Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 16 Januari 2012

Kenyataan Balas Pas Selangor Berikutan Sidang Media Hasan Ali

SHAH ALAM – Pas Selangor mencabar bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendedahkan senarai nama sekumpulan parasit yang didakwanya wujud dalam Pas.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abd Rani Osman( gambar ) berkata, setiap tuduhan yang dibuat perlu berlandaskan bukti bagi memastikan dakwaan terbabit bukan fitnah.

Abd Rani berkata, pendedahan senarai nama itu boleh membantu parti itu untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Kalau dia ada bukti mengatakan dalam Pas ini ada parasit maka perkara itu perlu didedahkan kerana dalam Islam sendiri setiap tuduhan itu perlu ada buktinya.

“Kita pun nak tahu juga siapa parasit yang ada dalam Pas ini supaya kita sendiri boleh mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.
Hasan mendakwa kumpulan parasit itu tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di negeri ini.

Sementara itu, timba-lannya, Khalid Abdul Samad turut membidas kenyataan Hasan dan memintanya mendedahkan nama-nama tersebut.

“Parasit adalah orang yang hidup atas kekuatan Pas sambil menghisap darah atau zat darinya tanpa memikirkan kecederaan yang dialami Pas hasil dari tindakannya. Siapa mereka?,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).SH

Artikel berkaitan DISINI dan DISINI

Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak tuntut mutaah RM100j

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 31 Jan ini untuk membuat keputuskan berhubung beberapa permohonan dalam kes tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta yang difailkan bekas menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz A. Majid.

Ketua Hakim Syarie Datuk Muhammad Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Saadiah Din yang mewakili Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib dan peguam Shahnaz, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie.Beliau turut memberi tempoh seminggu kepada Shahnaz untuk memasukkan hujah terakhir.

Antara permohonan yang difailkan Shahnaz, 49, dalam tuntutan mutaah yang bermaksud saguhati selepas perceraian itu ialah permohonan notis tunjuk sebab terhadap bekas suaminya, Mahmud Abu Bekir, 49, yang didakwa telah mengingkari perintah mahkamah.

Pada 31 Jan itu juga, mahkamah akan membuat keputusan permohonan anak sulung kepada Ketua Menteri Sarawak itu untuk mengenepikan notis tunjuk sebab itu.

Di luar mahkamah, Saadiah memberitahu pemberita bahawa Shahnaz mengemukakan bantahan terhadap peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang turut mewakili bekas suaminya.

Ini kerana Zainul Rijal merupakan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dibimbangi akan berlaku konflik kepentingan jika beliau mewakili Mahmud Abu Bekir dalam kes itu.

Video : PAS hantar calon ganti Hasan kepada MB Selangor




KUALA LUMPUR, 16 Jan: PAS Pusat telah menghantar nama calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, beliau menghantar nama calon berkenaan telah menerima nama itu daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“PAS Pusat telah buat keputusan tentang orang yang akan menggantikan Datuk Hasan Ali dan saya telah menerima nama itu daripada Presiden dan nama itu telah pun saya maklumkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor sekitar pukul 12.30 tengah hari.

“Dan saya pun dah berhubung Pejabat Menteri Besar dan dah dimaklumkan mereka terima makluman itu,” katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.Beliau bagaimanapun tidak bersedia mendedahkan nama calon yang dicadangkan itu.

“Tapi untuk hari ini, saya rasa saya tak sedia untuk memaklumkan nama itu sekarang kerana urusan selanjutnya urusan kerajaan negeri dengan DYMM Sultan Selangor,” ujarnya lagi.Jelasnya, terserah kepada pihak-pihak berkenaan untuk mengambil langkah selanjutnya.

Semalam, beliau memberitahu Presiden PAS akan membuat keputusan calon bagi menggantikan Hasan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.Beliau berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," katanya.Hrkh

[Update] Video : Sidang Media Terkini Dr Hasan Ali



ULASAN TINTA HIJAU DKB

Banyak persoalan yang berlegar difikiran aku.Pertamanya adakah perkara yang beliau bangkitkan ini pernah dibawa ke mesyuarat AJK Pas Pusat atau sekadar melepaskan perasaan amarah selepas dipecat.

Kerana kita sedia maklum,selepas tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor Hasan Ali hanya sekali hadir mesyuarat Pas pusat dan tidak pernah hadir mesyuarat Badan Perhubungan Pas selangor.

Aku perhatikan kenyataan2 beliau selepas tidak lagi dilantik mengetuai Pas Selangor begitu menjolok mata dan bertentangan dengan dasar parti.Apakah beliau ikhlas berjuang dalam Pas atau hanya ingin merebut jawatan.

Dulu bukan main lagi puji DS Anwar,beliau menyertai Pas pun selepas DS Anwar dipecat dari jawatan Tim. Perdana Menteri.Jika ikhlas sepatutnya beliau keluar dari Pas sebaik saja persefahaman politik antara Pas dan PKR dimeterai.Ini tidak selepas dipecat baru timbul soal kepimpinan dan moral DS Anwar.

Akhirnya,pada anggapan aku apabila sudah dipecat dari PAS, maka dengan sendirinya keahlian PAS gugur dan bukan lagi ahli Pas walaupun boleh merayu.

Jika merayu dan rayuan diterima barulah keahlian diterima semula, bermula dari seorang ahli biasa,dan tidak mempunyai apa2 jawatan dalam parti kecuali dilantik oleh parti atau dipilih oleh ahli dalam pemilihan parti.Maknanya kena bermula dari kosong.

Bagi lantikan EXCO satu perkara lain,yang masih ahli Pas pun ada yang digugur contohnya di Kelantan biasalah,sementelah lagi bukan ahli.Kalau beliau merayu dan diterima,beliau masih boleh menyumbang tenaga sebagai Adun biasa.

Artikel Berkaitan DISINI

Sidang Media Terkini Dr Hasan Ali


Dipetik dari Sinar Harian :


PETALING JAYA - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam .

Bagaimanapun beliau mempersoalkan tindakan terburu-buru Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengugurkan beliau sebagai Exco.Malah, Hasan turut mempersoalkan tindakan tersebut kerana beliau secara teknikal masih ahli Pas kerana mempunyai ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan."Sikap ini seperti ada pihak yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan jawatan saya sebagai Exco.

"Saya tidak mempunyai masalah digugurkan sebagai Exco tetapi tindakan terburu-buru menggugurkan saya sedangkan saya masih lagi ahli Pas kerana mempunyai masa untuk membuat rayuan," katanya pada sidang media di kediaman beliau di sini, hari ini.

Hasan turut memberitahu bahawa beliau telah menerima surat dari pihak istana berhubung pembatalan pelantikan beliau sebagai Exco.Pada 9 Januari lalu, Jawatankuasa Pas Pusat mengambil tindakan memecat keahlian Hasan berkuat kuasa serta-merta.

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Pada anggapan aku apabila sudah dipecat dari PAS, maka dengan sendirinya keahlian PAS gugur dan bukan lagi ahli Pas walaupun boleh merayu.

Jika merayu dan rayuan diterima barulah keahlian diterima semula, bermula dari seorang ahli biasa,dan tidak mempunyai apa2 jawatan dalam parti kecuali dilantik oleh parti atau dipilih oleh ahli dalam pemilihan parti.
Maknanya kena bermula dari kosong.

Bagi lantikan EXCO satu perkara lain,yang masih ahli Pas pun ada yang digugur contohnya di Kelantan biasalah,sementelah lagi bukan ahli.Kalau beliau merayu dan diterima,beliau masih boleh menyumbang tenaga sebagai Adun biasa.

Sultan Kedah Puji Pentadbiran Ust Azizan

ALOR SETAR, 16 Jan: Pembaharuan dan kemajuan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mendapat pujian Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.

“Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam", titah baginda semalam dipetik Sinar Harian.

Baginda bertitah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.       

Kartun akhbar luar negara kritik Najib


Lakaran kartun yg disiarkan dalam TIMES OF OMAN bertarikh 11/1/2012,korang sendiri tentu paham apa yg dia nk maksudkan...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....