Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 25 September 2010

Lokasi mayat ditanam ditemui di ladang milik suspek utama kes Sosilawati

KUALA LANGAT, 25 Sept — Dua lokasi baru dipercayai merupakan tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam manakala satu lagi di bahagian luar.

Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira pukul 4 petang tadi.

Tinjauan juga mendapati sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut.

Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi esok berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira pukul 6.45 petang.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Suspek utama kes tersebut yang merupakan seorang peguam turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, dan seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas dan Shafik serta rakannya dilaporkan hilang sejak lima bulan lepas.

Kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berjumpa dengan suspek utama itu. — Bernama

Pemilihan PKR : Mustafa Kamil Tewas Di Cabang Sendiri


Naib Presiden PKR Mustafa Kamil menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini.

Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi.

Keputusan mengejutkan itu baru diumumkan sebentar tadi.

Menurut seorang pemimpin cabang itu, Mahmud Yahya, Mustafa bagaimanapun akan membuat bantahan berhubung kekalahannya itu dalam masa terdekat kerana mengesyaki berlakunya "politik wang".

"Ada konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Mustaffa di Perak dan peringkat pusat," dakwa Mahmud yang juga salah seorang penyokong kuat bekas pemimpin NGO Islam itu.
Sementara itu, usaha Malaysiakini menghubungi Mustaffa setakat ini belum berhasil.

Pemerhati politik berpendapat, kekalahan itu bakal menyukarkan lagi laluan Mustaffa yang juga merebut jawatan timbalan presiden parti menentang dua tokoh heavyweight Naib Presiden Azmin Ali dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Untuk pencalonan sebagai jawatan nombor dua PKR itu, Mustafa setakat ini mendapat 12 pencalonan daripada 97 cabang yang keputusannya telah diperoleh.

Beliau ditinggalkan jauh oleh Azmin dengan 56 pencalonan manakala Zaid pula sebanyak 25 pencalonan cabang setakat ini. -mk

Kerusi Pasir Mas: Apa Nasib Ibrahim Ali Pada PRU-13?

Pengundi di Parlimen Pasir Mas tidak akan undi Ibrahim lagi. - Gambar oleh Jack Ooi


PASIR MAS, 24 Sept — Sejak lebih setahun lalu antara nama yang menjadi sebutan dalam arena politik tempatan ialah Datuk Ibrahim Ali yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas kerusi Pasir Mas, Kelantan.
Tinjauan The Malaysian Insider menunjukkan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh Ibrahim, namun nampaknya ia masih gagal untuk mendapatkan sokongan menyeluruh pengundi Melayu di kawasan Pasir Mas pada pilihan raya umum ke-13.
Majoriti pengundi Melayu di kawasan ini berpendapat Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hanya pandai “bercakap kosong.”
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.Ketika itu Ibrahim bertanding atas tiket PAS.Parlimen Pasir Mas mempunyai seramai 59,640 pengundi.
Pada pilihan raya umum ke-11 2004, Ibrahim turut bertanding di kawasan tersebut sebagai calon Bebas namun tewas.
Ia dimenangi calon PAS Ismail Noh (17,526 undi) manakala calon Umno Datuk Abd Rahim Ab Rahman hanya memperoleh 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198 undi.
Ibrahim buat pertama kali memenangi kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 1986 dengan memperoleh 55 peratus atau 15,711 undi dan mempertahankan kerusi itu empat tahun kemudian atas menggunakan tiket S46.
Beliau tewas tiga pilihan raya umum seterusnya dan menang kembali dua tahun lalu atas tiket PAS.
Semenjak menjadi Ahli Parlimen, Ibrahim melalui Perkasa banyak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu dan juga perpaduan Melayu yang dilihat semakin terhakis.
Malah beliau turut “menghentam” pemimpin PAS dan Umno dan Parlimen apabila ia berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu.
Seorang penduduk, Yusof Hasan, 72, berkata, Ibrahim tidak akan berpeluang untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana pengundi di Parlimen itu tidak menyukainya.
“Dulu beliau (Ibrahim) bertanding dengan tiket PAS dan dalam pilihan raya akan datang saya tidak akan lagi mengundi beliau.

Mahathir macam raja lawak Astro

ALOR SETAR, 25 Sept: Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara dianggap sebagai bahan jenaka dari seorang raja lawak Astro yang baru.
"Kenyataannya itu saya anggap sebagai kemunculan seorang raja lawak Astro baru dengan dailog jenaka dan bahan lawak yang mampu membuatkan orang ramai sama ada generasi baru atau lama ketawa hingga tidak kering gusi.
"Sesuai sangatlah dengan watak tuanya, beliau menggantikan pelawak-pelawak yang seusianya seperti Ibrahim Din, M. Zain dan 'ahli mesyuarat tingkap' lain yang telah tiada, dan kini tinggal Dr Mahathir seorang sahaja lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis yang ditemui pada majlis penyerahan tajaan FusionExcel International kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah, petang semalam.
Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, kuasa dan suara orang Melayu akan lenyap sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah negara ini pada masa pilihan raya akan datang.
Menurut Mahfuz, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang memerintah negara sejak 53 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka terbukti gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan sekaligus meletakkan kaum itu tertinggal jauh di belakang.

Pakatan Rakyat sempat memerintah Putrajaya hanya 2 tahun?


Oleh Ustaz Saiful Bahri
Menyebut bahawa PR berjaya menawan Putrajaya, ramai yang tersenyum. Mungkin bebenan UMNO-BN yang memerintah lebih separuh abad kini dah tak tertanggung lagi oleh rakyat. Seolah-olah ianya satu sinar kebebasan dan kemerdekaan sebenar. Menghambat penjajah yang dulu hanyalah sekadar kulit dan retorik semata. Kalau tumbangnya Umno-BN, barulah kemerdekaan isi dan hakikinya.
Ditanya, bagaimana kalau kemenangan itu 2 tahun semata. “Pedulilah! Biarkan setahun pun. Yang penting UMNO-BN tumbang juga. Sebelum mati aku nak tengok jugok, Umno geluling sekali.” Kemudian beberapa ketika ditanya: “Ish! Kenapa 2 tahun aje?” UMNO rampas balik ke? Duit dah tiada ke? Singapura tawan Malaysia ke? Huru-hara ke?
.” Kemudian beberapa ketika ditanya: “Ish! Kenapa 2 tahun aje?” UMNO rampas balik ke? Duit dah tiada ke? Singapura tawan Malaysia ke? Huru-hara ke?
Meminjam kata-kata Indon yang sedang berdemo dihadapan kedutaan Malaysia, indon yang berjuta menjadi amah & perkerja buruh di Malaysia, Indon yang mendapat PR untuk mengundi UMNO dalam pilihanraya dan meminjam kata-kata drama dan filem Indon yang setiap pagi dan petang yang ditayangkan di TV & Media dinegara kita…. “Waduhhh!! Kiamat udah dekat!”
Teringat kata-kata seorang guruku masa zaman persekolahan dulu. Apabila dekat dengan kiamat semua peralatan hebat dan canggih tidak boleh digunakan. Manusia akan kembali kepada sistem kehidupan asal sebagaimana awal kehidupan manusia. Meskipun manusia telah mencipta kapal terbang, kereta, peralatan elektrik dan sebagainya, ia akan tersadai begitu sahaja. Kenapa? Sebab apabila semua bahan api tiada. Petrol sudah habis. Diesel sudah habis. Minyak dan gas sudah kering. Arang batu sudah tiada. Elektrik tidak dapat dijanakan kerana sumber penjana sudah tiada. Hidro tak berfungsi kerana air akan kering. Habis apa guna jet dan roket, kereta kebal dan kapal selam? Ya.. semua tak boleh digunakan. Manusia akan kembali menggunakan peralatan tradisional kembali. Manusia akan kembali menggunakan kuda, pedang dan panah. Apa dalilnya? Guru bersandarkan hadis Rasulullah Saw : “Ajarlah anakmu berenang, memanah & menunggang kuda”. Hadis Rasulullah Saw relevan hingga kiamat. Dan sebelum kiamat manusia akan kembali menggunakan kuda dan memanah semula. Rasulullah Saw juga menyebut bahawa takkan berlaku kiamat sehingga semua barang berharga didalam perut bumi habis dikeluarkan. Manusia ketika itu tidak ada harga lagi emas dan perak. Betul ke? Yelah! Itu telahan dan pemahaman beliau peristiwa akhir zaman. Nak percaya ke tidak, ianya bukan rukun iman.
Bagaimana lapuran NASA yang terbaru ini. Menyebabkan penulis teringat kembali kata-kata beliau.
Bumi huru-hara 2013 kerana matahari

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....