menurutnya, dasar itu menyebabkan pengusaha “berpendapat adalah tidak berdaya maju untuk meneruskan operasi”.

PEMERHATIAN 1: Toh turut mengakui keadaan itu menyebabkan “wujud salah faham” seolah-olah “kerajaan negeri melarang pengeluaran permit untuk premis hiburan seperti pawagam”.

Pengakuannya itu sekali gus menggambarkan hakikat sebenar. Bahawa ia berpunca daripada salah faham, terutama akibat pandangan terlalu serong yang digema riuhkan media dan pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan PAS.

Pemerintahan Islam sengaja digambarkan seolah-olah menutup terus sebarang ruang untuk hiburan. Umno-BN lah pihak paling bertanggungjawab menyuburkan persepsi negatif itu dalam masyarakat.

Ada pun dasar pengasingan tempat duduk mengikut jantina itu hanyalah penyebab tambahan. Ia sebenarnya bukan sukar dilaksanakan, tetapi sengaja dimanipulasi BN dan media talibarutnya bagi menggambarkan dasar itu sangat menyusahkan dan tidak menjadikan pawagam tidak berdaya maju untuk terus beroperasi.

PEMERHATIAN 2: Meletakkan faktor kepupusan pawagam di Terengganu secara mutlak sebagai akibat dasar pemerintahan PAS adalah suatu tohmahan tidak berasas dan amat jahat. Betul, PAS ada menggubal dan melaksanakan dasar mengawal premis hiburan, tetapi bukan menutup segenap ruang untuk itu. Mengawal tidak boleh disamakan dengan menutup.

Perlu diingat fakta sebenar bahawa pupusnya pawagam ini bukan hanya berlaku di Terengganu. Ia adalah fenomena yang dialami di seluruh negara, bahkan mungkin di seluruh dunia.

Kita perlu mengakui bahawa kewujudan pita video yang bermula dengan VHS lebih dua dekad lalu menjejaskan operasi pawagam. Keadaan itu bertambah buruk dengan berkembangnya teknologi sehingga munculnya VCD, DVD dan seumpamanya, diikuti paparan video dalam talian internet.

Pengasesan yang mudah kepada tayangan berbagai filem yang mahu ditonton menyebabkan penggemar filem tidak lagi perlu bersusah payah mengunjungi pawagam. Mereka boleh menonton dengan selesa hanya di rumah atau di mana saja mereka berada.

Mungkin barangkali oleh kerana era kemerosotan pengunjung pawagam itu berlaku hampir serentak dengan kebangkitan PAS, sehingga dapat menawan Kelantan, diikuti Terengganu, menyebabkan wujudnya persepsi negatif mengenai dasar tadi. Apa pun, bagi kita yang mendokong perjuangan Islam, itu adalah satu rahmat di sebalik ketentuan Allah Ta’ala yang Maha Bijaksana.

KEKELIRUAN kedua, laporan akhbar itu mengatakan “ketiadaan pusat hiburan seperti pawagam dan kompleks beli belah moden di bandaraya ini (Kuala Terengganu) menyebabkan banyak pihak tampil dengan kesimpulan ia menjadi punca gejala samseng jalanan”.

Menurut andaian pihak-pihak tersebut, apabila anak-anak muda yang tidak tahu apa nak buat itu tidak ada tempat tuju (pusat hiburan), menyebabkan beratus-ratus mereka menyerang pelbagai jalan di bandaraya itu hingga menakutkan pengguna lain, terutama menjelang hujung minggu.

Bagi mereka ini, kompleks beli belah dan pawagam adalah wadah untuk hiburan muda mudi, sekali gus akan dapat membanteras gejala sosial yang semakin meningkat di Terengganu.

PEMERHATIAN 1: Ini juga kesimpulan yang sangat cetek dan terpesong dari fakta sebenar. Mengaitkan gejala samseng jalanan dengan sebab tiada premis hiburan adalah andaian sangat bodoh dan tidak global. Cuba lah berfikir sedikit di luar tempurung dan pandang lah ke arah bandaraya-bandaraya lain di negara ini yang jauh lebih besar daripada Kuala Terengganu.

Di sana ada banyak pawagam, ada disko, kelab malam, pub, kafe eksklusif dan berbagai premis hiburan lagi. Apakah di sana tidak pernah diberitakan soal gejala samseng jalanan?

PEMERHATIAN 2: Betulkah kejelikan sosial anak muda kini boleh dirawat dengan membuka lebih banyak pusat hiburan? Dari mana datangnya idea yang bangang ini? Atas sandaran apa dan mengguna pakai pengkajian sarjana mana yang mendorong kepada timbulnya kesimpulan bodoh sebegitu?

Bukankah hiburan yang terlampau banyak dan tidak terkawal itu sebenarnya punca mendorong anak muda melakukan segala macam kefasadan dan keburukan perilaku mereka? Apakah dengan lambakan berbagai bentuk alatan hiburan yang mudah digunakan anak-anak muda kini masih belum mencukupi bagi mereka berhibur?

PEMERHATIAN 3: Kita tertunggu-tunggu apa kata para pemimpin Umno yang Islam dalam isu ini. Mana pengerusi Jawatankuasa Islam Hadhari dan timbalannya yang suka mencelah dan mengkritik parti lawan dalam bab agama? Ke mana pula para ulama dan asatizah yang begitu berselera mendakwa Umno juga mahukan Islam?

Kita hanya mahu mereka tegaskan, betulkah memperbanyakkan premis hiburan, terutamanya menghidupkan semula pawagam yang sudah pupus di Terengganu kini adalah ramuan yang betul untuk merawat kebejatan sosial anak-anak muda?

PEMERHATIAN 4: Sikap BN yang amat terbuka dalam bab hiburan dan pawagam ini amat tidak konsisten dengan tindakananya terhadap sekolah-sekolah agama. Sejak beberapa tahun lalu kita telah dimaklumi dengan hasrat kerajaan Terengganu mengnyahkan sekolah-sekolah agama, bermula dengan penyerahan semua sekolah menengah agama negeri (SMAN) kepada kementerian.

Ia diikuti dengan penutupan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), satu-satunya institusi pendidikan agama peringkat rendah milik kerajaan negeri. SRAB dibiarkan mati secara semulajadi apabila BN menghentikan pengambilan pelajar baru bermula sesi pengajian 2005. Kumpulan pelajar terakhirnya tamat pengajian sebaik sesi persekolahan tamat, 19 November lalu. SRAB terkubur dengan sendiri.

Jika hakikat mengenai sekolah agama dan pawagam ini dibicarakan bersama, maka kita dapat menyimpulkan bahawa BN telah sekali lagi terpesong dalam mencari penyelesaian kepada masalah sosial masyarakat. Ada double standard yang sangat ketara dalam sikap BN itu.

Di saat rakyat mengharapkan kebobrokan remaja diperbaiki dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan agama dan akhlak, jalan sebaliknya yang diambil BN Terengganu. Ia bukan sahaja berkeputusan menutup satu-satunya sekolah rendah agama miliki kerajaan negeri, malah di masa sama berlapang dada dan bersikap sangat terbuka kepada usaha menghidupkan kembali pawagam yang telah pun pupus di negeri tersebut.

Ibarat tikus membaiki labu, jangan diharapkan ia menutup bahagian yang berlubang, sebaliknya bahagian yang masih elok pula dikorek dan ditebuknya.

Semua rakyat yang mengundi BN dalam pilihan raya lalu ada saham atas kesesatan dan kefasadan ini!



Pimpinan Pakatan Selar UMNO Pendekkan Penggantungan Ahmad Ismail






Rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat menyelar tindakan Majlis Tertinggi Umno yang memendekkan tempoh penggantungan pemimpin Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail.

Tindakan ini sekali lagi memperlihatkan Umno tidak serius untuk memartabatkan konsep 1 Malaysia yang kononnya berpaksikan semangat perpaduan kaum.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua berpendapat tindakan Umno yang melepaskan Ahmad Ismail dari hukuman yang wajar diterimanya kerana menghina kaum lain di negara ini, bercanggah dengan pendirian parti itu.

“Saya rasa bagi kes Datuk Ahmad Ismail itu menunjukkan bahawa UMNO tidak serius mengenai 1 Malaysia. Kalau benar UMNO hendak mempromosikan 1 Malaysia, perkara-perkara yang mempertikaikan kaum-kaum lain seperti mengatakan kaum lain adalah pendatang, adalah satu perkara yang tidak dapat dipertahankan”.

Ahmad Ismail yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera sebelum ini digantung selama tiga tahun setelah menggelarkan kaum bukan Melayu sebagai pendatang semasa kempen pilihanraya Permatang Pauh Ogos tahun lalu.

“Tidak patut Ahmad Ismail dihukum tidak sampai 1 tahun telah pun dilepaskan dan selepas itu tindakan Ahmad Ismail itu pula merupakan tindakan tidak kesal. Dia sekarang minta pemimpin-pemimpin Gerakan untuk meminta maaf terhadap dia, saya rasa ini sikap yang boleh dikatakan biadaplah”.

Gerakan sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu memutuskan hubungan dengan Umno dan tidak memerlukan kerjasama dari parti itu terutama Bukit Bendera kerana jelas Umno menunjukkan sikap memandang ringan sikap Ahmad Ismail yang pernah menghina kaum lain.

Ahmad Ismail kemudiannya meminta Gerakan untuk meminta maaf daripadanya jika mahu kembali bekerjasama dengan Umno negeri.

Bagaimanapun, Tony Phua berpendirian Ahmad Ismail bersikap biadap kerana nyata dalam hal ini jelas menunjukkan Ahmad yang bersalah.

“Di mana sudah pun dihukum, sudah didapati bersalah, tapi masih tidak kesal. Ini saya rasa sikap UMNO yang tidak dapat dielakkan dan menunjukkan konsep 1 Malaysia ini yang diumumkan selama ini merupakan satu konsep untuk retorik dan bukannya satu semangat dalam UMNO untuk memperbaiki hubungan antara kaum di Malaysia”.

Sementara itu, menurut ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar pula menyifatkan Umno hanya sering melihat kesalahan parti lain tanpa menyedari kesalahan yang mereka lakukan.

“Ya lah, ini bagi saya bahawa UMNO hanya melihat melihat kepada kesalahan orang lain untuk mengambil tindakan yang begitu drastik, yang begitu keras, menggunakan akta-akta yang menyalahi prinsip hak asasi manusia, dan saya harap dalam kes Ahmad Ismail ini harus menjadi pengajaran” katanya kepada TV Selangor. -TVS

Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu(10/12/2009)



Saudara Kamaruddin(Berbaju Hitam) mula membuka pendaftaran Untuk Tabung Ibadat Korban
Haji kita ni nampaknya dah mengantuk,sabar ji sekejap lagi
Ahli Usrah tekun mengikuti Sesi Isu Semasa
Tahlil Ringkas
Hj Ismail Husin(Kanan) memberikan ucapan ringkas dalam Sesi Isu Semasa


Salam,Usrah kami minggu ini di teruskan seperti biasa.Pada minggu ini Usrah di adakan di Madrasah Hj Husin sempena Majlis Jamuan Bulanan cawangan kami.Usrah di mulakan dengan sedikit tahlil ringkas dan sesi tazkirah oleh naqib kami Ust Abd Aziz.Seterusnya Usrah kami di teruskan dengan sesi isu semasa.Dalam sesi ini perbincangannya agak hangat dan beberapa perkara di bangkitkan oleh ahli Usrah.Saudara Aris yang mengendalikan Jamuan Bulanan mencadangkan agar untuk tahun hadapan di adakan penggiliran untuk menyediakan masakan bagi Jamuan Bulanan kami.Cadangan ini di terima sebulat suara oleh ahli Usrah.Hasilnya seramai 12 orang bersetuju untuk mengambil bahagian dan pengundian di jalankan bagi menentukan giliran memasak setiap bulan.Ambo keno bulan Nov weh he..he..Sementara Hj Ismail Husin membangkitkan peri pentingnya ahli yang belum menyertai Tabung Ibadat Korban agar menyertainya untuk tahun hadapan.Saudara Kamaruddin M.Yaakob yang mengendalikan Tabung Ibadat Korban pula mula membuka pendaftaran untuk tabung ini.Seramai 15 orang di kalangan ahli usrah telah mendaftar dan di jangkakan lebih ramai yang akan turut serta.Ini kerana ramai lagi yang berura ura menyertai Tabung ini.Pendaftaran juga di buka untuk bukan ahli Usrah tetapi keutamaan adalah kepada ahli Pas.Menurut Kamaruddin kutipan RM 5 seminggu akan di mulakan minggu depan.Ust Fakrurazi pula menekankan tentang hal bersangkutan dengan harta pusaka dan kepentingan Ibadat Korban dalam Islam sementara Ust Amirul menceritakan pengalamanya bersama masyarakat Iban di Sarawak.Usrah berakhir jam 11.00 mlm.
P/S:Minggu depan Usrah di rumah Bendahari Cawangan Hj Abd Ghaffar Latif.
P/S:Video akan menyusul

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....