Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 31 Oktober 2011

Gambar Terkini Masjidil Haram


bagai 'pesta' ibadah .....

jemaah dah mula masuk membanjiri MAsjidil Haram
Jemaah dari Bangladesh....
Jemaah dari negara Turki...
 Jemaah dari negara Indonesia...

Gambar : Fasha Sandha Bertudung Bila Ke Kelantan

Fasha Sandha antara artis yang dilihat bertudung
hanya meluluskan paparan iklan dengan gambar wanita bertudung

BAGI anda yang ingin melihat artis wanita Malaysia yang selama ini "free hair" tiba-tiba bertudung, di Negeri Kelantan lah tempatnya. Difahamkan, kebanyakan artis wanita akan bertudung jika ke Negeri Kelantan.

Baru-baru ini semasa program Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 di Negeri Kelantan, menyaksikan ramai artis dan selebriti Malaysia memakai tudung. Fasha Sandha antara artis yang dilihat bertudung.

Kerajaan Negeri Kelantan yang mentadbir negeri serambi Mekah itu dengan konsep "membangun bersama Islam" melarang wanita mendedahkan aurat di tempat awam.

Malah iklan-iklan di papan tanda "billboard" seluruh Negeri Kelantan hanya meluluskan paparan iklan dengan gambar wanita bertudung sahaja. Iklan dengan paparan yang mengekploitasikan wanita mendedahkan aurat tidak akan diluluskan.

Sumber:[Free Malays]

Hudud : Tok Guru Nik Aziz Ulas Kenyataan Terbaru Karpal Singh

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mana-mana individu yang melakukan kesalahan termasuk kes zina tidak semestinya akan dikenakan hukuman hudud.

Sebaliknya kata Mursyidul Am PAS ini, sekiranya kekurangan saksi pesalah boleh dijatuhkan hukuman takzir.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa pesalah kes zina akan dibebaskan sekiranya tidak mempunyai empat orang saksi mengikut hukum hudud.

“Katanya (Karpal) hudud boleh menyebabkan penjenayah terlepas kerana pembuktian empat orang saksi yang sukar diperoleh. Saya mengalu-alukan pandangan rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk memantapkan kefahaman mereka.

“Dalam hal ini, ada sedikit silap faham saudara Karpal Singh. Sekiranya seseorang terlepas dari hukuman hudud, seseorang itu masih boleh dikenakan hukuman di bawah hukuman takzir,” katanya di laman Facebook.

Justeru tegas Menteri Besar Kelantan ini, sesiapa yang bersalah akan tetap dijatuhkan hukuman.

“Bersalah tetap bersalah dan tetap dihukum,” katanya.

Karpal pada sidang media di Pulau Pinang semalam menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil perlu tegas seperti hukum hudud .TMI

Umno guna isu seks serang sesama sendiri?

PETALING JAYA: Peperangan skandal seks dalam Umno demi menjatuhkan lawan dianggap semakin berleluasa apabila seorang janda membuat pendedahan berani yang dikatakan melibatkan seorang Ketua Bahagian Umno di Kelantan baru-baru ini.

Rakaman VCD pengakuan tersebut yang telah mula tersebar di Kelantan itu dikatakan dibuat oleh pihak di dalam Umno sendiri berikutan pihak yang melakukan temuramah tersebut dikenal pasti merupakan ahli Umno.

Demikian menurut penulis politik terkenal yang merupakan Ketua Pengarang akhbar Siasah, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, Merah Tinta MSO baru-baru ini setelah menonton VCD pengakuan tersebut.

“Tetapi dari VCD pendedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno.

“Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka, apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan.

“Kerana saya mempercayai orang yang menjadi tukang interview itu adalah orang Umno, maka saya yakin ia adalah kerja Umno juga,” tulis beliau di dalam blognya.

Taktik seks makan diri

Beliau menganggap menggunakan isu seks telah menjadi satu trend politik baru dan kesan yang memakan diri berikutan sikap Umno sebelum ini yang dikatakan telah mencipta video lucah bagi memburukkan tokoh tertentu tidak berapa lama dahulu.

“Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini.

“Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orang Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri,” menurutnya.

Sayuti juga mendakwa bahawa beliau amat yakin dapat mengecam individu yang melakukan temuramah di dalam rakaman pengakuan janda dirogol tersebut.

“Suara sang interview janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakon dalam sebuah komedi pada tahun 90-an.

“Kalau diminta untuk membuat kawad cam, saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantara itu,” tulis beliau lagi.

Dirogol hingga mengandung

Dalam pendedahan tersebut, janda yang dikatakan sebagai mangsa itu mendakwa beliau telah dirogol oleh individu berpengaruh
terbabit di sebuah hotel di Golok sehingga menyebabkan beliau mengandung.

“Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok.

“Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel, sebaik masuk bilik hotel, ketua bahagian terus membuka seluar, baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya.

“Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah.

“(Selepas itu) saya memberi tahu kepada dia mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia orang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak, dia minta saya menggugurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu,” dakwa wanita itu dipetik dari blog terbabit.FMT

4 mahasiswa menang, mahkamah putus Auku bercanggah dengan perlembagaan


KUALA LUMPUR 31 Okt: Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak mengikut perlembagaan dan mencabut kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Auku sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Keputusan majoriti itu diperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Low Hop Bing berbeza pendapat, lapor Malaysiakini.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka kerana terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.

Pelajar-pelajar terbabit, kesemuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco).

Keempat-empat pelajar itu sudah pun menawatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis konvensyen September lalu.Keadilandaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....